22 May 2011

Pantai...

Tadi ke pantai... Lepaskan tekanan mengsnap gambar.
Duduk di kawasan bandar memang agak tak best kadang-kadang sebab suasana serius tak sedapkan hati .
Dengan tikus makin bertambah. Ingat ni tempat kau ke tikus? =='
Duduk kat pantai...Tengok layang-layang terbang menerusi awan.
Layang-layang Ben ten pun ade.Kaki lembik je meleret-leret ikut tiupan angin petang 
Dan yang penting,aku happy dapat melihat keindahan di kala petang ^_^

16 May 2011

Pengalaman itu mengajar

Sekejap je dah nak masuk tahun tiga. Ape orang kata, yela makin hari makin meningkat usia.
Pejadah aku nak cuba sampaikan sekarang ni..
Hari ni aku telah belajar satu pengalaman yang bagi aku sangat bermakna dan boleh disimpan sampai aku tua.
Mungkin bagi orang lain hal ni kecik je,tapi bagi aku,aku rasa macam sederhana besar je dugaannya.
Dulu masa aku sekolah,kalau ade masalah,aku cuba nak lari dari masalah.Mungkin sebab jiwa masuk tu macam budak sekolah lagi. So memanglah aku rasa semacam tak berdikari lagi.Harapkan orang yang lagi besar,takpun mak bapak aku sendiri.
------------------------
Sekarang ni aku rasa aku perlu berdikari untuk survivekan diri dalam dunia serba realiti,bukannya plastik.
Mungkin sebab time usia aku dah meningkat ni la,macam-macam dugaan aku terpaksa tempuhi.Kadang-kadang tu rasa nak give up je tapi disebabkan ramai orang yang aku sayang support aku dari belakang,aku cuba nak tempuhi dengan sekuat mungkin.
Dan hari ini adalah salah satunya. Tak perlulah aku cerita lebih detail tentang ini. Yang penting, dugaan sebegini buatkan aku berfikir sejenak dan cuba untuk selesaikan dengan cara yang sebaik mungkin.
Dan mungkin jugalah kali ini nak aku belajar tentang erti hidup yang sebenar.
Satu pengalaman ini ibarat seorang guru.Mengajar kita untuk menjadi orang yang berguna.
Bila banyak pengalaman,ibarat jugalah banyak guru yang mengajar dan membimbing.
Moga Allah permudahkan urusanku ini . Amin.
Oh btw,Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar cikgu. Termasuklah ibu,makcik dan pakcikku.

09 May 2011

Hari pertama masuk kerja... =p

Sempat lagi snap gambar

Hari pertama masuk kerja tanpa elaun mahupun gaji,sekadar percuma,hanya penat lelah je jadi peneman..
Dem,penat.
Nah kau baru je praktikal dalam kampus ni. ==' Belum lagi masuk alam kerja betul mahupun paling koman pun praktikal kat luar.
Hari pertama praktikal dalam kampus duk mengadap elektrik.Subjek yang paling aku tak suka walaupun senang je sebenarnya sebab aku tak suka pegang komponen dan wayar sebab terlalu kecik.
Oke aku taip non stop tanpa full stop.

Hasil kerja seni saya..eh bukan.Hasil kerja seni kawan sekelas saya =p Lawa kan.

Hari ni hanya sekadar belajar nak pasang relay circuit yang boleh dikatakan basic.Tapi entah,aku still tak reti lagi nak baca diagram circuit since sekolah menengah lagi =='
Memang lah aku tak ditakdirkan untuk belajar elektrik.
Esok dah masuk hari bersama motor starter.Dem3 =='

Leceh dan bodoh

Kejap lagi dalam masa 8 jam aku akan hadapi hari pertama berpraktikal di UTeM.Memang seronok sangat (tangan di dada,mata ke atas). =='
Hari ni sangat bersyukur sebab dapat bilik yang sama untuk dihuni dalam minggu berpraktikal walaupun terpaksa tunggu 2-3 jam nak dapat tempat sama sebab Streamyx.
Memanglah aku nak buat statement yang pengurusan hostel BR ni paling tak consistent and tak ok and leceh dan paling penting,stupid sebab suka sangat nak susahkan dua-dua belah pihak.
Bak kata member aku,mereka itu memanglah tak hamik subjek Management sebab management tersangatlah tak bagus.
Dan tak amik CCT sebab tak berfikir secara kreatif dan juga kritis.
Complaint banyak-banyak pun,aku dapat hape.None.
Syukur je la sebab dapat rumah nak stay secara free. ^_^'

P.S : Makin pendek entri ni,camane tu.

07 May 2011

Saya sayang ibu =)

Aku rasa kali ni cam jarang sangat aku balik rumah..
Bukan taknak balik,tapi sebab ade benda yang sepatutnya tak payah buat,contohnya praktikal kat dalam kampus tu. Terpaksa aku balik bulan tujuh. 
Dan aku rasa kali ni every event yang ade kaitan dengan ibu aku,aku takde.Macam hari jadi dia bulan tiga hari tu,aku takde pun nak celebrate. Sedih tahu. Nak bagi hadiah pun,tak mampu.Telefon je.
Kali ni hari ibu.Aku still lagi takde di samping ibu. Aku kat Melaka yang 'tercinta' ni lagi.
Pikir balik,aku selalu buat ibu susah hati. Banyak jugak buat salah kat ibu. Aku takut kalau-kalau ibu macam ade terkecil hati ke..

Ni ibu aku.Aku yang tu ha,topi putih.Comel kan? =p Haha..

Aku tak perfect macam orang lain,tapi aku cuba nak jadi anak yang terbaik di mata ibu.

Ibu,kalau ibu baca blog ni (kalau lah)
Along nak ucap Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Jadi sekali lagi. Hadiah takdo lagi nak beri. Hanya ungkapan kata je untuk ibu.
Minta maaf kalau selama ni along banyak susahkan ibu.Ibu marah banyak mane sekali pun,along tetap sayangkan ibu. 
Sebab bagi along, ibu yang terbaik ^_^ Dari along sekecil ni...

Ye aku ada seluar doraemon.Kau ade? =p
Sampai along anjak jadi besar sikit..
Oh tidak =='

Sampai along besar gedabak camni..


Along tetap sayangkan ibu sampai bila-bila. ^_____________________^

Saya memang anak ibu ^_^

10 alasan kenapa saya sayang awak =p

10 alasan kenapa sampai sekarang saya sayang kat awak ^_^
Pertama : Senyuman awak buat saya gembira sepanjang masa. Tengok lah cara awak senyum dalam gambar ni pun dah buat saya tersenyum lebar ^_^

^_^
Kedua : Awak selalu membebel bila saya buat salah. Eh tak-tak.Nasihat. =p

Ketiga : Bila saya rasa saya macam tak ok,awak selalu bagi saya semangat. ^_^

Keempat : Awak selalu puji saya,walaupun saya tau hakikatnya saya hanya insan biasa. =)

Kelima : Awak seorang yang susah nak berputus asa. Itu salah satu dorongan saya untuk menjadi seperti itu juga.

Keenam : Awak paham keadaan diri saya macamane.Dan yang penting awak memang terima saya seadanya.

Ketujuh : Sebab awak banyak membuat diri saya berubah. Dari penampilan diri,dan juga dalaman diri ^_^

Kelapan : Susah senang saya,awak selalu ada. Tak pernah pun awak tinggalkan saya sorang diri.

Kesembilan : Awak layan je apa saya cakap,walaupun awak sendiri tau saya tengah merapu masa tu.

Kesepuluh : Sebab awak pun sayang saya jugak. Sebab tu saya sayang awak balik. =p

Terima kasih untuk sepuluh bulan ini awak. Still counting? Yep! Tak pernah rasa jemu dengan awak. ^_^




Praktikal~ =='

Blog berwajah baru aku sekarang dah takde link ke komen.
Dari semalam dah cuba godek balik code tapi tak berjaya sampai sekarang.
Sape yang dapat membantu,sila bagitau kat shoutbox di link TWO di atas tu =p
----------------------------
Isnin ni dah bermula journey aku untuk masuk ke alam praktikal dalam UTeM.Taktau la nape rajin sangat nak buat LI untuk tahun dua ni.Wajib pulak tu.Sebelum ni mana ada.Aku rasa yelah bak kata member aku sebelum ni,batch aku ni dah macam bahan ujikaji.Ada benda baru je,batch kitorang yang akan cuba dulu.Pe jadah.
=='
Takpelah.Isnin ni tengok la nasib nak mengadap relay.
Serius aku tak suka subjek berkait elektrik.