01 July 2010

Dirpy! ^_^

Rude Awakening : Idea2..Aku perlukan idea.
Salam semua..
Makin lama,aku rasa dah takde idea dah nak edit gambar.Dulu rajin gila nak manipulate gambar.Sekarang main dengan HDR,takpun gradient.Takpun kasi duplicate gambar,ubah blending mode.Pemalas jugak otak aku ni nak pikir secara kreatif. =='
Gambar aku edit pagi2 pukul 1 lebih.HDR je lebih.Tak jadi sangat pun =='
Ni main gradient je.Oh gambar ni snap waktu pagi.Semangat aku nak bangun pagi lepas ni. ^_^
Sebenarnya banyak lagi cara dan gaya editing boleh buat.Tapi aku tak belajar lagi.Nanti2 la kalau rajin.
-------------------------
AGENDA UTAMA
Salin,tampal dan klik ^_^
Malam tadi aku terniat hati nak buat vlog photoshop.
Oke niat je,tapi tak buat gak.
Time tengah ade niat tu,mula la cari lagu yang sesuai nak letak dalam video aku tu nanti.
Lagu yang aku nak cari tu aku rasa memang sesuai ah kalau nak masuk dalam video aku tu.Lagu yang aku dengar masa tengok CSI NY.
Kalau dengar lagu ni before tidur,aku rasa ok kut.Boleh kasi tertidur sebab rentak dia.





Klik butang 'PLAY' untuk mendengar

Disebabkan aku taktau tajuk lagu,Youtube ah jadi tempat aku nak menggali.
Klik2,jumpa gak lagu tu.
Tapi satu hal lak,aku paling benci nak cari lagu nak download kat website tertentu.
Nasib baik adik aku yang bongsu ada cara senang nak download lagu.
'Kaklong,try bukak website ni.Senang je nak download.Copy paste url je.Terus convert jadi MP3.'
'Yeke?Kasi tengok.'
Dirpy Mirpy! ^_^ Comel je nama website.
Dirpy.com . Hanya copy url,paste url,dan klik DIRPY untuk download . Senang kan? Bagi aku senanglah,taktaula bagi korang,nampak susah.
Step dia sangat mudah dan senang untuk korang.Takyah tunggu lama nak download satu lagu je.

1.Copy saja URL lagu kat Youtube yang korang nak.
2.Masukkan URL korang dalam box kosong kat website Dirpy tu.Pastu klik butang 'Dirpy'.
3.Nanti dia akan keluar camni.So korang ikut je la procedure dalam tuh.Dah isi2 menda alah tuh,sila klik butang 'Download'.
4.Siap!Korang boleh dengar lagu tu dalam MP3 dan juga handphone serta laptop.Ngehee..
Ha tu saje yang aku nak share dengan korang hari ni.Memandangkan aku tengah puasa ganti,aku takleh nak sentuh makanan di pagi hari.Sebab tuh kasi buh ini entri ^_^

P/s : Vlog tutorial seterusnya..Nak ajar pe lak eh?

13 comments:

afiff edogawa said...

dirpy!!!
comelnye name...
hahaha..
mcm best je.. nk try la nnt...

Neo_matrixzz said...

Yeay Dirpy..Gud info..Suke..

Rara said...

hehe..afiff,cubela..hati senang je tengok lagu download laju.hehe..neo,suke eh?hehe.dirpy!

Tengku Mann said...

ok2...info yg b'guna...next time akan try.. :)

Rara said...

mann,tq~ ^_^

Anonymous said...

hehehehe... nak try la nnt. :)






* but, dia utk ape???

Unknown said...

ev.. dirpy nie untuk MP3 ke??? kalo video x ley ker?

my recent post:
apabila bintang tidak lagi bintang

Rara said...

za,video rasenye takleh.kalau nak download video dengan senang,try pakai software internet download.cepat je. ^_^

mai,ni utk download lagu from youtube ^^,

Tengku Mann said...

sama2 ra...
senang je nak download video...
copy url video dr youtube, pastu paste url tu ke keepvid.com...mana2 saiz pun leh pilih...3gp,flv,mp4 pun ada...lebih kurang cam ra download lagu la... :)

Rara said...

thanx for the info ^_^

Tengku Mann said...

sama2..^_^

Amira Amin said...

aha, comel gler nama.. cm name kuceng.. haha.. :p

btw, nice topic.. :)

Rara said...

Mya,tau xpe.nanti ade kucing,kasi name ini.hehe..tq~ ^^