06 November 2010

Aku,bukan seperti mereka..


Rude Awakening : Kalaulah..
Salam semua..
Hari ni keseorangan lagi
Bertemankan subjek material dan Zicky di sisi
Mengenangkan nasib macam mana nak jawab final nanti
Ah semaklah fikirkan benda yang sama sepanjang minggu ni 


Aku,bukan seperti pakar saintis yang hebat di mata dunia
Punyai kepintaran yang sangat teruja
Aku ini hanya manusia biasa
Yang punyai akal yang kadangkala biasa sahaja


Aku,bukan seperti mereka
Yang sudah terpampang di media massa
Dengan berita tentang kecemerlangan mereka
Dengan kecerdikan yang berlipat ganda


Ah minggu belajar bikin aku tertekan saja
Pikirkan soalan apa yang keluar pada hari Selasa
Makin tertekan,makin terseksa jiwa
Kadangkala rasa nak give up pun ada


Abah dan Ibu..
Jikalau abah dan ibu membaca hati nukilan si anakmu 
Hanya ingin menyatakan sesuatu
Anakmu ini sehabis baik buat yang termampu


Kalaupun anakmu ini tak dapat memberi apa yang abah dan ibu mahu
Tak dapat berjaya seperti orang lain yang sebaya denganku
Maafkan anakmu ini abah..Maafkan anakmu ini ibu...
Tapi anakmu ini akan mencuba sedaya yang mampu


*Sigh..Jiwa bingit.
Mari belajar material... ^____________^'







04 November 2010

Kata-kata berdasarkan realiti (bahagian pertama)

Rude Awakening : Nice job girl ^_^
Salam semua..
Malam ni,aku keseorangan lagi dalam bilik.Ye sedang belajar bersungguh-sungguh untuk final Isnin ni.
Ah tipu je la ayat tu.Poyo lebih ni.Buku material je terbukak lebih.
Dalam keadaan jiwa terbungkang bosan,tetiba nampak pulak Si Cun online.
Sembang biasa,macam dah lama tak jumpa.
Si Cun : Kau nak baca tak apa aku buat untuk hari ni?
Aku : Nak!
Si Cun : Mesti kau suka..Jap ea.
Dan terkesima jugak aku bila dapat satu dokumen Word dari beliau.
Terbaik la Si Cun.Ade jugak idea nak aku post dalam blog aku. ^_^
------------------------------
Kata-kata saya berdasarkan pengalaman
Originality dari : Fika Rafika aka Si Cun


Diambil dari Deviantart.com.
Ayat lelaki bila mula-mula kenal perempuan:
  • You tinggal mane?? (tanya macam nak datang je)
  •  You, muka you cam pernah nampak lahh..tapi tak ingat kat mane..(bajet je)
  • You selalu text I, chat dengan I, boyfriend you tak marah ke?? (saje nak kepastian konon) 
  •  You, I suke la tengok you senyum, nampak cam cute je..(ayat geli.Haha..)
  • You,nak nombor boleh?? suke la borak dengan you (Ni mesti stok tengah bosan kan?)
-----------------------------------------
Ayat dalam drama oleh seorang lelaki:
  • Tergamak awak tak percayakan suami sendiri (padahal curang nih)
  • Betul you, I sayang you seorang je(padahal awek ramai)
  •  Sayang, I betul-betul sayang you ni, jangan curang dengan I tau. (dia curang boleh lak)
-------------------------------------------

Ayat lelaki bila rasa awek sendiri cam curang (hati panas membara ni yaw)
  • You kat mane? I text, I call, you takde respon pun. (garang taw suare.Takut ok)
  • Nape you cam dah lain dengan I? Cam taknak layan I je.You dah ade orang lain ea? (come on la, jangan nak tuduh yang bukan2 ok. Siasat dulu, mungkin awek penat demam tapi tak sempat nak gitau, nak pegang hp pun tak larat.)
  •  I nak you terus terang dengan I, you sayang I lagi tak?(nanti jawab tak sayang baru tahu) 
  • I nampak you dengan sorang mamat ni, sape mamat tu? (hmm jangan la tanye camtu sangat, entah2 tu abang ke adik ke, cemburu sangat lah.)
  • You, kalau dah tak suke I cakap je. I tak kisah la,ramai je lagi nak kat I (OMG!!! Bahhjett HOTT lahhh plak kan..padahal takde sape minat dia) 

---------------------------------
Haha..Nice one la sayang.Ade bakat nak menulis,ape kata buat blog satu nak? =)
BTW,kata-kata di atas berdasarkan realiti kehidupan.Tak betul,sila betulkan yeah.
Oh and one more thing.Ini baru part one.Upcoming part two akan menyusul.

P/s : Nak tau sape Fika Rafika aka Si Cun? Klik SINI


03 November 2010

Dalam minggu belajar ni,baru aku terperasan..

Rude Awakening : Beberapa hari lagi..
Salam semua..
Still berada dalam study week.Ye sempat lagi aku nak update blog,walaupun takde cerita pun yang nak dikhabarkan.


Dalam minggu belajar ni,baru aku terperasan...
Sekarang ni aku semacam dah gila anime.Dua tiga hari yang lepas,duk sibuk download cerita Jigoku Shouju.
Cerita anime yang adik aku suka paksa aku tengok.
Baguslah,sekarang aku dah addicted. =='
Sampaikan desktop aku pun gambar Enma Ai.
Desktop EVPAQ ^_^
Dalam minggu belajar ni,baru aku terperasan..
Sekarang stok tidur aku pukul 4 pagi.Paling lewat jam,nak dekat 4.30.Tu tahap maksima badan aku boleh tahan.
Dan kebarangkalian nak bangun lambat pun tersangatlah tinggi.Pukul 12.30 paling lewat aku bangun.
Buat malu kaum gadis je la kau ni Ra.
Kepada ibu dan abah,kalau terbaca,jangan marah.Tak sengaja. 

Dalam minggu belajar ni,baru aku terperasan..
Sekarang dah rajin minum air panas,tak pun suam.Paling koman pun,air mineral.Ye bukan sebab kerelaan sendiri.Ni sebab terpaksa.Terima kasih encik batuk.
Even nak makan mekdi pun kena pesan air milo panas,gantikan air coke saiz medium tu. T_T
Dan sekarang ni pun tengah minum air sirap panas.Terbaik kak.Saya mintak air sirap suam,bukan panas sampai hirup sikit dah menjerit. 
Tapi nasib baik sedap.

Dalam minggu belajar ni,baru aku terperasan..
Banyak lagi subjek aku tak cover untuk final.Baru cover numerical,tu pun tak habis lagi.
Hoh konflik diri betul.Bila nak study materialnya?
Bak kata budak kelas.'Jeng betul!'

Ah dah Ra.Makin lama kau merapu,makin lambat kau nak start belajar.