28 January 2011

Mata patung? =p

Salam semua...
Hari Khamis merupakan ari yang tak berapa best bila memikirkan esok ada kelas dan group satu lagi takde kelas. ==' Orang lain dah mula nak balik,aku still terduduk kat sini.
Memandangkan malam ni aku terasa nak rehat jap dari dunia belajar,aku masuk jap kat dunia Photoshop.
Mula-mula nak main rekod-rekod guna software youcam tapi sebab asyik stuck memanjang masa edit gambar,terus tak jadi. =='
Hari ni aku edit gambar Anum lagi memandangkan gambar dia je yang bagi aku terbaik setakat ni .
Sebelum dan selepas

Setakat ni nak buat video,asyik masalah je dengan software.Mintak maaf sangat-sangat. T________T
Oh nak promote jap.Anum dalam gambar tu jugak salah seorang foto editor dengan fotografer.Kalau teringin nak tengok hasil karya beliau,sila klik SINI sebab artwork dia lagi hebat dari aku buat masa ni.
P.S : Nampaknye entri pendek lagi. =='

23 January 2011

Contest 'Header Siapa Paling Cool'.Tak serik-serik lagi

Salam semua..
Memandangkan hari ni Ahad bersamaan dengan hari-takde-kelas-dan-lepak-atas-katil,aku pun macam biasa membuat blogwalk,ber-FB dan juga ber-DA.Ye aku baru je buat akaun Deviantart semalam.Lepas ni makin melekat la aku dengan Photoshop.
Oke dah lari tajuk.
Entri kali ni aku taknak cerita banyak memandangkan entri ni khas untuk contest saje.Terima kasih dik Ayie sebab tag Sis ye ^_^

Syarat-syarat contest memang senang dan mudah.So nak baca syarat dia,korang bukak la blog Encik Wan Mejuez .
So kepada owner blog,sila lihat header di atas.Tak terlalu lawa,tak terlalu advance.Simple je sebab aku dah takde idea nak edit header blog =='
Dan macam biasa tak sah kalau takde suruh tag blogger untuk join.So aku just tag la kat kenalan blog yang rapat dengan aku.Yang rapat,sila join sebab hadiah serius lumayan.


Aku sebenarnya dah tawar hati nak masuk contest.Asyik-asyik tak menang.Tapi masuk lagi ni sebab hadiah dia yang buat aku rasa tergugat iman. =p
Haih..Tak serik-serik..

22 January 2011

Masa untuk Photoshop

Salam semua..
Malam ni bersengkang mata depan Photoshop sebab tak tahan tengok member seangkatan dah mula advance dengan Photoshop.So dengan apa yang aku rasa aku boleh buat dengan cara kawan aku edit,aku pun cuba campur adukkan.Mula-mula guna gambar Lady Sovereign.Lepas tu gambar kawan aku sendiri,Anum.
Aku nak buat tutorial setakat ni aku still lagi tengah belajar.Nanti dah boleh ingat step,aku buat yeah. =)
Before and After photo Lady Sovereign
Before and After photo
Proximate masa nak edit gambar ni lebih kurang dua jam.Tu pun sebab terkial2 dengan tone warna.Tapi pape hal pun,dapat jugak aku release tension.
Ok sambung balik hubungan etnik.Dem. ==