Rude Awakening : Musim hujan dah ke??
Hujan nie memang suke nak menyakat aku.Tadi time2 tengah syok melayan novel pembunuhan sambil dengar mp3,tetibe hujan yang sangat lebat.So angkatlah baju2 kat penyidai,takut basah.Dan2 dah angkat,hujan benti.Oke aku sabar,aku sidai balik baju2 tuh kat penyidai.20 minit kemudian,hujan turun lagi dengan lebat.Aku dengan perasaan nak taknak,angkatlah baju tuh balik,sangkut kat hanger pulak.Dan2 dah habis disangkut,elok je hujan benti balik.Huu...Tahap kesabaran sungguh.Last2 biarkan je.
-----------------------------------------------------------
Hujan bukanlah topik aku nak khabo kat kome kali ni.Entri ni baru nak bermula.Semalam macam biase,sembang2 maya dengan seorang rakan blogger.Banyak topik keluar,dari kes akredetasi U sampailah topik pasal kemalangan masuk.Kemalangan yang terjadi kat diri sendiri.Kusyuk je aku mendengar kisah beliau.Mase beliau bercerita tuh,otak aku pun melayang sat pikir pasal kisah aku kemalangan mase dulu2.
Nak kate dalam mase 20 tahun aku hidup,aku pernah kemalangan 3x saje.Memang cantik je timing aku eksiden.Pikir2 balik,memang aku dapat rasekan aku sangatlah careless.
Peristiwa tahun 1999
Aku ingat lagi mase first time kena.ase tuh umur baru masuk 9 tahun.Time tuh seronok sebab dapat belajar naik basikal roda dua.Bile dah terer,mulala melilau ke tempat lain.Nakal dan degil mase tuh.Mak bapak duk nasihat aku memang takkan dengar.Bak kate orang kedah,ketegaq abeslah.Tapi lepas peristiwa gelap tuh,aku terus tak jadi nakal.Nakal pun sket2 je.
Petang tuh,aku ronda2 depan rumah dengan basikal aku yang ternyata aku sayang gile mase tuh.Aku ingat lagi basikal aku mase tuh kaler merun.Dah ternyata duk ronda depan rumah,komfem lame2 bosan.So,nak bagi hilang rase bosan,aku pun sneak out keluar tanpa kebenaran ibu aku.Mase tuh serius dah senja
Lesson pertama : Jangan gatal2 nak keluar senja2.
Lesson kedua : Sile bagitau sebelum keluar
Muke senyum macam tongkang pecah,aku pun blah la menuju ke belakang rumah.Port baik punye nak race ngan basikal.Aku sorang2 mase tuh,so race sorang2 jelah.Aku ni memang suke bawak basikal laju2.Konon hebat lah kalau bawak laju.Ceh~
Duk seronok main,tup2 azan Maghrib.Oke komfem kena sound balik ni.Terus pecut dengan basikal balik ke rumah.Time nak keluar simpang,time tuh la ade plak kereta nak lalu.Tak sempat aku nak elak,terus jatuh.
Nak dijadikan cerita,alhamdulillah aku tak kena langgar ngan kereta tuh,sebab sempat elak.Tapi memang sedap ah kaki aku kena heret kat jalan sebab nak elak.Basikal je yang terbabas masuk bawah kereta.Balik buat muke selamba tapi lutut pedih tahan sakit.Sampai sekrang parents aku tak tau aku penah eksiden mase tuh.
Lepas ni komfem ah kantoi,dah aku cite dalam blog.Huhu..
-------------------------------------------------------------
Peristiwa tahun 2007
Umur aku mase ni dah up sket.17 tahun.Masih berjiwa muda.Eksiden aku bermula sekitar awal bulan.Bulan di mane sekolah2 akan menjadi huru hara dengan sukan.Aku mase sekolah dulu memang jiwa sukan.Kebanyakan acara aku mesti ade.Oke bangga seketika,sila boh layan.
Punca aku eksiden semuanya gara2 aku lambat ke sekolah.Pagi tuh ade acara merentas desa.Aku memang excited yang melampau mase tuh sebab acara merentas desa memang aku cukup suke.Sebelum pergi tuh,abah memang dah pesan,jangan bawak laju2.Oke aku dengar je..
Memang nasib aku nak kena kut hari tuh.Member aku lak tak gitau beliau taknak datang sekolah.Aku dah usha dah jam.Pukul 7.20,lagi 10 minit lagi loceng sekolah nak bunyik.Sengal tol.Dah tak pikir pe dah,terus pecut dengan basikal biru aku.Time tuh,aku tak rase langsung kaki aku sebab letih kayuh basikal laju2.Abah dengan kereta beliau nak pergi hantar adik aku pergi sekolah ikut dari belakang.Dah nak sampai simpang 3,lampu merah terus tuka hijau.So speed bertambah.Mase tuh kereta unser lalu nak lintas.Tengok tak bagi pape signal nak ke kiri maupun ke kanan,aku expect beliau nak terus.So aku pun tak slow down.Mase tuh aku tengok kete abah dah benti tepi jalan kat persimpangan.Macam nak tau je aku nak kena langgar.Dah nak keluar simpang terus,keta tuh tetibe membelok ke kiri,sah2 aku tak sempat elak.Memang kena langgar dari arah kiri.Mase tuh aku dah rebah kat atas jalan dah.
Aku ingat aku dah pengsan dah.Tutup mate sat.
5 minit lepas tuh aku bukak balik mate.
Oke aku tak pengsan rupenye.Ceh!
Pendekkan cerita abah memang marah2 pemandu keta tuh.Takut aku tengok.Akulah jadi orang tengah mase tuh,nak tenangkan due2 belah pihak.Dah lame sket tuh,abah aku suro tolak basikal pergi sekolah.Erk...-.-' Abah ni..
Dengan muke dah basah lenjun dengan air mate,aku pun tolak la basikal tuh pergi sekolah.Lame lepas tuh,aku pun diambik oleh ibu aku ke hospital.
Tak patah pape pun,dua2 lutut berdarah.Hehe..Sukenye aku,sebab tambahkan lagi parut.
Balik2 tuh,abah punyelah bising2.Aku dengar je.
Dan2 pastuh,aku tengok adik aku yang kecik tuh.
'Tadi Syazwan nangis sebab kaklong kena langgar eh?'
'Takdelah.Syazwan nangis sebab dah lambat nak pergi sekolah agama la kaklong'
'La!'
(Sengal jugak jawapan adik aku ni)
--------------------------------------------------------------
Peristiwa tahun 2009
Berlaku tahun lepas.Mase tuh aku rase aku baru habis matrik.Tunggu result upu.Rasenyela.
-.-' Sangat pelupa.
Time cuti,aku memang dah diikhtiraf jadi driver adik aku ke sekolah.Mentang2 dah ade lesen,mestilah kena tolong parents hantar dan amik adik kat sekolah maupun tusyen.
Petang tuh memang lagi sekali benda tuh nak jadi.Mase tuh area masa dah masuk pukul 6 petang.Aku dah tercongok dah depan sekolah agama adik aku,tunggu adik aku terkedek2 keluar dari sekolah nak balik.Aku admit,aku memang tak kesah amik adik aku kat sekolah sebab time tuh la peluang nak pegang stereng kete sangatlah cerah.
Sekadar gambar hiasan sahaja
Masuk dalam keta,bukak radio channel Hitz FM,aku pun bawak la dengan suke hati nye.Memang best ah layan lagu sambil bawak keta.Adik aku pun join sekali ngan aku.Hee..
Aku taktau hari tuh nape aku gatal sangat nak lalu jalan yang takde traffic light,yang semestinya jalan yang agak berbahaya untuk melintas sebab tuh jalan besar.Ditambah pulak dengan masa tuh ramai baru balik kerja.Memang sah2 jalan tuh bahaya mase ni.
Tapi aku redahkan jugak.
Gambar hiasan je
Dah sampai kat simpang tiga,aku toleh kiri dan kanan,usha je keta dan moto lintas depan aku.Dah lame sket,jalan lenggang.Aku ingat lagi mase tuh radio terpasang lagu Pitt Bull.Lagi rancak aku bawak keta mase tuh.Tengok kiri dan kanan lagi,kelihatan motor dari jauh.Aku kire2 dalam pale otak,boleh lepas.So dengan konfiden gile,aku pun susur keluar simpang tuh.
Sampai kat tengah2 jalan,aku pasan moto tuh dah speed.Makin lame makin dekat dengan keta aku.
Memang mase tuh aku cam tak tergerak langsung nak speedkan keta.Moto tuh sempat elak kat belah depan.Lega tapi hanya sementara je sebab 5 saat pastuh,bunyi dentuman kuat kat belakang keta side kanan aku.Moto tuh tak sempat elak belakang keta.Memang terseret abes moto tuh dengan pakcik2 sekali melayang.
Aku dah kabut dah,terus letak keta kat tepi jalan,keluar menuju kat pakcik tuh.Pakcik tuh dah jerit2 sakit.Mase tuh aku dah panik gile.Muka dah basah habis dengan air mate.Huhu..Dah tak kesah dah mase tuh,janji aku meraung jap pun jadilah.
Mase tuh dah ramai dah kumpul.Mamat2 navy sume pakat angkat pakcik tuh bawak pi spital.Time tuh gak polis ade,memang kena soal.Huu...Menyesal giler mase tuh.Aku usha je keta abah yang aku gune tuh..Skirt dah jatuh kat tengah jalan,lampu kanan pecah,badan keta belah kanan remuk gila.
-.-' Camane la reaksi abah nanti..
Balik2 tuh,memang kena sound ah ngan parents aku.Mane taknye,langgar orang.Esoknye baru buat laporan polis.Sampai sekarang aku taktau khabar berita pakcik tuh.Yang aku tau beliau kat wad sehari je.Naseb baek tak arwah.Risau aku.Lesen aku tak kena gantung.Alhamdulillah juge.Tapi yang pasti keta ah jadi mangsa.
Lepas kejadian tuh,sebulan ibu aku tak bagi aku bawak keta.Hampa.
-----------------------------------------------------------
Konklusi cerita,memang nasib aku kot..Huuu... -.-'
P/S : Kalau tak paham cerita aku,maaf a..Aku memang tak reti nak sampaikan cerita.Hehe.. =p