Salam semua..
Sekarang hari keempat aku di rumah.Belum masuk hari kelima memandangkan jam belum masuk ke pukul 12 tengah malam.Dan sekali lagi rutin harian aku tak macam kat hostel.Kalau tidur lambat,boleh bangun lambat.Yelah orang dewasa kan kena bagi cukup tidur 8 jam.
Eh yeke?
Tapi jangan harap nak bangun lambat kalau kat rumah walaupun malam tu tidur stok jam 2-3 pagi.Paling lambat nak bangun dalam area 8 pagi.Mau tak ting tong kepala aku pagi tu.
Dalam cuti sebulan ni,aku rasa nak belajar buat origami je.Hari ni try buat origami bentuk panda,haremjadoh tak jadi.Origami bentuk hati nasib baik jadi,kalau tak,memang aku sekeh-sekeh kertas ni.
Sekarang dah jam 11.34 malam.Lagi 26 minit lagi nak ke hari Isnin bersamaan 29 November 2010.
Dan di kesempataan ini gak ,aku nak ucap awal kat si dia.
'Selamat Hari Jadi yang ke 24'
Awak..Semoga Allah memberkati dirimu
Dari segi makan,minum dan rezekimu
Dari segi kewangan,pelajaran dan hidupmu
Dan semoga Allah mengurniakan usia yang panjang
Awak..
Saya tetap disini,disamping dan disisi awak
Walaupun sekarang kita jauh beribu batu
Tapi saya tahu awak sentiasa dekat di hati saya
Awak..
Tatkala umur awak sudah menjangkau 24,saya masih di takuk 20
Tapi hati awak dan hati saya tetap menjadi satu
Saya sayang awak...Selamat Hari Jadi sayang..
2 comments:
ni bf ko ek?
ha'a ^_^
Post a Comment