23 February 2011

Awak perasan tak..

A little bit entry special for him..Yeah a lil bit rojak here and there.Sorry ^_^


Sayang..
Awak perasan tak..
Yang kita dah nak masuk 8 bulan together..
Yeah rasa macam baru je right?I know that.


Sayang..
Awak perasan tak..
Yang saya kadang-kadang buat awak marah sebab saya degil?
Awak selalu membebel pasal benda yang sama all the time..
But I don't even mind..Sebab tu dah menunjukkan awak ambil berat pasal saya kan. =)


Sayang..
Awak perasan tak..
That every time you and I have a talk about something,we always laugh together at the end (well except for the sad part of the story)
And every time awak dah habis bercerita,mesti saya paksa awak cerita lagi..
The only reason is that I just love to hear your voice and tak pernah rasa sedikit bosan pun mendengar awak berceloteh. 


Sayang..
Let just say that I still love you till now 
And hopefully till the end of my life..
From your dearest love,

13 February 2011

FB ke BR?

Hari ni serius tertekan.Mungkin sebab suasana persekitaran di sekeliling aku ni macam tak berapa nak best je.
Mungkin sebab dengan masalah bodoh.Mungkin.
Rasa nak maki hamun orang je hari ni.
Tapi still mengekalkan status sabar dalam diri.Mungkin sebab dengan cara tu aku rasa mungkin ada yang tak kan terasa hati.Mungkinlah.
Damn semua benda nak ade kemungkinan.


Sejak seminggu ni,potensi aku nak menyah-aktifkan mukabuku tersangat la tinggi.Tapi makin lama aku postponed benda ni,makin rasa malas je nak buat benda tu.
Member sebilik sekarang dalam proses deactivate FB dalam masa 30 hari berturut-turut.Tu pun sebab tambahan aku cabar dia tak on FB.
30 hari survive=satu scoop Baskin Robin.
 


Sekarang dah hari kelima tapi boleh je aku tengok dia survive.Ok some part,dia akan jeling sebelah tengok aku on FB.
Mungkin agak jahat di situ memandangkan aku saje je nak buat dia rasa tergugat dan nak on balik FB,tapi aku dapat rasakan dia boleh survive tanpa FB.


Aku nak buat,tapi takde sape nak cabar aku.Even si dia pun macam nak taknak je kasi aku deactivate.
Agak-agak la,korang rasa boleh ke survive takde FB?Aku teringin nak buat dokumentari pasal ni.Haha..

07 February 2011

Youtube guys =)

Hari ni niat nak belajar P.M sempena kuiz esok petang tadi sangat membantutkan akibat dua sebab.
First thing sebab aku jadi begitu malas.Melihatkan keadaan itu,aku siapkan dulu buku log koko yang akhirnya baru dua siap dua page. =='
Dan keduanya bilamana aku jadi stuck nak buat kerja disebabkan oleh video kat youtube.
Aku rasa dah semacam satu fenomena baru bila datangnya seorang lelaki berusia 21 tahun,student TESL dan juga punyai satu karisma yang menarik.Dan dari video dia jugak aku dapat detect lagi sorang vlogger yang bagi aku best jugak nak ditonton walaupun dia bukan dari warga Malaysia.
Kalau aku tak sebut nama beliau ni pun aku rasa ramai dah dapat cam,sebab beberapa hari sebelum ni semacam dah ramai dah tengok video beliau melalui like page FB beliau.
Salah satu video yang terbaru dari beliau
IniAnwarHadi bagi aku sangat cool dan sempoi dalam mengetengahkan isu-isu semasa tak pun tentang diri dia sendiri.Tak cukup dengan tu,gaya persembahan video dia pun dah cukup menarik perhatian orang untuk tengok.
Selain Anwar Hadi,Charlieissocoollike pun membuat aku tertarik nak tengok disebabkan accent English beliau yang sangat sedap aku dengar dan juga cukup comel untuk aku tengok.Twink!
I love British accent =p
Nah..Sekarang tak perlu dah aku rasa nak jadi pelakon ke penyanyi ke sebab bagi aku jadi artist di youtube pun dah boleh buat orang tertarik untuk jadi salah seorang peminat setia anda. =p
So takyah la nak buat Akademi Fantasia ke atau seangkatan dengannya kalau benda-benda camtu tak buatkan orang suka dan mengikut perkembangan kalau talent setakat di muka tapi talent diri entah pape.


04 February 2011

Lagi berapa hari?

Salam semua..
Seminggu cuti sempena hari raya cina, (oh btw Gong Xi fa Cai aa!) aku rasa tak seronok memandangkan ketaksihatan badan yang berleluasa selepas kejadian BMMFP aka Burger Mak Merah Food Poisoning. Sangat tertekan bilamana dari hari Isnin sampai pagi tadi perut tak selesa.Berangin memanjang.Even adik nak buat lawak bod sekalipun aku tak tergelak or tak buat-buat gelak disebabkan perut.
But seriously after minum air halia yang serious sedap (not), akhirnya dapat gak aku bersuara dan gelak macam biasa dengan adik aku.But again,cuti pun dah nak habis and esok dah nak balik Melaka. And still,my so called homework and also revision tak terbuat lagi.
Nice oneee...


Cuti camni memang sangat common dengan kenduri kahwin dan apa-apa perkaitan dengan pengantin dan juga kenduri.
So kepada yang baru berkahwin,berakad nikah semua,Selamat Pengantin Baru =p
Bila dah dua tiga orang dari kalangan kaum keluarga dah berkahwin,mulalah otak ni nak merewang pikir bila nak kahwin.Tapi terpaksa berangan la memandangkan umur masih 21 lagi dan belajar pun tak habis lagi.Kerja pun takde lagi. =p
Takpe lepas ni aku nak kira pakai hari bila aku nak kahwin.
Lagi.....365+365+365  hari?


P.S : Entri malas kali ni =='