04 July 2010

Ye aku tak sempurna.Terima kasih.

Rude Awakening : Tertekan disebabkan ini.
Salam semua..
Berserabut kepala dengan masalah yang bukannya masalah aku sebenarnya.Terdiam.Kaget.
Agenda?Tak perlu.Aku perlukan taipan yang terus menerus untuk menghilangkan amarah aku yang sedia terbuku.


Tertekan.Terdiam.Termaki.Tercarut.
Disebabkan kau wahai lelaki!Kau buatkan aku ter..ter..ter di atas ini!
Hey lelaki!Jangan sebabkan kesalahan kau yang tersedia ada itu,kau tuding jari kat aku!
Jangan sebab aku jujur untuk memberitahu kebenaran kepada dia,kau salahkan aku!
Hey lelaki..Kau jantan ke atau sekadar si lembut yang terperangkap di dalam badan seorang jejaka.?
Kau anggap diri kau sudah hebat untuk memanggil aku dengan panggilan 'B.A.B.I'?!
Macho sangat ke untuk kau ugut aku dengan mengungkit sejarah lama aku?!
Kuat sangat ke kau dengan melantangkan kemarahan kau dekat aku?!


Hey lelaki!Jika kau memang seorang lelaki yang hebat,kau takkan merayu kepada aku untuk bersubahat menipu seorang gadis yang kau sayang!
Sayang?Sayang ke kau kat dia!?
Sampai aku meminta kau berterus terang sahaja,kau tak sanggup?
Aku tergelak,terkaget seketika mendengar rayuan kau meminta bantuan aku.
Oh aku lupa,kau pada mulanya menidakkan kebenaran yang aku lihat sendiri di depan mata.
Tapi pabila kebenaran itu sudah terpacul dari bibir aku tanpa sebarang gagap
Ternyata kau sudah cacing kepanasan,kelam kelibut..
Ye ingat aku nak diamkan diri saja kah wahai lelaki?
Diamkan diri,menyimpan segala kebenaran untuk kau menipu si gadis ini.
Ingat aku nak mengikut kata2 kau disebabkan kau seorang sahabat aku?!
Ye,kau dulu sememangnya seorang sahabat.
Tapi disebabkan si gadis itu seorang perempuan seperti aku,aku tak tersanggup untuk menipu!
Tak pernah ke kau terpikir kalau kau di tempat si dia?


Kau kata aku anggap masalah ini lawak bagi aku?
Oh kalau lawak sudah lama aku tertawakan kau wahai lelaki.
Sebab kau seorang yang penakut!Takut untuk menyatakan kebenaran!
Takut untuk berterus terang dengan si dia!
Hubungan kau dan dia..Kau suruh aku perbetulkan kembali.
Kau ingat aku ni hamba bagi kau ke untuk diarah?!
Kau kata aku sempurna sangat untuk masuk campur hal kau.
Aku sejujurnya aku tak sempurna,tapi perlukah kau tambahkan lagi ketaksempurnaan aku dengan menipu?
Tipu sunat..Dosa besar.Dosa?Bukan kau yang tentukan wahai lelaki!
Aku tau diri aku digelumungi banyak dosa yang tak terkira.Perlukah kau ungkit2 dosa2 aku sebelum ni wahai lelaki!
Ternyata kau hebat melemparkan kata2 kemarahan kau di talian hayat.Tahniah buat kau!


Sudahlah..Salah aku jugak kan..
Masuk campur hal rumah tangga kau dan dia.
Tapi maafkan aku.Sebabkan jujur masih tersemat dalam hati aku,aku tak sanggup.
Makilah aku sebanyak mungkin.Bencilah aku sekuat mungkin.


Kalau tak reti nak berterus terang,jangan bercinta.Cinta itu perlukan kejujuran.Ingat itu.
Dan ye,aku tak sempurna.Terima kasih.
P/S : Ya Allah.Lindungilah aku.Kuatkan hati dan imanku. T_T


16 comments:

Unknown said...

EV.. cam marah kan sesorg.. sabar ye... org yg berjaya.. adalah org yang sabar.. kata kan pada diri EV.

"semuanya akan baik"

Rara said...

ZA,taktau nak kata marah ke geram.Huhu..terima kasih :')

Kie-yu said...

no body is perfect
so no worries k?
chill babe!
live ur life ;)

Rara said...

aww...thank you Kie-Yu..Senang hati dapat kata2 semangat seperti ni.

lilema_ said...

pergh~ mrh. sabo V,sabo.laki mmg gtu T.T

Rara said...

erk..ema,entri aku berbaur kemarahan terlampau eh?ehehe..maafin~aku taktahan

Tengku Mann said...

aduh...sabar2...risau gak ni kalau ra marah...

Rara said...

erk mann..jangan risau ok..marahmaya takpe. =)

afiff edogawa said...

marah kat sape ni ev??
rileks eh...

Rara said...

afiff,adelah insan ini.huhu..k2.

hamzah ian said...

sabar2...

Rara said...

hehe..Hamzah,dah sabar dah ^_^ jangan risau2.

Nabiel said...

ra bcnta??
aku jeles nie..
ko curang ngan aku~lalalala

Rara said...

biel,ang merapik pa ni?ahaha..aiyoo.aku setia kat ang!haha!

zuhana zulkifli said...

be cool girl .every prob has it own unique solution .just wave a big farewell to everything that happened in the past .

Rara said...

^_^ tq sygs.i'll take ur advice.