31 May 2010

Edit lagi,edit lagi!

Rude Awakening : Weng2 lagi.Ah!!
Salam semua..
Hari ni..Bosan lagi.Ni dah entri kedua aku taip untuk hari ni.Memang kebosanan melanda tahap hyper. =='''
Sekarang sambil peluk bantal busuk,kite main dengan photoshop!
--------------
AGENDA UTAMA
Joging,snapping,editing
Vroom2.Kasi lalu..Oke muka kasi fokus.Takut terlanggar orang. ^_^
Foto di atas tuh takde kena mengena dengan joging ye.Tapi aku nak membuktikan bahwasanya aku dah boleh bawak kereta walaupun diriku pendek. ^_^ Ngehee~ takde tambahan seat ok.huhu..
Petang tadi memandangkan aku dah taktau nak buat ape,aku pun merajinkan jugak diri ni nak berjoging.Kate nak kurus.Tiga round kasi sapu.Dua pusingan jalan,satu je jog. ^_^ Ah peluh keluar,oke pe.hehe..
Tuh adikku yang bongsu..Ni main tolak2.Ibu candid. =='
Ni parents aku ^_^ Abaikan aku ye. =='
Balik joging,terus melantak nasik paprik.Terbaik..
Dalam perjalanan balik,senja mase tuh cukup lawa.Sempat snap nak simpan untuk edit malam ni. ^_^ Kualiti maybe tak berapa oke sebab guna handphone. 
Suasana senja di Manjung ^^,
----------------------
Oke tuh saje..Nak design banner si ZE,takde idea lagi.ZE,nanti EV kasi edit pagi esok aaa...Malam ni idea tada.Huhu..
P/S : Awak,take care ye ^_^ Rindu oo..


30 May 2010

Bertagged dan Berkomik.

Rude Awakening : Makin normal
Salam semua..
Sejak mula cuti semester, aku dah mula menjadi normal.Bangun dah boleh awal.Tidur dah boleh awal.Ape lagi yang awal?Semua la kut.Even solat aku pun aku dah tak tangguh2 dah.Kire awal gak ah kan?Oh makin normal.Syukur.
---------------
AGENDA PERTAMA
Kena tag dengan sape ni? ^_^
Ternampak shout dari Dauz.Oh kena tag oleh beliau.Terima kasih ! Nanti akan ku tag anda jika ada soalan tag k!
Jawapan untuk soalan tag di bawah :
1) apa yang bermain di fikiran you all sekarang?
-Taktaula.Macam2 benda tengah duk pikiaq sekarang ni.

2) apakah nama samaran you all?
-Ra.Tapi kalau kat blog ni,ramai panggil aku EV. ^_^

3) berikan 3 orang yang you all sayang?
-Family,Kawan2 dan....Ttteet!!

4) panggilan untuk si dia?
-Camane nak panggil kalau tengah single mingle ni.. =='

5) hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa?
-Mau Nikon! ^_^ Tapi komfem tak dapek.So,hadiah yang aku impikan sekarang rantai yang ade ukiran perkataan E dan V. ^_^

6) blog mana yang you all suka visit?
-Aku suke terjah blog yang entri2nya mantap,design layout dia cukup kemas dan best mata memandang ^_^

7) tag kan kepada 15 blogger you all
-> Awat banyak sangat ni.. ==' Aku try eh..
Ade 6 je aku dapat senaraikan.Nanti kalau ade,aku kasik lagi ^_^
------------------
AGENDA KEDUA
Komik
Pecah otak gak ni nak pikir idea untuk taip entri.Biasala bila tahap kebosanan dah sampai tahap maksimum,semua benda aku selongkar.Lepas solat zohor,niat nak landing kat katil.Rehatkan badan.Tetibe aku ternampak komik Doraemon kepunyaan adik tersadai kat atas katil.
Hee..Tuh Nicko ngan Zaraa~

'Eh,aku tak abes lagi bace.Nanti2la sambung.'
Padahal dah khatam banyak kali dah komik tu.
--------------------
Cakap pasal komik,hati aku teringat zaman aku kecik2 dulu.Cukup suke beli komik.Lagi2 komik KAWAN.Kalau korang dah hidup dah masa zaman kegemilangan komik KAWAN ni ,mesti korang ade flashback sikit bentuk komik kawan yang kecik dan tebal tuh,dengan cover buku yang boleh buat korang tertarik abes nak beli.Masa kecik2 dulu kan ulat buku komik.Ade je jual edisi baru,komfem serbu kedai buku beli komik KAWAN.Kalau tak puas bace,aku beli sekali dua buah.Nanti takdelah bosan duk kat rumah.Bila dah selalu beli,memang almari buku aku satu deret penuh dengan komik tu je.Kalau bosan,tarik je satu,baca.Tak kisah la kalau dah banyak kali bace,sebab isi dalam buku tu memang syok,tambah lagi bila lea dapat tambahkan ilmu sebab ade ruang 'Tahukah kawan2..'.Eh yeke ek nama ruangan tuh.Tapi nak iras2 la. ^_^ Banyak kartun dalam komik tu,aku cukup suke kartun Kak Alin.Comel je ^_^
Sumber dari Google ^_^ Ha comel!
Sekarang pun ade lagi kut komik tuh tapi dalam saiz majalah.Tak best dah.Pernah sekali terdetik gak hati nak mencari balik.Punggah kotak2 buku tapi tak jumpa gak.Tah manela ibu simpan.Takut terbuang je bagi kat toke jual kertas tu.Sayang gila.
Lepas KAWAN,masuk lak komik Anak2 Sidek.Saiz dia besar sikit dari KAWAN tapi memang best.Cite pasal anak2 Haji Sidek dengan badminton.Jalan cerita memang best.Cukup je duit,memang pujuk parents aku pergi kedai buku,beli satu.Dan salah satu sebab aku suke beli buku ni,sebab cover dia cun habes.Menarik perhatian aku nak beli.
Sumber dari Google.Satu RM3.50 ^_^
Tapi buku tu pun dah hilang bersama dengan komik KAWAN tuh.. T_T
--------------------
Tahun demi tahun,zaman kegemilangan buku Anak2 Sidek dah mula turun sikit.Naik pulak zaman membaca Doraemon dan Shin Chan.Ha komik kegemaran aku dan adik2 aku.Tapi aku bukan tukang beli,adik aku yang bongsu tu yang suke kumpul.Kalau keluar pegi mane2,balik tu mesti bawak balik dua buah komik Doraemon.Takpun komik Shinchan.Memang melekat la adik aku dengan buku2 ni,dari duk lepak2 sampai ke meja makan.Aku pun rimas.Huhu.. =='
Time2 tengah bosan je,tarik ah satu.Aku rasa dah banyak kali dah baca.Sampai jalan cerita pun dah boleh hafal.Kalau usya kat ntv7,agak2 ade je episod keluar,mestinya aku bising.
'Eh ni dah bace dah kat buku yang dah beli hari tuh!'
Ngahaa..tersangatla budak2 mase tu. =='
Sekarang ade lagi buku2 DoraShin.(Kasi gabung name) Sampai dah tak tersimpan dah kat almari buku.Bersepah2.Aku gak tukang kutip.
Sebahagian kecil.Nanti ah selongkar lagi.
Lepas DoraShin,beralih hati lak kat komik Gempak.Oh mentang dah naik sikit usia,terus tukaq.Adik2 aku pun same.Pergi kedai buku,benda yang nak cari mesti Gempak.Tak Gempak,Utopia.Tapi Utopia tak best. Aku suke kartun yang ade empat kotak je.Ape eh nama dia.Lawak Kampus kan?Ha tolla..





Sumber dari Google
Macam2 watak duk masuk.Tapi aku suke yang jerawat bertimbun uh..Bepop.Comel~ ^_^ Ada part lawak yang agak geli tuh memang buat aku takde selera nak makan pastu.Sengal je.. =='
Sampai sekarang layan Gempak.Lepas ni komik pe lak,aku pun taktau.Ceh,buku ilmiah taknak lak bace banyak kali.
'Ra,baca Reader Digest la baru ade mood dewasa'
'Ha yela tuh.'
Korang suka baca komik pe eh masa kecik2 dulu ? ^_^
P/S : Tak puas hati aku selongkar gak almari.Oh suke!Terjumpa dah buku KAWAN !
Dah remuk2 dah cover.
Jom ke katil sambil membaca!

28 May 2010

Tudung biasa jela kut yang sesuai

Rude Awakening : Baring sambil guling2.
Salam semua..
Hangat tak terkata.Bak kata Neo,Malaysia is freaking hot you know.Ngahaa. ^_^ Kelmarin aku tengok suhu luar dah mencecah 36 darjah celsius.Nasib baik ade orang invent aircond.Takdela panas meraban dalam bilik.Lepas tiga kali tambah nasi ayam buatan ibu,terus menghempaskan badan aku ke tilam.Guling sane,guling sini.Ah takleh jadi.Bosan teramat.
Rindu pulak aku nak bukak buku ilmiah..Semester tiga,sila bukak cepat.
------------------------
AGENDA UTAMA
Tudung bawal,tudung sarung,selendang?
Tudung.
Ape tu tudung eh?
Lain orang,lain definisi.
Lain orang,lain fungsi.
Tapi satu je yang memang tetap sampai akhirat.
Tudung untuk menutup aurat.

Selama 20 tahun aku hidup,dari sekecil bayi sampai sebesar manusia normal,aku dah tengok macam2 bentuk dan jenis tudung orang duk pakai.Dari besarung camtuh je sampai melilit bagai nak rak.Tapi yang aku pasti,tiga jenis ni memang dah komfem orang duk pakai:
Bawal,Sarung,Selendang
-----------------------
Bawal
Masa zaman sekolah aku dulu,tetiap pagi tak sah kalau tak mengadap cermin selama 15 minit untuk betulkan tudung je.Biasalah dulu kalau tudung sekolah tuh tersalah gosok,mulelah pagi tu nak buat hal.Bak kata orang,tudung degil sangat,susah nak bentuk.Kalau tudung dah buat hal,aku terus tukar tudung lain sampai tudung tu elok berbentuk bulat kat puncak.Time sekolah dulu,tudung sekolah aku wajib ade tiga.Tuh boleh bertukar2.Memang keluar bilik tu,berpeluh gak a sebab betulkan tudung je. ==' 
Sumber dari Google
Aku pernah sekali duk tanya member aku camane tudung dia statik je.Kalau angin kencang camane sekali pun,tudung dia maintain je.Tak terpeleot langsung.
'Ala weh,kau buh je lilin kat tudung.'
'Aaa..Buh satu tudung ke weh?'
'Eh takla!Buh kat tempat yang sepatutnya je la.'
Dulu aku jenis blur2 sikit.Lilin tuh aku ingat kena bagi cair dulu,pastuh kasi letak kat tudung.Nasib baik aku tak try sebab memang dah sah salah teknik melilin tudung.Lilin tuh kena gosok2 je kat tempat yang korang nak lilin.Toksah kasi cair.
Kalau aku,aku jenis simple sikit.Tudung aku paling koman aku selalu pakai mesti putih,hitam.Senang.Masuk dengan semua baju.Sampai ibu aku pun tegur takdak tudung len ka nak pakai.Tapi sekarang tak dah.Macam2 jenis warna tudung aku pakai.Kate dah meningkat dewasa ye dak? ^_^
Sumber dari Google
Eh,tudung sekolah dalam kategori bawal gak kan?Huhu..Abaikan.
Sarung
Sumber dari Google
Aku ingat lagi lepas Ikin isteri Mawi tuh mula memakai tudung jenis bersarung,mulalah orang ramai mengikut.Sampaikan nama tudung sarung tuh dah bertukar nama jadi tudung Ikin.Kalau pi mana2,lagi2 kat shopping complex,mesti ade je kakak2 serta makcik2 yang memakai tudung camni.Bukan tuh je.Kat sekolah2 pun ramai cikgu2 yang dah mula pakai.Termasuk ibu aku sendiri.
'Ibu,best sangat ke pakai tudung Ikin ni sampai ramai sangat yang duk pakai..'
'Tudung ni senang pakai.Nak bentuk pun senang.Takdelah lambat sangat bersiap.'
Memang aku admit,tudung sarung tuh memang senang nak pakai.Kalau nak keluar dengan family,akulah paling lambat bersiap sebab betulkan tudung.Ibu aku dalam jangka masa 5 minit je dah siap dah pakai tudung.
Bukan aku taknak pakai.Aku dah cuba tapi muka aku ni stok bulat.Jadi cam muka doraemon je sekali pandang.Terus taknak pakai.Lagi rela pakai tudung berbelit kasi muka aku nampak kurus sikit. =='
Sumber dari Google
Tabiat orang kita.Kalau sorang dah start set trend fesyen,lagi2 tudung,mula la bagi nama sempena nama orang tuh.Aku nak gak ah buat.Nanti mesti wujud nama tudung Ra.Tapi nak gubah camane lak eh? Nanti ah aku pikir.
Selendang
Selendang ni aku rasa paling popular di kalangan remaja perempuan.Aku tak pernah tengok lagi baya2 mak aku yang pakai.Ade kut tapi mungkin jarang sekali.Selendang ni setau aku mula jadi trend lepas Yuna pakai.Kira Yuna ni yang memperkenalkan selendang lilit.Ke ade lagi sebelum Yuna?Kalau salah,sila tegur ya.
Sumber dari Google
Start aku masuk U,baru aku perasan memang cukup ramai budak U memakai selendang.Member2 aku sebelum ni yang tak pernah pakai selendang,sekarang rajin lak pakai.Kadang2 aku tengok lawa lak diorang ni pakai.Comel,ayu je aku tengok.Kalau pakai selendang,baju ape2 jenis pun boleh masuk.Memang cantik.
Member2 biaselah,mesti nak cucuk2 aku suruh pakai.Pernah sekali tengah syok2 rehat,sambil layan lagu,dak rumah aku,Aisyah datang kat aku.
'Ra,bila nak try pakai selendang ni..'
'Taktau.Ala kalau Ra pakai buruk beno la..Dahla pipi makin gemuk ni.Komfem tak elok.'
'Ala Ra,belum cuba belum tau.Try jela.Meh sini nak pakaikan.Ambik selendang Sya kat bilik tuh.'
'Huhu..Ok2..'
Muka rela tak rela,aku bagi la beliau lilit2 selendang tuh kat kepala aku.Tak lame pastu,aku usya cermin.Cam ok je.Tapi tengok dua tiga kali,cam gemuk lak muka aku.Takpe,kasi snap foto.Bukti aku dah pakai selendang.
Jangan gelak ye. =='
Ha,dan2 lepas tuh aku try pulak pakai selendang pergi hangout ngan member.Tuh memang first dan last kut aku pakai untuk berjalan sebab dah kena tegur dengan pakwe roomate aku,dikatanya aku nampak tembam sangat pakai selendang.
Klik2 kalau tak nampak imej ni~
Huhu..Lepas ni tekad nak kuruskan pipi.
Last2,tudung bawal jugaklah yang menjadi pilihan hati sampai sekarang.
P/S : Teringat masa ex bagi hadiah lepas balik dari Kelantan.Tudung pink.Dan2 lepas tuh minat pink. 

HDR bikin hati aku suka ^_^

Rude Awakening : Otak tetibe terhenti dari memancutkan idea.
Salam semua..
Lepas entri yang lepas,aku banyak kali jugak nak perah otak aku ni nak keluarkan idea untuk entri baru tapi satu pe pun tak keluar.Kali ni pun aku takde idea nak menaip entri.So,entri kali ni buh foto pun jadilah.
-----------------
AGENDA UTAMA
HDR bikin aku suka
Dalam minggu ni,aku banyak mereleasekan tekanan emosi aku kat Photoshop.Ditambah lagi dengan Photoshop CS5 yang member aku bagi kat aku,aku terus guna.Tapi aku tak edit cam dulu2 dah.Sekarang aku lebih suka edit ke arah HDR lebih daripada manipulation.Mungkin otak dah penat nak pikirkan idea manipulation cam dulu.Ni antara hasil edit aku menggunakan teknik HDR yang aku rase bagi aku still noob lagi.
Aku tak reti lagi nak bagi HDR tu lagi menyerlah.Nanti la aku explore lagi.
----------------------
Ni hasil HDR dari adik aku yang bongsu.Aku nampak gelap =='
Ni lak Ema yang editkan.HDR+Lomo.Nice beb~ ^_^

P/S : Eh mane follower ke 400 aku eh..Aku nak edit gambar beliau.

23 May 2010

Umur dan fizikal.Jangan tertipu ^_^

Rude Awakening : Satu,dua,tiga..Satu,dua,tiga..
Salam semua..
Aku rase dari start aku masuk cuti semester sampai sekarang aku asyik dengar nombor satu sampai lapan.Pipi ni tak jugak turun..Haih makin mengembang je pipi aku ni. =='
Foto terbaru hasil tangkapan Anum.Aku sedar pipi aku menaikkan saiz muka 
Ah,abaikan.Lambat lagi nak bukak semester.
------------------
AGENDA UTAMA
Muka kanak2 ^_^
Tepat jam 10.30 pagi,aku ngan abah terus bertolak ke MRSM Pasir Salak.Tujuan utama macam biase,nak melihat anak lelaki keluarga sulung di sana.Lama tak jumpa.
Ni lah adik aku ^_^

Sampai sane,kad pas masuk tak bawak.
'Encik,mintak tolong anak encik tu tulis la buku log masuk kalau tak bawak pas masuk'
Ah sudah..Malas betul nak keluar.Tapi muka tetap berikan senyuman.Nak sorok muka sememeh bangun tido.
Sampai je kat pondok guard..
'Datang ni nak jumpa abang ke dik?'
Aku dah agak dah..=='
'Eh taklah makcik..Ni nak jumpa adik ni..'
'La..Kakak la ni..Umur berape?'
'Dah 20 tahun dah cik..'
Makcik guard pun senyum.Senyum tak caye kut.
Masuk je kete,aku cakap kat abah.Gelak je.
'Kaklong pakai kasut Crocs kut.Tuh nampak cam budak2'
'Yeke?'


Crocs aku~Siap ade Hello Kitty lagi.Hilang jiwa rock aku -.-
Erk..Yela kut.. =='

Aku taktau nak buat muka camane nak bagi nampak diri aku ni umur 20.Pergi mane2 je,mesti orang ingat aku dalam belasan tahun.Tadi tanye ngan ibu aku,aku ni muka budak2 sangat ke.Ibu aku cakapla takpelah muka budak2,nampak awet muda sikit.Nak beli tiket pun dapat murah.
Eh camtuh lak..Hehe.
Aku ingat lagi ade sekali tuh aku nak pergi beli Zan piza depan Billion.Masa tuh aku Form 3.Biaselah masa tengah tunggu pizza tuh masak,pakcik yang jaga stall tuh mesti ade je benda nak cakap.Taknak bagi suasana tuh senyap sangat kut.Sembang punye sembang,tetibe je pakcik tuh tanye.
'Adik tahun ni UPSR la kan?'
'Erm..Pakcik..Saya dah form 3 dah pakcik'
'La...Pakcik ingat kamu ni dajah 6'
=.='
Sabar jela.
Agak2 korang time ni aku umur berapa? ^_^
Aku tau saiz badan dah kecik.Tapi ade lagi yang lagi kecik dari aku.Kadang2 tuh aku pandang je cermin lame.Nak tau gak tang mana yang nampak cam budak2 tuh.Ketinggian tuh toksah kata la,memang aku naturally pendek.Kadang2 tuh,budak2 yang lagi muda dari aku layan aku cam aku ni baye diorang je..Tapi hakikatnye,aku lagi tua dari diorang.
Pernah sekali mase zaman2 aku addicted Myspace,aku ade kenal sorang budak perempuan ni.Mase tuh umur aku dah 16,budak ni baru je 14 tahun.Sembang cam aku baye dia.Siap ber-I You lagi.Aku layankan je.Dah banyak hari sembang dalam komen box tuh,dia tanye..
'You ni umur berapa eh?'
'I?Umur I 16 tahun.Nape?'
'Oh.La..Kakak la ni.Umur I 14 tahun baru.Hee~Sorry ye kak.Taktau la.'
Baru nak panggil aku kakak ye.. ^_^ Tak kesah la dik oi..

Banyak lagi kisah orang tertipu tengok fizikal aku.Tapi nanti berpeluh2la jari aku nak menaip.
Senang cite,aku hepi dengan keadaan aku sekarang.Biar kecik,nampak cam budak2.Tapi yang aku tau,otak pemikiran aku dah makin matang.Dah tak macam dulu.Sekarang aku dalam proses nak matangkan pikiran  ^_^ Janji fizikal nampak muda dari usia.

P/S : Aku ngan adik aku,bagi korang sape nampak lagi tua eh? Jujur aa..



21 May 2010

Penularan nama group gila panjang di Facebook

Rude Awakening : Ah sengal!
Salam semua..
Hari ke berapa dah eh aku bercuti.Tapi semestinya lambat lagi aku nak masuk semester tiga ^_^.Takpe,ade lagi masa untuk aku kurangkan ketembaman aku. Eh,ade kaitan ke?Abaikan.
Cukuplah pendek ni je mukadimah aku.Aku dah geram ni.Teruskan ke agenda. 
---------------
AGENDA UTAMA
Facebook diserang virus ke?

Macam biasa,aku tetiap hari akan onkan Facebook aku.Saje hilangkan bosan.Tapi hari ni,masuk saje laman Facebook,aku dah geram dah.Scroll punya scroll,sakit hati aku ja.Penat jari aku menggelek roda kecil kat tetikus aku ni. ==' Aku rasa dah menular dah benda ni.Sebab ramai dah kena dan ramai yang dah 'join'.
Kepada Facebooker,mesti kenal gila kan?
I'M AWESOME
Kalau sekali tuh aku boleh berkira lagi..Ni sampai berjela2 nama I'm Awesome ni diulang.Aku rasa nak separuh penuh kut home aku dengan benda ni. =='
'Ah,asal la diorang ni rajin sangat nak join benda alah ni.. =.=! '
Nak delete pun takleh sebab kat wall home.Aku pun buat2 tak nampak je la.Takpe la,kasi jari ni joging sikit kat atas roda tetikus ni.
-------------
Balik dari makan2 kat kedai Chef Abah ( Toke,kasik diskaun ah..Dah state dah kedai toke ni ^_^), macam biasa aku on lagi FB.Usha notification,si TF kata jangan la gatal duk like benda panjang2 tuh.Oh terus aku ke wall.Memang panas je hati ni bila tengok ade benda ni..

Lagi satu group yang ternyata sengal!
I LOVE YOU!WHY DO YOU NOT BELIEVE ME?
Di sini,aku nak mengaku bahawa aku tak tekan langsung itu LIKE button kat group cam &@*! je kat atas ni.Sila take note ye..Aku tak tekan langsung dan aku taktau pun ade group ni.==' Aku dapat rasakan benda ni spam semata2 di FB. 
Terima kasihla ye sebab bagi aku idea untuk entri kali ni.Ah!!


20 May 2010

Aku cuba

Rude Awakening : Kesejukan ^_^
Salam semua..
Malam ni aku rase tenang je.Dengan suasana yang sejuk bagaikan berada di Swiss aka sejuk aircond sebenarnye bercampur dengan humidity di tahap lembap sekarang ni. 
Sejuk cam kat Swiss ^_^
------------------
AGENDA UTAMA
Aku
Nak hilangkan kebosanan di malam hari,aku mula melihat buku2 novel aku yang dah tersedia kat bilik.Teringat kembali zaman2 aku gilakan novel.Bukan novel cinta,mak aku cukup pantang bila tengok aku membaca buku genre tu.Novel aku semuanya berunsurkan pembunuhan dan jenayah.Mungkin disebabkan pengaruh CSI yang menyebabkan aku mula membaca buku sebegini rupa.

Ah bukan ni yang aku nak khabarkan.

Menggeledah buku demi buku,aku terjumpa buku diari sekolah lama aku dulu.Bukan diari peribadi.Diari ni selalu aku bawa ke sekolah.Kalau cikgu ada bagi kerja sekolah,aku akan catat di buku ni.Ini disebabkan daya ingatan aku yang tak kuat.Cepat lupa.
Nila buku diari sekolah aku ^_^

Membelek sehelai demi sehelai,tarikh demi tarikh.Kerja sekolah ada saja dah bertanda.Maknanya dah siap.Ada je coretan kecil di bawah.Kalau member aku tanya bila aku eksiden,aku belek je buku ni.Sebab memang akan ada.Kata diari ^_^
Melihat kembali buku diari sekolah aku ni,aku diam seketika.Tatkala kehidupan aku di zaman sekolah dulu sudah berlainan dengan zaman aku di U.Aku rasa diri aku makin lama makin malas untuk mencatit,makin malas untuk mengingat,makin malas untuk membaca.
Google kasi~

Malas..Seseorang pernah berkata pada aku dulu..


"Ra,semua orang pandai ra.Mane ade orang bodoh.Cuma rajin ngan malas je.Kalau rajin,makin bertambahlah ilmu.Kalau malas,ilmu takkan bertambah." 

Mungkin sebab kemalasan aku yang aku tak perasan selama ni,menyebabkan makin meninggi,makin jatuh.Aku selalu mengeluh.Mungkin dengan mengeluh itu,dengan tangisan kesal itu dapat buatkan masa berputar balik ke masa kejadian.Hakikatnya tak.
Tapi dengan semangat yang kawan berikan padaku,aku dah mula nak membangkitkan diri.Aku akan cuba perbaiki diri.Mungkin ini bukan rezeki aku,tapi mungkin akan datang.
Aku cuba untuk motivasikan balik diri aku jadi macam zaman aku di bangku sekolah dulu.Zaman aku rajin membaca,rajin mengira,rajin bertanya,rajin menimba.

Setiap manusia mesti ade konflik masing-masing

17 May 2010

Kampungku,kampungmu?

Rude Awakening :Bertolak dari Kedah pukul 5 petang.Sampai Manjung pukul 11 malam.Smart..
Salam semua..
Akhirnya sudah tamat percutian pendek aku kat kampung.Stress2 yang aku pendam ni pun dah makin takde.Aku cukup suka lepak2 kat kampung.Sejuk je hati ni tengok pemandangan kampung,walaupun sawah depan rumah nenek aku tak menghijau lagi sebab tak tertanam lagi padinya. ^_^ Aku taknak banyak berceloteh dalam entri kali ni,so aku nak selitkan beberapa foto yang sempat aku snap dengan kamera handphone S.E C510a
---------------------
AGENDA UTAMA
Kampungku
Yang berair tu sebenarnya sawah padi.Tak tertanam lagi.
Buaian depan rumah nenek aku yang selalu aku lepak nak hilangkan tekanan
Pokok mangga. ^_^
Kat kampung tak sah kalau takde pokok kelapa.Ni buah kelapa yang dah nazak.
Ni kucing kesayangan nenek aku.Sedap je beliau tidur.
Bunga yang bukan tanaman nenek aku ^_^
Pagar yang dah berkarat.Nampak karat tapi bagi aku lawa 
----------------
Ade lagi tapi aku rasa aku upload kat FB je la ^_^
Takde DSLR,HP pun oke ma.. ^_^

Setiap manusia mesti ade konflik masing-masing