Salam semua...
Tatkala aku bukak saja laman mukabuku,ada satu post tagged dari Cik Ryn .
Printscreen dari Mukabuku
Kadangkala hati juga perlu bersuara
Terima kasih kepada cik Ryn kerana sudi mengambil tagline aku sebagai entri beliau sebelum ni. =)
Hati..
Bagi aku, hati ini cukup susah untuk aku paham sebenarnya..Walaupun hati tu hati sendiri.
Bilamana kadangkala hati ini cukup degil untuk meluahkan sesuatu.
Bilamana kadangkala hati ini cukup susah untuk menerima kenyataan.
Bilamana kadangkala hati ini cukup pelik untuk ditafsirkan.
Hati ini..Aku sendiri tak pasti.
Dalam masa yang panjang ini,aku sedar hati aku ni kadang2 aku sendiri tak paham ape yang dia nak.
Cukuplah dengan satu ketika itu,hati ini tertunggu2 hati seseorang ini.
Hati itu yang membuatkan hati ini seringkali gembira.
Mendengar sebutan namanya,cukup membuatkan hati ini senang sepanjang masa.
Ada ketika itu,hati ini teringin nak menyatakan yang hati ini sayang dan suka pada hati itu.
Diberi macam2 petunjuk tapi hati ini terasa macam sia2.
Bila hati itu seringkali semacam ingin mengelak dari perbualan itu.
Tapi takpe,hati ini jiwanya ada kesabaran.Biar hati ini menunggu sehingga hati itu bersuara sendiri.
Tapi..
Hati ini seakan2 menunggu satu benda yang tak pasti.
Sampai ke satu tahap itu..Hati ini sudah berputus asa untuk menunggu hati itu.
Sampaikan aku bermonolog sendirian dengan hati ini
Mungkin itu bukan jodohmu wahai hati...
Hati ini seakan2 pasrah dengan kenyataan yang sakit untuk ditelan.
--------------------------------------------
Wahai sang jejaka yang berhati mulia,biarlah hati ini bersuara buat kali pertama
Hati ini sudah lama terpaut pada kau tatkala persahabatan ini sudah terjalin kiranya
Kau buatkan hati ini gembira di saat hati ini berduka lara
Kau buatkan hati ini sering tersenyum di saat hati ini bermasam muka
Hati ini hanya menunggu satu jawapan yang boleh menjawab persoalan yang aku simpan lamanya
Kau kadangkala memberikan harapan,tapi kadangkala tak.Aku buntu sebenarnya..
Sampai ke satu tahap itu,hati ini mula berputus asa
Hati ini aku pujuk supaya tunggu,tapi hakikatnya penantian itu menyeksakan
Kadangkala hati ini menangis kerana aku tau aku tidak layak untuk bertaut di hati kau yang satu
Wahai jejaka,aku tau kau sedang membaca isi hati aku
Moga kau tau selama ini aku sayang pada kau
Tapi sekarang..biarlah hati ini sayang atas dasar persahabatan yang akan kekal selamanya
Sehingga nyawa aku ditarik sekalipun,aku tetap sayang pada kau
Sebagai seorang abang,seorang sahabat sejati pada aku
Teruskan perjuangan untuk mendapat takhta ijazah,kerana itu impianmu selama ini
Aku tetap bersama kau
P.S : Hati ini seakan2 bermain dengan perasaan.Aku benci.
4 comments:
wah!!! suka la ngan entri yg berkenaan ngan hati ni...sapa la si jejaka tu ye cik rara..^_^
mann,kalau ade baca entri dari blogger lain,mesti dapat tau sape.
aik? takkan dia kot...
siapa kata makan hati tak sedap?siapa?
Post a Comment