24 December 2010

Melaka dari pandangan mata ini

Rude Awakening :Hidung berair
Salam semua..
Hari ketigapuluh dah menyusul.Hari ni main shopping mopping dengan adik.Barang nak beli semua dah siap list down dalam kertas A4 takut ada yang terlupa nak beli.Adik aku ditugaskan pegang senarai barang.
Tengah-tengah sibuk nak mengingat balik barang nak beli..
'B,barang apa kena beli?Along dah lupa.'
'Aaaa..Nombor satu,supply pen.Pastu Party liner..'
'Bukan party la..panty.Jangan sebut kuat sangat.'
'Oo,silap..Panty liner..Kaklong,panty liner ni amende.?'
'Takde pe la.Nanti tengok sendiri.'
'Ok.Panty liner..pastuh..'
'Jangan sebut kuat-kuat la ==' '
Adik aku memang camni.Suka ulang benda yang bagi dia macam pelik.
-------------------------------
Lagi seminggu je nak balik Melaka tapi barang dah siap pack.Bukan sebab excited tahap hyper nak balik tapi sebab ibu yang suruh kemas awal-awal.Sebagai anak,aku ikutkan je kehendak ibu.
Tapi bagus jugak,nanti takde kelam kabut dah.

Melaka bagi aku dah macam rumah kedua aku selepas Perak.Dah tak janggal macam dulu,masuk-masuk Melaka dah excited gila macam budak sekolah rendah pergi rombongan sebab dapat tengok A Famosa tersergam indah di belakang DP.
Banyak perkara yang aku perasan bila dah setahun lebih menetap di Melaka sebagai student.
Salah satunya di Melaka yang aku perasan,bilamana kawasan bandar yang terletaknya Kota A Famosa,Rivercruise dan Jonker Walk menjadi tumpuan pengguna Nikon dan Canon dan lain-lain kamera sewaktu dengannya.Kalau korang nak posing depan kamera pun tak rasa janggal sebab dah majoriti semua yang datang situ mesti ada satu kamera dalam tangan.Tak kamera mahal,kamera handphone pun dah jadi.
Lainlah kalau kat tempat aku.Pernah sekali pergi photoshoot dengan member aku,dah semacam jadi tumpuan orang.Ada yang jerit sebut action lah,duk phewit bagai..Macam tak pernah tengok orang lain posing depan kamera je. =='
Ni sekitar depan Dataran Pahlawan.Bukan dari google ye.Ni dari kamera sendiri =p
Selain tu jugak,Melaka memang terkenal dengan one-way-road atau dalam bahasa ibunda,jalan sehala.
Korang sesat la macam mana pun,percayalah nanti pusing kat tempat tu jugak.Teringat lagi masa aku first time berjalan kat bandar dengan member aku,enam kali jugaklah duk pusing tempat yang sama sebab tak jumpa parking kosong.Tak sesat pun.Tapi agak tension jugaklah.
Sampai kawan aku yang sorang ni dah tak sanggup nak direct jalan,takut tersalah masuk simpang.
Hoh tetiba rindu zaman semester satu =p

Dan yang paling syok kat sini bilamana kedai-kedai yang terbangun kat tepi jalan ada tempat nak melalak.Karok terbuka bak kata orang.Memang terbaik.Tapi yang tak bestnya bila masuk malam hari,Melaka cepat betul tidur.Pukul 9.30 malam dah ade kedai yang dah start nak tutup pintu.Skema betul bak kata aku.
Tapi Lumut pun dua kali lima jugak.Jangan bising eh. =p

Aku rasa cukup dululah setakat ni.Macam dah melalut banyak je aku ni. =p
Oh Melaka!Tunggu kemunculan hamba di sana nanti!
Ni tangga nak naik ke A famosa =p
P/s : Tahun baru dah nak masuk dah.Cepat je tahun 2011.Cepat jugalah naik setahun umur aku =='

7 comments:

Aan MI said...

i like this entry laa...
tp yg x best nye mlake punye bastuah yg mcm sampan tu...hohooo

Rara said...

raihan,bas tuah tu memang. bunyi lebih. =p

Asfan Ash said...

nak tgk gambo Melaka...post cpt. Yang lawa2 eh..xmo dr google haha

p/s: aku xtau pantyliner tu ape...tampon aku tau le

Rara said...

arc,dah.aku dah letak dah ni.no google.hehe..
alamak..tampon pulak aku taktau.

Asfan Ash said...

tampon tu saiz die cm vicks sedut2 tu je....cara pakai dia sendiri paham ah hahahahahhaha

eh apsl aku lak yg tau

Rara said...

aaa...macam vicks...ape eh..

Zayanie said...

huhuiii! memuji negeri kelahiran ku! btw, been tagged.. nnt g kt blog ea :)