01 January 2011

Pembuka kata 2011

Salam semua..
Sekarang tepat pukul 12.01 minit tengah malam aku menaip entri ni.Lebih seminit je dari tarikh 1.1.2011.
Dah mula dah dengar bunyi bunga api dari bilik aku.Kat tv pun dah bising2 dah lagu Satu Malaysia.
Macam biasa la,tahun baru aku disambut dalam bilik,depan laptop.Tak pernah lagi nak celebrate bagai kat pesta  tahun baru ke,konserto ke atau seangkatan dengannya lagi.
Tadi pun adik aku bising-bising nak tengok orang countdown kat tv,aku rilek je.Bagi aku tahun baru ke tahun lama,tetap sama.Yang lainnya hanya angka pada tahun je.Kalau nak kasi lain sikit,pandai-pandailah ubah cara hidup kita.Kalau rasa perangai tu macam tak berubah,sama je dengan tahun-tahun lepas,baik tak payah sambut tahun baru.


Tapi bukan tahun baru yang aku nak cerita..
Sebenarnya idea aku nak menaip still lagi di tahap merbahaya.Kalau dulu masa cuti semester dua,ade je benda nak cerita.Kira dalam bulan Disember tu banyak jugak aku update.Tapi masuk sem 3 punya cuti,idea-idea dah hilang.Mana pi taktau. =='
So terima kasih kepada Afiff Edogawa untuk tag ini ^_________^
Sekali lagi dengan rasa ikhlas di hati,saya menjawab tag ni. =p
---------------------------------
1.Apa benda paling penting dalam hidup korang?
Kalau nak diikutkan soalan,benda paling penting semestinya Hazel,EVPAQ,Zicky,Nicko,Nerdy dan Smellow. =p
Benda atas ni memang mesti ada.Kalau takde rasa pelik je.

2.Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Air mineral RM1.00 masa kelas aerobik tadi.Selalunya guna duit ibu bayar air mineral.Ngahaha.. =p

3.Dimanakah korang melangsungkan perkahwinan korang dan apa temanya?
Setakat ni aku belum dalam status Married tapi kalau ikutkan imaginasi aku,kalau boleh nak kahwin kat rumah je.Nampak kekeluargaan sikit.Tema nak tema garden.Cam best je.
Dan aku selalu mengidamkan baju pengantin warna hitam tapi memandangkan orang kata hitam itu cam nak berkabung,so aku ubah jadi putih keemasan. 

4.Adakah korang tengah bercinta sekarang?
Semestinya ^_____________^

5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Insyaallah sampai ke akhir hayat.

6.Dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang?
Kat Melaka la =p

7.Novel,buku.majalah yang terakhir dibeli?
Novel 'Love and Kisses' by Jean Ure

8.Nama penuh korang??
 Cahaya yang Terkenal aka Nur Syaheera Binti Ahmad ^_)^

9.Antara mak dan ayah,mana lagi rapat?
Kadang-kadang mak,kadang-kadang ayah.Ikut keadaan.Tapi sayang dua-dua ^_^
Macam tak jawab soalan je ni.

10.Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Nabi Muhammad S.A.W =)

11.Adakah korang basuh baju sendiri?
Ikut kuantiti baju.

12.Dimanakah tempat korang betul-betul nak pergi?
Makkah dan Italy serta Perancis

13.Pilih satu.Peluk atau cium?
Peluk. ^_^

14.Beritahu 3 benda tentang orang yang bagi tag
1.Sama U tapi lain fakulti.
2.Masa awal sem,selalu sangat nampak dia kat tempat tunggu bas. =p
3.Pernah bagi Big Mac masa birthday tahun ni =)

15.Lima benda yang paling disayangi dalam hidup?
Sama macam jawapan nombor satu tapi reduce kan jadi 5. =p

16.Lagu yang korang paling suka dan selalu dengar?
Semua lagu sebab saya universal.

17.Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut?
29 Julai 1990 dan tahun ni sambut kat Taman Ayer Keroh dengan budak rumah ^_^

18.5 blogger yang korang nak tag.
Yang rasa nak jawablah. =p Nak jawab kat dalam komen pun boleh. =p 

Yes siap satu tugasan!
Selamat Tahun Baru semua =)



6 comments:

nurana nizam said...

selamat tahun baru sys :)

Rara said...

hepi new year too dear! ^_^

Epul Azimi said...

kita serupa,dok dlm bilik ngadap tv ngan main tenet je.ujan malas nk kuar.haha

btw epi nuyer....:)

hafizmohamad said...

awalnya start sem
-___-"

selamat tahun baru sis E:D

afiff edogawa said...

slalu nmpk kt tggu bas??? hmm...

Asfan Ash said...

1- internet! kalo xde aku akan mati

2- headset Philips utk Ipod aku

3- aaa ntah...xpikir pun

4- yep heheh

5- dah name pon kekasih...sampai bile2 la

6- kat skolah rendah dulu

7- The Lost Symbol, Dan Brown

8- Papanda ARC

9- mesti ah makk!

10- nk jmpe mak ah skang...dah setaun xjenguk beliau

11- yup. sape lak nak basuhkan

12- Italy

13- Peluk pastu cium kih3

14- die kecik lol

15- duit kad kredit laptop ipodtouch blackberry storm aku

16- broken, paramore

17- 13 mei 1989. dah besa xyah sambut

end