29 April 2011

Gula Gula???

Tertarik dengan poster dia je.
Sudah pukul 2.40 petang,menandakan baru 40 minit yang lepas aku bangun dari tidur. Oke nampak sangat terkantoi bangun lambat disitu. Tidur pun pukul tak-lebih-dari-Subuh-tak-lambat-dari-3. Memang patutlah bangun lambat. =='
Bangun dari tidur,sesudah mandi dan solat,terus membuka laptop dan ke ruangan blogspot. Sekali ternampak satu link bertajuk 'Penubuhan k-pop versi Malaysia' yang terus ke laman blog Encik Arc yang aku selalu terjah tu.
Selepas membaca dan membuat sumpah seranah kecilan dalam hati,terus mencari laman-laman yang berkaitan.Nak cari kat youtube,memang haremjadah takde lagi lagu-lagu diorang yang keluar.
Kumpulan Gula gula? Oh for God sake,nama kumpulan pun aku rasa macam orang yang takde idea yang lagi kreatif nak create nama kumpulan. Nak cari kat Google pun banyak keluar gula-gula lain. 
No need to say,nampak sangat industri muzik ni dah totally lack of ideas in producing good quality and also original music.Semua benda nak ditiru. ==' 
Official FB Gula Gula
..and yes there are 1209 like that page and increasing. =='
Like page dah naik 1212.Ape jadah?
Bukan kumpulan belah perempuan je,lelaki pun ade group ala-ala kpop. 
Taknak kritik lebih sebab dah kritik dalam hati banyak kali dah tadi
Nak ke official blog Gula Gula,sila ke SINI . Official facebook mereka di SINI dan official website mereka di SINI .
Aku rasa macam promote diorang la pulak ==' 
Lepas ni agak-agak Malaysia nak tiru ape lagi eh?

21 April 2011

PDD yeah!

Hari-hari study week aku sem ni sememangnya tak dipenuhi dengan membaca buku Hubungan Etnik maupun membuat ulangkaji mengira sistem pemindahan haba untuk final exam Isnin ni.Banyak diberikan masa untuk benda lain yang sepatutnya tak patut dibuat pada minggu belajar.
Dan salah satu daripadanya ialah pameran PDD yang berlangsung pagi jam 10 sehingga petang jam 5.Itu pun nak dekat sejam menunggu pengiraan markah untuk pemenang. Kata pukul 3,last-last pukul 4 baru nak start penyampaian hadiah. Takpe,memang dah agak dari awal. =='
Tapi takpe,hasil penungguan itu tersangat berbaloi bilamana kumpulan aku merangkul johan untuk wakil Department Management. Oh suka2~
Kumpulan BSS ~
Tapi yang pasti poster aku tu memang tak menang sebab ada yang lagi hebat dari ini. ^_^ Tahniah kepada pemenang yang lain.
Semestinya exhibition tadi sangat memenatkan.
Bersama poster masing-masing
Group lain bersama projek masing-masing
Another three~
Tapi memang seronok hari ni walaupun hakikatnya penat.
Habis exhibition pun,dua lagi assignment kena hantar lagi.Memang serius takde rasa macam study week =='

18 April 2011

Posterku~ ^_^

Setelah 2 bulan aku tak balik,Jumaat lepas sampai jugak aku ke negeri sendiri.
Esok nak balik dah. ==' 
Cuti kat rumah kali ni serius tak best memandangkan ade lagi kerja aku yang tak tersiap lagi. Dengan study week dah tak macam study week sebab ade presentation Selasa ni.Dengan exhibiton projek esoknya. 
Otak nak bercuti pun tak sedap.Duk pikir kerja,presentation,buku log LI yang tak dapat-dapat sebab akak tu tersalah tanda kata aku dah hamik. Dem =='
Oh-oh semester ni dapat jugak aku merasa buat poster. Taktau la,aku kasi hentam je edit.Janji ade terpampang kat booth Rabu ni. ^_^
Puas hati dapat tengok hasil seni sendiri terprint atas kertas A1
^_^
Tapi still lagi dalam basic mode.Tak advance lagi macam Ezhan .
...Oke dah taktau nak taip hape dah.  =='