28 September 2010

Aku dah kekok la..

Rude Awakening : For God Sake lah..
Salam semua..
Sakit kepala melihat satu list yang melekat kat board dinding belajar.

Material Subject
Assignment secara individu.Expired Jumaat depan.
Case Study secara kumpulan.Expired mungkin minggu akan datang.(Tak lama dah.)
Kuiz 3 dan test 2.(Yes aku tak prepare lagi.Damn.)

Numerical Method Subject
Assignment kumpulan.Oke rileks dulu.(Lambat lagi nak hantar.)
Test dua minggu akan datang.

Process Subject
Report projek marble.Submit by next week.
Kuiz.(Again a?)

Tech Com Subject
Slide show untuk presentation.
Report for presentation.(Undone yet)

Thermofluid Subject
Presentation.Thank god lambat sikit.

Oke ini bertambah serius.Lagi 5 minggu nak menjelang final,tapi makin bertimbun kerja.Patutlah aku goyang kaki masa cuti raya.Orang lain semua sibuk menelaah assignment,aku sibuk menelaah lontong.
Terbaik.

Semester ni aku dah mula belajar balik bahasa inggeris.Ye,berbalik kepada basic aku rasa.Tapi naik sikit level dari level sekolah menengah.
Baru pagi tadi aku belajar tenses.Ah mungkin korang yang cukup arif berbahasa inggeris rasa senang gila.
Jangan sebut-sebut tentang MUET.Aku MUET dapat band * pun sekadar nasib.Alhamdulillah.
Cukup jujur aku katakan,aku dah tak reti nak berbahasa inggeris,tak kisah la dari segi nak berkarangan ke bersyair ke..Tak pun nak tulis status kat FB.

Tapi aku rasa BM aku pun dah macam tunggang terbalik dah ni.

Kalau ada dari budak kelas aku yang membaca,ni statement jujur dari aku sendiri.
Jangan tanya aku sangat pasal BI.Aku dah kekok dah weh. T_T

P/s : I can't think straight right now.Eh betul ke ayat aku?

26 September 2010

Manusia tak pernah puas.

Rude Awakening : Iphone?
Salam semua..
Baru aku sedar semalam,manusia ini ternyata cepat alpa dengan suasana sekeliling.
Dan aku sedar,aku ni jenis cepat beralah.Kalau orang nak pijak kepala aku sesuka hati pun,aku rasa kadang-kadang aku sendiri tak sedar.


Banyak jenis perangai manusia aku dah jumpa.


Ada yang luaran nampak oke,tapi dalaman sakit.
Ada yang depan kita ok je,tapi belakang ditikam-tikam.
Ada yang nampak je jahat macam samseng,tapi hakikatnya hati dia sangat baik.
Ada yang nampak je baik,tapi sebetul-betulnya hati busuk macam bangkai.


Lagi-lagi kalau dalam soal berkawan.
Ada yang aku nampak berkawan sebab bersebab.Bukan sebab ikhlas nak berkawan.
Sampai sekarang aku ingat lagi ayat ini.
'Kalau berkawan itu ikhlas dari hati,takkan diburuk-burukkan kawan sendiri depan orang lain.'
Dan secara tak langsung mata aku dah terbukak sedikit.
Ye perangai aku mungkin teruk di pandangan mata-mata yang tak boleh terima diri aku,tapi kena sedar,diri sendiri tu cukup sempurna ke untuk diterima orang lain?


Sebab itulah ayat ini seringkali aku ucap dalam definisi hidup aku.
Manusia itu ternyata tak sempurna.


Sebab tulah kehidupan realiti ni,manusia cepat melatah.
Kau buat salah sikit,orang dah mula bising.
Kau buat sesuatu yang tak boleh diterima,akan mula kecoh satu dunia.Macam kau ni sorang je yang buat salah.
Kau nak bercantik sikit,ada yang mula tak puas hati.Even kau buruk pun,ada orang mengata.
Kau miskin pun orang mengata-ngata.Lagikan pulak kalau kau kaya.
Kau baik dengan orang,komfem kau dipijak kepala.Kalau kau ego?Paham-paham sendiri.


Nampak tak kat situ,yang manusia tak pernah puas?


Dulu,masa zaman sekolah,mungkin aku cepat nak tau pasal hal orang lain.Agak-agak kalau dapat masuk campur pun dah kira ok.
Tapi sekarang bila pikir balik,biarlah hal orang lain tu.Tak perlu nak ambik port sangat.Jadi cool saja,sudah mencukupi.
Tapi kalau kau buat cool,tapi ada jugak yang bising dengan life kau,itu aku taktau la.Mungkin jiwa dah sakit sangat.


Dahla.Aku buat entri ni pun bersebab.Mungkin sebab tergamam.


P/s : Dulu aku lain,sekarang aku dah berbeza.Berbeza dari dulu.


20 September 2010

Mood stadi,sila on!

Rude Awakening : Heart attack jap =='
Salam semua..
Pagi ni dikejutkan dengan kejutan yang best dari Madam Fazi..Bilamana report yang aku rasakan kena hantar lambat lagi,rupanya minggu depan dah kena hantar.Memang menggelupur jugak la otak ni nak berfikir camane nak siapkan dalam masa seminggu.Nasib baik kerja berkumpulan.Kalau tak boleh demam seminggu.
Kata student.Semua benda buat last minit.Cantik ah.


Hari ni baru aku dapat rehat disebabkan ade satu kelas saje pagi tadi.Semalam sepuluh jam jugak aku bertarung dalam bas S.E SUPER tu.
Serik dah.Taknak naik bas tu. ==' Tu pun sebab terpaksa disebabkan tiket bas Trans dah habis.
Tapi alhamdulillah.Tepat jam 7 sampai jugak aku kat Melaka dengan sakit-sakit badan.
Terima kasih pakcik bas.
Gambar raya yang terbaru.
Sebulan sudah kita berpuasa
Akhirnya Syawal menjelang tiba
Sekarang dah raya ke berapa aku pun dah tak terkira
Ala takpe,janji dapat duit raya

Trend student lepas cuti beraya
Komfem bersepah meja dengan kuih raya
Bukan bahulu saja,ketupat pun ada
Kadang-kadang terpaksa bawak,ikutkan saja.

Dua minggu sudah aku bercuti
Sekarang kena onkan switch stadi
Assignment bersepah,test tak habis lagi
Ha padan muka dengan diri sendiri

Eh dah la aku taktau nak cerita apa
Mungkin idea dah kontang macam di Gurun Sahara
Apa aku merepek ni..Ah endahkan saja
Selamat Hari Raya buat semua
Kalau ada duit raya,meh post ke Bunga Raya ^_^

18 September 2010

Bicara dari hati malam ini..

Rude Awakening : Mari bicara sebentar..
Salam semua..
Hari ni aku sudah mula jumpa rentak untuk berseni.Mungkin sebab semalam melihat banner yang kurang memuaskan,aku cuba gak nak ubah balik jadi lagi baru.Dan ini hasilnya.Sangat puas hati dengan pencapaian sendiri ^_^

Header baru ni aku buat berkonsepkan hentaman terus dari otak.Ngahaa~
Tapi yang pasti aku meletakkan benda dan orang yang aku sayang.
Kalau dapat dilihat,aku seperti memegang patung monyet.Aku suka monyet.Taktau nape.Comel kut.
Kemudian ada Nikon.Walaupun aku takde lagi,tapi aku nak gak letak dalam list barang kesayangan.
Ramai dah tanya bila nak ada sendiri punya,tapi senang je jawapan aku.Kamera handphone dah ada,sudah cukup buat masa ni. ^_^
Dan paling penting,gambar2 versi polaroid yang tertempek empat keping di header ni.Semuanya orang-orang yang aku sayang.Termasuk parents aku jugak tapi takde gambar yang sesuai nak diletak.
Takpe,letak dalam hati.Lagi secure.
Ni baru permulaan.Lepas ni mungkin ada lagi seni dari aku akan menyusul.
------------------------------
Petang tadi aku telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang blogger,Nadia atau lebih dikenali dengan panggilan TTT yang sangat dikenali ramai.Mungkin aku tak seberapa rapat macam blogger-blogger lain tapi melalui bicara mereka di status mukabuku mereka,aku semacam dapat meneka arwah seorang yang peramah di kalangan bloggers.
Aku tak sempat mengenali beliau dengan lebih dekat.Hanya kenal melalui kontest Blackberry anjuran beliau suatu ketika dulu.
Doakan moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.

Dan ketika ini aku sedar,hidup ini kita taktau bila akan terhenti.Mungkin hari ini sihat walafiat,esok lusa sudah dijemput ke sana.Dah tak kenal usia muda atau tua.
Cara hidup ini terhenti buat selamanya pun kita taktau.

Boleh dikatakan setiap masa aku berfikir tentang perkara-perkara yang pasti akan berlaku.
Fikir itu saja sudah membuatkan aku ketakutan sendirian.

Aku ini seorang hamba yang tak jauh dari melakukan dosa.Kata orang,manusia ini jiwanya tak sempurna mana.Kena pandai menjaga keimanan diri sendiri agar jauh dari melakukan dosa.
Jika diberi peluang untuk menebus kembali segala dosa terlampau sebelum ni,aku orang pertama yang mulakan dulu.
Tapi masa itu tak boleh nak berpatah balik.Kena terus ke hadapan.
Itu hakikat.

p/s : Selagi diberi nyawa,hargailah apa yang kita ada.

Otak makin berkarat ke?

Rude Awakening : Garu lagi sampai berdarah.
Salam semua..
Aku baru saja lepas bubuh header baru di blog sendiri.Tertekan melihat struktur banner sendiri yang makin lama makin teruk.Ni semua gara-gara otak dah tak perahkan kreativiti untuk berseni di Photoshop.
Busuk ah otak ni. ==
Banner baru.Nampak berserabut.
Aku taknak salahkan thermofluid dan juga material serta Numerical Method disebabkan kreativiti aku sudah mula menurun.
Eh tak.Jangan salahkan siapa2 buat masa ni.Salahkan diri sendiri sebab malas nak buat research macam dulu.

Bukan Photoshop je,part berblogging pun dah hancus.
Dah takde benda nak diceritakan.Entri yang aku post makin hari makin merapu tanpa motif.
Otak makin berkarat ke?Hurh...
Tuh pun ade lagi yang sudi membaca dan singgah.Terima kasih.

Hobi membaca aku juga dah berkurang.
Dulu satu novel dalam masa 3 hari ke 4 dah katam.
Sekarang ni hampeh.Nak habiskan satu bab,merangkak sampai seminggu.
Kalau pinjam kat library,dah sampai expiry date masih lagi terkatik-katik kat bab 2.
Baik tak payah pinjam.Buang 20 sen aku je.

Ah lemas aku macam ni.
Dah,aku nak bunuh Si Pemalas dulu sebelum otak aku makin melarat dengan sikap malas berfikir.

15 September 2010

Mood raya episod tiga

Rude Awakening : Raya lagi ke tak?
Salam semua..
Sekarang dah masuk raya ke-6 sebab dah menunjukkan pukul 12.04 tengah malam.
Itu pun tanya si dia.Tanya diri sendiri,komfem terkebil-kebil mata nak pikir sambil jari mengira.
=='


Raya keenam ni,seperti biasa sudah menjadi hari yang normal bagi aku.Erti kata lain,dah mula melepak depan tv sambil mengharap takde seorang pun budak datang beraya nak mintak duit raya.
Keras betul hati kau Ra.

Tapi kalau nak dibandingkan beraya di Kedah dan juga di Sarawak,sangat lah berbeza.Tapi takdelah ketara sangat perbezaannya.
Mungkin dari segi cara beraya budak-budak dari rumah ke rumah.Tak pun hidangan.

Abah aku berasal dari Sarawak.Ibu pulak dari Kedah.
Tapi boleh dikatakan majoriti tahun beraya mesti Kedah.Balik Sarawak pun jarang-jarang disebabkan faktor peperiksaan,tiket kapal terbang,tak pun cuti yang tak kesampaian.

Dalam banyak raya aku sambut di Sarawak,aku perasan juga perbezaan beraya di Sarawak dengan Kedah.
Kalau kat Kedah,solat hari raya dalam pukul 8 lebih.Di Sarawak awal sedikit disebabkan jarak masa.Kalau bulan puasa pun selalu Sarawak yang dapat berbuka awal dari Semenanjung.

Kalau beraya di kampung ibu,budak-budak yang datang beraya mesti datang mintak duit raya.Lepas tuh blah pergi rumah sebelah.Eh bukan,rumah depan.
Kalau beraya di kampung abah,budak-budak yang datang beraya mesti datang dab masuk ke rumah empunya tuan.Bukan nak mintak duit raya,tapi makan kuih raya.Duit raya tak dapat pun takpe.

Selalunya kalau beraya di Kedah,juadah utama makan-makan mesti lontong Singapore.Pergh,terliur mulut aku  bila bayang kuah lontong yang pekat.
Tapi kalau di Sarawak,dihidangkan kek batik sebagai juadah utama.Jarang sekali makan lontong.Kalau aku dan keluarga balik,baru diorang dapat merasa lontong.
Lama-lama tuh dah biasa la.Hehe..
Ni lontong incik Google.Bukan masakan nenek.

Kalau beraya di Kedah,selalunya akan dihidangkan air teh panas.Takpun paling koman,air sirap dan oren sejuk.
Tapi kalau kat Sarawak,air wajib dihidang mesti air bergas.Tiap kali aku beraya ke rumah-rumah orang,air itulah yang dihidang.Jarang-jarang terhidang air panas,atau air cordial.

Kalau kat Kedah,budak-budak selalunya akan beraya dari pagi sampai petang.Kalau kat Sarawak,malam-malam paling best nak beraya.Sebab time tuh la meriah.
Mungkin cuaca malam sejuk,sesuai unuk berjalan-jalan. ^_^

Aku rasa tu jela yang aku perasan.Yang lain tak banyak yang beza pun.Sama juga.Ketupat dan lemang tetap ada. ^_^
Itu dari pemerhatian aku 20 tahun aku beraya.
Kalau salah atau ada lagi yang aku taktau,sila bagitau. ^_^

P/S : Berita utama penuh dengan kes bunuh.Tak aman dah dunia ni rasanya.

13 September 2010

Mood raya episod dua

Rude Awakening : 13 September..
Salam semua..
Terus terang aku habaq,aku dah lupa ni dah raya ke berapa.Tolong kirakan untuk aku. ^_^
Raya beraya bagi aku di kampung ibu sudah jadi macam biasa pada raya kedua.Raya pertama je berbaju kurung.Orang lain aku tengok sampai ke malam berbaju kebaya dan kurung.Tuh pun semata-mata nak tangkap gambar dengan encik pakwe masing-masing.Belum lagi raya kedua dan seterusnya.
Eh aku dah tertonggeng jauh.

Memandangkan 4 hari aku duduk diam-diam kat rumah nenek,tak sah kalau perut ni tak diisi melebihi kadar yang sepatutnya aku perlu isi.Sebab masakan nenek aku semua sedap-sedap.Termasuklah makanan raya,tengahari,pagi,petang dan malam.
Dan paham-paham sendiri lah bilamana berat akan naik secara perlahan,disusuli dengan pipi yang makin lama makin mengembung.
Aku tak salahkan masakan yang sedap.Mungkin sebab hobi aku yang suka makan buatkan aku camni.
Ayat takleh blah la.
Selamat Hari Raya semua.Oh tema oren kali ni.Oke tak?
Abaikan posing aku yang mengada-ngada bila sepupu aku snap gambar ni secara tiba-tiba

Aku sudah kembali berisi lagi.Sangat benci.Oh tak,sangat suka sebab ada lagi yang sayang.
Ada kawan seFB dan seblog sudah mula nampak perubahan pada wajah aku dari segi saiz pipi sebenarnya.
Ada yang siap memanggil aku Humpty Dumpty disebabkan ini.
Aku tau Humpty Dumpty itu bulat.Tak payah sebut dua tiga kali dengan nama itu.
Humpty Dumpty telur.Aku manusia.Lain la. ==
Ha dah emo terlebih pulak.
Takpe.Ini inisiatif diri untuk berusaha ke arah hidup yang sihat dengan kurangkan makan dan bersenam lebih lepas ni.
Tapi makan tetap makan.Taknak diet.
Satu je yang aku tau.Biar orang camni nak cakap atau mengejek,janji aku selesa dengan diri sendiri walaupun kadang-kadang aku pun bising bermonolog pasal saiz badan dan pipi.
Lepas raya ni,aku joging balik la nampaknya.Encik Sporty,sila paksa kaki ini untuk memakai kamu ya.

P/S : Dulu gila sneakers,sekarang gila wedges.

09 September 2010

Mood raya episod satu

Rude Awakening : Hari terakhir sudah
Salam semua..
Pejam celik,pejam celik,dah sampai pun hari yang ke 30 kita berpuasa.Bagi aku tahun ni macam cepat je masa berlalu.
Dan syukur ke hadrat Ilahi kerana bagi aku peluang untuk menyambut hari raya dengan keluarga dan orang yang aku sayang.

Memandangkan raya akan menjelang esok harinya,aku rasa dah makin ramai yang tag nama aku kat kad-kad raya versi maya di mukabuku.
Kalau dikira-kira,rasanya dah lebih dari sepuluh.
Printscreen dari mukabuku aku.Abaikan gambar Sailormoon.
Akan penuhnya notification bila dah start tag poskad raya di dinding mukabuku.*Wink~
Dan bermula esok mulalah mesej raya masuk dalam inbox hp.
Teringat masa zaman sekolah dulu.Dalam bulan puasa tu,tetiap hari aku akan jenguk kotak surat rumah,mengharapkan sekeping kad raya.Dulu memang cukup suka kumpul kad raya.Sebab boleh simpan buat kenangan.Lagi-lagi masa tuh tengah duk dilamun cinta,memang cukup suka dapat kad raya dari orang tersayang sebab kad dia mesti lain dari lain.
Paling best bila dapat kad raya buatan sendiri dari kawan-kawan.
Tapi sekarang semua pakat main kad raya versi Photoshop.
Kalau dapat tagged ramai,aku rasa boleh penuh notification dengan photo tagged.
Pandai betul facebook ni.
Paling simple pun guna microsoft word dengan
powerpoint.Taip,printscreen,upload,tagged.Siap.
Dan trend sekarang , ucapan raya secara video.Boleh dengar suara sambil menatap wajah pemberi ucapan.

Aku mungkin akan buat kaedah ber-video.Boleh korang tengok muka aku yang blur sambil buat ucapan raya.
Tapi aku tunggu hari esok.Buat ucapan dengan berbaju raya.Siap ade bunyi azan raya.Barulah ade semangat nak buat ucapan raya.
Dahlah,aku dah merepek lebih.Selamat Hari Raya semua. ^_^
P/S :Tak sabar nak beraya esok hari.Boleh makan lontong sepuas mungkin.

08 September 2010

Maafkan aku sahabat..

Rude Awakening : Cinta dan persahabatan boleh diseimbangkan.
Salam semua..
Jam digital di laptop sudah tertulis angka 1:39 AM.
Aku masih terbangun,tak terbaring lagi di atas katil.Mungkin disebabkan tidur aku di siang hari tadi sudah cukup untuk menahan diri dari mengantuk.
Dan ini disusuli pula dengan kerajinan aku untuk membuka sedikit subjek Numerical Method.
Sekali sekala camni,takde salah juga.


Tiba-tiba terdetik hati ni nak membuka sebuah blog karya kawan yang aku rapat suatu ketika dulu.
Hati aku dapat merasa ada sesuatu yang ada perkaitan dengan aku di dalam entrinya.
Dan ternyata detikan hati aku ini betul.


Di awal bicara entri si pujangga,aku tidak dapat lagi menangkap apa yang ingin dimaksudkan olehnya.
Masuk pertengahan,kaku sebentar seluruh jiwa naluri aku serta jari jemari untuk ditaip di papan kunci laptop.
Dan kenyataannya,semua bicara beliau ternyata tepat untuk diri aku walaupun tiada sebarang nama aku pun dilakarkan di situ.





Sahabat..
Jika kau mampu lagi untuk membaca entriku yang satu ini
Ingin aku ungkapkan sesuatu dari sudut hati aku
Maafkan aku sahabat
Bukan sengaja untuk aku berbuat sedemikian
Tapi mungkin disebabkan jiwa aku yang cepat untuk rasa bersalah ternyata kuat 
Mungkin kau kata sudah boleh terima,tapi pada ketika itu aku tak dapat terima jawapanmu itu
Disebabkan tindakan aku ini semacam merampas hak kau
Kata-kata kau yang mengatakan kenalan kau itu lebih mementingkan si cinta berbanding si sahabat
Itu hanya dusta semata-mata
Aku sayang kedua-dua dan aku ternyata sehabis baik cuba untuk seimbangkan masa bersama
Aku tak pernah lupa kawan,bukan sifat aku untuk melupakan orang yang selama ini pernah bersama aku suka duka
Percayalah..Aku rindu masa bersama dengan kau sahabat
Masa-masa kita menghabiskan masa berbicara tentang kehidupan masing-masing
Bergelak tawa bersama,berkongsi masalah bersama
Ye aku rindu saat itu


Jangan dikata semua itu aku buang dari pemikiran aku
Jangan dikata disebabkan si cinta,aku mulai jauh dari segalanya
Mungkin ini cara aku untuk meneruskan kehidupan baru
Dan saat ini,aku ingin mengatakan
Aku ikhlas dengan kemaafan dari hati
Jikalau kemaafan ini seperti tidak dapat diterima
Aku terima dengan hati terbuka


P/S : Aku lagi suka berbicara begini.Rasa lega.


05 September 2010

Sampainya di rumah..

Rude Awakening : Secara langsung dari rumah sendiri.
Salam semua..
Pagi sahur di rumah,aku dapat berita yang bagi aku tak dapat terima.
Streamyx sudah tiada,tinggal broadband saja untuk hidup T_T
Tidak.Balik hostel ni kalau takde Streamyx lagi,memang nak kena cepuk Streamyx ni dengan aku. 
Tiba-tiba teringat Big Mac.
Dan akhirnya jasad dan nyawa aku selamat sampai di Manjung.
Dari pukul 8 malam sampai 2 pagi aku hidup sementara dalam bas.Sakit satu badan.
Terima kasih Transnasional.
Sampai rumah,dapat tidur 2 jam,bangun sahur.Dan tidur balik untuk lagi 3 jam.Dan bangun,lepas tu tidur balik.
Bangun-bangun,suara dah keluar tak keluar.Damn.


Masuk ke kawasan Manjung,aku dah serupa rusa masuk ke kampung.Serius macam dah jakun.
Rumah-rumah yang dua bulan sebelumnya baru naik tiang,sekarang dah sepenuhnya siap.
Tuh baru kawasan perumahan.Belum lagi jelajah satu Manjung setelah dua bulan aku tinggalkan.
Ala macam aku ni belajar kat luar negara lak kan.


Pagi tadi juga aku belajar sesuatu.
Setiap kecantikan itu lama-kelamaan akan hilang kecantikannya.Dan setiap benda baru,lama-lama akan menjadi benda lama juga.
Kasut yang aku beli tak sampai dua bulan dah rosak tapak.Pertama kali aku beli,lawa.Dah dapat kat aku,memang nahas aku kerjakan.
Kereta kesayangan aku,eh bukan.Kereta abah yang aku pinjam di kala cuti semester dah tercalar dan retak skirtnya.Rasa nak nangis pun ada.Bagai muka bersih,tetiba ada calar-calar.
Abah,agak-agak kalau tukar berapa ratus kena?


Ah sudah.Aku rasa dah merepek gila babeng kat sini.
Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin walaupun lagi beberapa hari lagi nak sambut.
Oh kad raya,aku tak post lagi.Sape-sape yang nak,bagi tau eh.
Eceh,macamlah orang kenal aku. =='


P/S : Tadi tiba-tiba mimpi si Zack update 3 entri untuk blog beliau.Dua kartun,satu entri bercerita.Ade petanda kah?