28 September 2010

Aku dah kekok la..

Rude Awakening : For God Sake lah..
Salam semua..
Sakit kepala melihat satu list yang melekat kat board dinding belajar.

Material Subject
Assignment secara individu.Expired Jumaat depan.
Case Study secara kumpulan.Expired mungkin minggu akan datang.(Tak lama dah.)
Kuiz 3 dan test 2.(Yes aku tak prepare lagi.Damn.)

Numerical Method Subject
Assignment kumpulan.Oke rileks dulu.(Lambat lagi nak hantar.)
Test dua minggu akan datang.

Process Subject
Report projek marble.Submit by next week.
Kuiz.(Again a?)

Tech Com Subject
Slide show untuk presentation.
Report for presentation.(Undone yet)

Thermofluid Subject
Presentation.Thank god lambat sikit.

Oke ini bertambah serius.Lagi 5 minggu nak menjelang final,tapi makin bertimbun kerja.Patutlah aku goyang kaki masa cuti raya.Orang lain semua sibuk menelaah assignment,aku sibuk menelaah lontong.
Terbaik.

Semester ni aku dah mula belajar balik bahasa inggeris.Ye,berbalik kepada basic aku rasa.Tapi naik sikit level dari level sekolah menengah.
Baru pagi tadi aku belajar tenses.Ah mungkin korang yang cukup arif berbahasa inggeris rasa senang gila.
Jangan sebut-sebut tentang MUET.Aku MUET dapat band * pun sekadar nasib.Alhamdulillah.
Cukup jujur aku katakan,aku dah tak reti nak berbahasa inggeris,tak kisah la dari segi nak berkarangan ke bersyair ke..Tak pun nak tulis status kat FB.

Tapi aku rasa BM aku pun dah macam tunggang terbalik dah ni.

Kalau ada dari budak kelas aku yang membaca,ni statement jujur dari aku sendiri.
Jangan tanya aku sangat pasal BI.Aku dah kekok dah weh. T_T

P/s : I can't think straight right now.Eh betul ke ayat aku?

26 September 2010

Manusia tak pernah puas.

Rude Awakening : Iphone?
Salam semua..
Baru aku sedar semalam,manusia ini ternyata cepat alpa dengan suasana sekeliling.
Dan aku sedar,aku ni jenis cepat beralah.Kalau orang nak pijak kepala aku sesuka hati pun,aku rasa kadang-kadang aku sendiri tak sedar.


Banyak jenis perangai manusia aku dah jumpa.


Ada yang luaran nampak oke,tapi dalaman sakit.
Ada yang depan kita ok je,tapi belakang ditikam-tikam.
Ada yang nampak je jahat macam samseng,tapi hakikatnya hati dia sangat baik.
Ada yang nampak je baik,tapi sebetul-betulnya hati busuk macam bangkai.


Lagi-lagi kalau dalam soal berkawan.
Ada yang aku nampak berkawan sebab bersebab.Bukan sebab ikhlas nak berkawan.
Sampai sekarang aku ingat lagi ayat ini.
'Kalau berkawan itu ikhlas dari hati,takkan diburuk-burukkan kawan sendiri depan orang lain.'
Dan secara tak langsung mata aku dah terbukak sedikit.
Ye perangai aku mungkin teruk di pandangan mata-mata yang tak boleh terima diri aku,tapi kena sedar,diri sendiri tu cukup sempurna ke untuk diterima orang lain?


Sebab itulah ayat ini seringkali aku ucap dalam definisi hidup aku.
Manusia itu ternyata tak sempurna.


Sebab tulah kehidupan realiti ni,manusia cepat melatah.
Kau buat salah sikit,orang dah mula bising.
Kau buat sesuatu yang tak boleh diterima,akan mula kecoh satu dunia.Macam kau ni sorang je yang buat salah.
Kau nak bercantik sikit,ada yang mula tak puas hati.Even kau buruk pun,ada orang mengata.
Kau miskin pun orang mengata-ngata.Lagikan pulak kalau kau kaya.
Kau baik dengan orang,komfem kau dipijak kepala.Kalau kau ego?Paham-paham sendiri.


Nampak tak kat situ,yang manusia tak pernah puas?


Dulu,masa zaman sekolah,mungkin aku cepat nak tau pasal hal orang lain.Agak-agak kalau dapat masuk campur pun dah kira ok.
Tapi sekarang bila pikir balik,biarlah hal orang lain tu.Tak perlu nak ambik port sangat.Jadi cool saja,sudah mencukupi.
Tapi kalau kau buat cool,tapi ada jugak yang bising dengan life kau,itu aku taktau la.Mungkin jiwa dah sakit sangat.


Dahla.Aku buat entri ni pun bersebab.Mungkin sebab tergamam.


P/s : Dulu aku lain,sekarang aku dah berbeza.Berbeza dari dulu.


20 September 2010

Mood stadi,sila on!

Rude Awakening : Heart attack jap =='
Salam semua..
Pagi ni dikejutkan dengan kejutan yang best dari Madam Fazi..Bilamana report yang aku rasakan kena hantar lambat lagi,rupanya minggu depan dah kena hantar.Memang menggelupur jugak la otak ni nak berfikir camane nak siapkan dalam masa seminggu.Nasib baik kerja berkumpulan.Kalau tak boleh demam seminggu.
Kata student.Semua benda buat last minit.Cantik ah.


Hari ni baru aku dapat rehat disebabkan ade satu kelas saje pagi tadi.Semalam sepuluh jam jugak aku bertarung dalam bas S.E SUPER tu.
Serik dah.Taknak naik bas tu. ==' Tu pun sebab terpaksa disebabkan tiket bas Trans dah habis.
Tapi alhamdulillah.Tepat jam 7 sampai jugak aku kat Melaka dengan sakit-sakit badan.
Terima kasih pakcik bas.
Gambar raya yang terbaru.
Sebulan sudah kita berpuasa
Akhirnya Syawal menjelang tiba
Sekarang dah raya ke berapa aku pun dah tak terkira
Ala takpe,janji dapat duit raya

Trend student lepas cuti beraya
Komfem bersepah meja dengan kuih raya
Bukan bahulu saja,ketupat pun ada
Kadang-kadang terpaksa bawak,ikutkan saja.

Dua minggu sudah aku bercuti
Sekarang kena onkan switch stadi
Assignment bersepah,test tak habis lagi
Ha padan muka dengan diri sendiri

Eh dah la aku taktau nak cerita apa
Mungkin idea dah kontang macam di Gurun Sahara
Apa aku merepek ni..Ah endahkan saja
Selamat Hari Raya buat semua
Kalau ada duit raya,meh post ke Bunga Raya ^_^