28 April 2010

Photoshop,aku nak lepaskan tension sekarang!

Rude Awakening : Akhirnya aku bebas~
Bebas dari formula2 mekanik mesin pagi tadi..Boleh jawab ke?Biarlah aku sorang je yang tau.Ahaha~Betapa hepinya aku menjawab soalan2 mekanik mesin tadi..Oke itu serius tipu.
Sekarang ni mood aku nak rileks je..Walaupun hakikatnye ade lagi satu paper yang akan muncul Isnin ni..Yang dah habis paper tuh,sila jangan bagi aku jeles dengan anda oke. ^_^
----------------
AGENDA PERTAMA
Tag dari Cik Aida

Memandangkan aku tengah free dari exam untuk sementara waktu,aku nak hiburkan diri aku dengan tag yang telah diberikan oleh Aida.Arigato~ ^_^

How tall should he be?
Yang penting aku lagi pendek dari beliau ^_^

What hair colour should he have?
Hitam itu ternyata kemas.So hitamlah pilihanku.

What kind of personality should he have?
Cukup sempoi dan sangat ramah.

Older or Younger?
Tua 3 tahun boleh ? ^_^

What film actor should he most be like?
Pierre Andre =)

What singer should he most be like?
Tak kisah.Janji ade rupe manusia

Do they need to cook?
Semestinya~

What his best body part?
Matanya~Body part gak kan?

What car should he drive?
Tara kesah meyh~

What one thing completely turns you on?
When he smile at me..Miahaha~

Who was the guy on your mind when you were doing this survey?
Someone..Selalu teman aku skyping~ ^_^

Tag people to do this survey too
Sesape yang masuk blog aku wajib buat!
-----------------------
AGENDA KEDUA
Photoshop,sila bagi tension aku hilang~

Aku cukup suke lepaskan stres dan geram aku melalui seni.Photoshop dengan photoscape la jadi mangsa aku.Tak perlu menjerit untuk hilangkan stress.Hanya klik2 kat photoshop dengan tetikus ni je dah boleh buat aku hilang stres.So kali ni,aku cari mangsa baru.Cari2,aku curi foto kenalan aku sendiri.Posing beliau dah oke,so edit pun mule.~
Ni foto original beliau..
Dan yang bawah ni lepas diedit~
Korang rase...Oke ke tak?Serius aku dah kehilangan idea untuk edit. =.=''
------------------------------
AGENDA KETIGA
Tag dari GT


Oh2,baru saje melihat entri dari GT.Ade tag untuk aku rupenye..GT,Doralin eh..Hehe..Ingat lagi nickname yang Zack bagi kat aku dulu..Tag ni memang best gak lepas aku usha jawapan tag GT.Dan2 terus cari dalam folder foto.Oke dah jumpa 2 foto aku posing depan cermin.Ternyata perempuan suke pose depan cermin.Nampak cermin je mesti snap.Lelaki camne lak ek?Ade ke?
Snap dekat cermin F.O.S bersama member terbaek kelas ^_^
Dengan housemate aku di Jaya Jusco Melaka =) Snap lagi~
Snap kat Gym KMPk.Kurus kan aku?Hehe
Oke dah siap~ ^_^
Aku tag kat sesape yang ade foto cermin oke?Sila2~


24 April 2010

Suara merdu menjadi serak.Aku perlukan petua!

Rude Awakening : Nak nyanyi rock ah camni =.=''
Salam semua..
Bangun pagi tengahari je,aku dapat rasekan tekak aku dah lain macam.Suara yang kalau kebiasaannya memang original suara aku,tapi kali ni dah berubah menjadi serak persis suara rock sejati.Oke itu perasan lebih.
Memula oke lagi,aku terima je kedatangan suara serak2 manja aku dengan hati terbuka.Pasang lagu rock,nyanyi sehabis baik ah,memandangkan suara aku dah serak sebegitu rupa.Lagu2 LP habis aku sapu. Tah sedap ke tak,aku layankan je.Sian budak rumah aku dengar aku menjerit je kan.Hehe..
Tapi sekarang ni aku perlukan petua.Petua nak bagi elok balik suara aku ni.Dah macam katun dah suara aku.Kejap kecik,kejap besar.Sat gi sedap,dan2 jadi buruk balik.Dah macam suara nyah je aku rase =.=' Huih,kalau nak ngorat jejaka melalui talian handphone,mesti kena reject.
------------------------------------
AGENDA PERTAMA
Pencarian petua untuk menghilangkan sakit tekak bermula

Petua2 nak hilangkan rasa sakit tekak ni banyak sebenarnye.Tapi satu petua pun aku tak pernah cuba.Bukan taknak,tapi malas nak cari bahan.Semalam ade seorang anonymous ni menghantar petua kat aku.Taktau sape yang hantar tapi terimas sebab bagi petua kat aku k. ^_^
Sila klik untuk tumbesaran imej yang hebat ^_^

Nanti aku cuba ye.Cam sedap je..Hehe..
Aku rase mesti banyak lagi petua,so aku search la kat google.Klik2,memang banyak ah petua pasal nak hilangkan batuk dan sakit tekak.Tapi aku nak fokus kat sakit tekak je.Ni antara petua2 yang aku sempat bace. ^_^  Sila klik sini untuk petua2 yang lain.
  1. Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.
  2. Jika menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. 

Camane nak sapu kat tekak..?Cam pelik je.Nantilah nak try.

Skrol2 lagi,aku terjumpa petua ni lak.
  1. Atasi suara serak dengan sebuku asam jawa, rendam dan ramas didalam air. Kemudian campur dengan segelas air sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum dua kali sehari.
  2. Atasi suara serak dengan dua biji bawang besar, Buang kulit dan mesin hingga hancur, tapiskan dan ambil airnya. Minum sekadar dua kali sehari selama dua hari berturut-turut.
  3. Ubati suara serak dengan beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali.
-------------------------------
Disebabkan banyak sangat petua aku tengok,aku rase...
Aku makan ubat batuk jelah.Senang cite.Pastu,pantang. ^_^
(Pantang?Dalam mimpi boleh ah.Tak suke berpantang.Dah tau sakit,hentam air berais.)

Dah EV,sambung belajar ye.

P/S : Ha,korang ade petua tak?Bolehla berkongsi ngan aku k? ^_^

20 April 2010

Apa yang ada pada DOTA?

Rude Awakening : 22.4 semakin hampir 
Salam semua..
Petang2 camni,dengan angin sepoi2 baru habisnya hujan yang lebat tadi,aku dah mula takde mood nak teruskan TITAS aku yang dah dimulakan sejak pukul 3 tadi.Aku takleh nak mengagak adakah aku sempat nak habiskan semua subtopik dalam buku ni sebelum 22.4?Oh tak mungkin... So time2 camni la tangan aku dah mule nak menggatal untuk menaip entri kali ni. ^_^
-------------------------------
AGENDA PERTAMA
D.O.T.A. Ape tu?

Dari zaman aku di bangku sekolah menengah sampai sekarang,aku asyik mendengar 4 huruf ni dari mulut2 lelaki terutamanya dari pihak lelaki yang gila game aka Gamers.Aku dari dulu tertanye2 gak,ape yang best sangat pasal game ni..Sampai makan malam dengan housemate aku dan member lain pun,kitorang duk bercerita pasal DOTA atau nama saintifiknya, Defence of the Ancients.So,dari situ lah aku decide nak tanye soalan ni kat FB.Mane tau ade feedback dari pihak lelaki yang gila DOTA.Dan ternyata aku berjaya menarik perhatian mereka untuk menjawab.
Sila klik untuk tumbesaran imej yang hebat ^_^
Dan di bawah ni adalah feedback dari mereka.
Dan jawapan di bawah ni menarik perhatian aku.
Bila aku bace balik komen2 ni,aku dapat buat kesimpulan yang simple :

DOTA membuatkan orang tak tidur malam.
Mereka yang gila DOTA sanggup duduk di depan PC berjam2 semata2 nak menang.
DOTA sebuah game yang memerlukan strategi.
DOTA membuatkan orang lalai.
DOTA=Macam dadah.Sebab menjadi ketagih bila main.

Itu kesimpulan aku sendiri.Aku ingat lagi dulu2 aku bayangkan game DOTA ni macam game tembak2.Macam Counter Strike.Tapi tak.Aku tengok macam bosan je.Sampaikan member aku siap boleh list down lagi command atau term2 yang diorang pakai dalam DOTA. Sangat gila addicted.Ade yang ajak aku try game ni,tapi sumpah aku taknak.Nanti addicted susah. ^_^


Counter Strike game.
Ugh..Serius aku tak faham langsung tengok game DOTA ni =.='

Aku rase nak ucapkan tahniah sehabis baiklah kat orang yang menghasilkan game seperti ni.Sebab dah buatkan orang yang bermain benda ni menjadi ketagih untuk bermain lagi.
Baik aku main game Harvest Moon.Lagi best~

P/S : DOTA stands for Dunia Orang Takde Awek.Kalau perempuan main game ni camane lak?Tukar DOTA to DOTL,Dunia Orang Takde Lelaki. ^_^

18 April 2010

Hadiah untuk kalian.Nasib baik tengah bosan ^_^

Rude Awakening : Hujan wei~
Salam semua..
Sebelum tuh,aku nak mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Achik Spin yang baru saje meninggal dunia.Al-Fatihah..
-------------------------------
AGENDA PERTAMA
Sekali lagi EV dilanda kebosanan walaupun hakikatnya final exam hanya di depan mata.

Kalau korang yang sudah lame mengenali aku,mesti korang dapat tangkap ape aku akan buat untuk hilangkan rase bosan nie..Hehe..Komfem ah Photoshop kesayangan bersama Photoscape. ^_^ Memandangkan member2 aku baru je mengsnap foto mereka melepak di Mekdi (tanpa aku =.='), aku terus mengedit foto2 yang telah diberi.Ternyata mereka cukup suke melihat hasilnya ^_^ 
APIEKIN

Hee..Ni roomate aku bersama kesayangan beliau.Aku suke foto2 nie.Sweet doe~

AISYAH DAN RAFIKA
Ternyata korang sentiasa melekat bersama.. ^_^

LIYANA
Ni disnap ketika keluar bersama semalam. ^_^
-------------
Ha tuh saje.Agenda kedua aku?Study la~Hamboi cik Ra sorang ni..Sudah lupa ka final exam tak habes lagi? ^_^/

17 April 2010

Oh2,ditag lagi.

Rude Awakening : Post kedua untuk hari ni ^_^
Usha kotak singgah aku,dah kelihatan perkataan tag dari 2 orang bloggers,Sonnet dan Mya.Oh aku terharu.Tapi kepada Sonnet,tag itu aku anggap dah jawab kat entri Koleksi Kasut yang lepas ok? ^_^
-----------------------------------------
Ini jawapan untuk tag si Mya 
1. 3 names in your message inbox.
~Neo
~Biel
(Dua nama ni je yang ade dalam inbox.Hehe)

2.Your main Ringtone.
~Sexy Bitch-David Guetta feat Akon

3.What u did at 12 last night?
~Erm...Baring2 atas katil melihat D.E ^_^ sambil skype2~

4.Who was the last person you went out with? where?
~Housemate dan roomate tersayang,Aie,Ekin dan Fika bersama Yana.Ke Dataran Pahlawan~

5.The colour of the T-shirt you're wearing now
~Hitam bercorak warna warni

6.The last thing u did
~Menelaah buku TITAS. :p

7.3 of your everyday favorite items
~Handphone SE,SonyRa~ ^_^
~Nicko,Teddybear kuh~
~Lappy tappy~

8.The color of your bedroom
~Pink -.-' Bukan kehendakkuh~

9.How much money in your wallet now
~Erm, rm20 kut

10.How's life?
~Sangat da baboom~!

11.your favorite song
~Starstrukk (30h!3 feat Katy Perry)

12.What will you do next weekend?
~Revision for final~

13.When was the last time you saw your mum
~Lepas habis midsem break sem ni.Huu..Sangat lame

14.where is she now?
~Rumah,Perak :)

15.when was the last time you talked to your parent?
~Semalam..Hehe..

16.Who is the last person that talked with you last night?
~Neo~ 

17. where did you have dinner last night?
~Gerai Pak Munawir sudah~

18.The last surprise you got.
~Takde lagi. -.-'

19.Last thing you borrowed from your friend.
~Duit RM6 ^_^

20.Who is your bf/gf or husband/wife?
~Solo sehingga sekarang 

21.what do you feel now?
~Mengantuk! (><)

22.wanna share with who?
~Share ape ek??

23.who knows your secret?
~Adelah somebody yang aku percaya. ^_^ Bestiekuh~

24.they keep your secret?
~Yerp~!

25. Are you angry with someone?
~Tak. ^^

26.what do you order at McD?
~Oh2 BIG MAC!

27.The last time you felt so sad..
~Dunnoe~ :p

28.mahu tag?



Facebook website untuk mencari kawan ke atau..?

Rude Awakening : Ape nak jadi..
Salam semua..
Makin hampir dengan tarikh 22.4.2010.Maknanya dah makin dekat aku dengan final paper TITAS.tapi buku TITAS ni still dalam pertengahan.Tak habis lagi.Tah bila nak habis aku pun taktau.Mana taknye,baca je dah menguap 6-7 kali. -.-''
Tengah2 sedap baring atas katil menelaah TITAS ni,tetiba roomate aku suruh tengok benda ni kat FB.*sigh..Ade lagi ke...
---------------------
AGENDA PERTAMA
Motif sebenar FB dibuat sebab ape eh?

Aku tengok kebanyakan dari batch aku sudah mula melayan FB.Myspace,Friendster dah lama ditinggalkan.Hanya budak2 yang baru nak naik je pakai Myspace.Bak kata orang.
Tapi hakikatnya FB sudah mulai lari dari objektif sebenar.Kalau korang perasan,FB sekarang bukan menjadi tempat nak mencari kenalan lama maupun baru.Tapi dah menjadi tempat untuk menghina agama.Kadang2 aku rasa dah makin banyak lak post2 sebegini rupa kat FB.Post dah ok,tapi si penghantar komen pulak yang melebih.Aku pun tak paham ape motif mereka berbuat sedemikian rupa?Saje nakkan populariti semata2 ke atau sebaliknya?
Sila klik untuk tumbesaran imej yang hebat

Bukan takat menghina Islam,sempat lagi nak menghina negara Malaysia.Ni pun taktau adakah yang menghantar komen tersebut menggunakan nama sebenar atau sekadar mengambil nama Islam,Siti Aisyah semata2 untuk memburukkan lagi imej Islam?

Aku malas nak bercakap panjang.Dah letih tengok benda2 camni kat FB.Sebab dah makin banyak.Ternyata dunia sudah berada di akhir zaman.Semakin berani mengutuk dan menghina agama.
Harap2 lepas ni kurangkanlah komen2 macam ni.Tak sanggup aku nak baca.

16 April 2010

Kalau saya kasi pecah gaun awak boleh tak?

Rude Awakening : Ah hari yang memenatkan~
Okayh hari ni pukul 8 pagi baru aku dapat melelapkan diri sepenuhnya.Sah2 aku tak normal.Taktau sebab musabab aku jadi begini.Mungkin disebabkan otak aku terlampau berfikir.Ok,itu kata abah aku.Kata aku?Aku pun taktau.Huhu..Bangun2 saje dah pukul 1 petang.Haih,tak senonoh betul perempuan bangun lambat. Tapi itu bukan secara sengaja.Bangun je,member dah ajak pergi bandar,teman housemate beli seluar.So terus bersiap untuk keluar.Dah tak peduli dah penangan tak cukup tidur aku tadi.Sempat lagi membeli buku ini. ^_^ Jumpe gak komik hasil karya Alif Firdaus Azis.Sila klik sini untuk ke blog beliau~
Akhirnya dapat beli gak ^_^
---------------------------------
Nah bukan ni yang aku nak cerita.Baru mukadimah.
Sekali lagi,aku menggeledah kotak masuk emel aku.Ni paksu aku jugak yang post,amat menarik untuk aku kongsikan bersama ^_^
Gaun 100 peratus daripada belon ^_^
Gaun belon Ungu~ ^_^
Macam pokok krismas~
Suka yang ni~ 
Ini sangat lawa kalau dibawak ke prom night~
Gaun sarkas ^_^
Kalau pecah camane la eh?
Tapi yang paling unik mestilah baju ni.
Lady Gaga~ ^_^ Gaun Buih~
Haih kreatif betul manusia sekarang~~

14 April 2010

Tak sanggup aku.. -.-'

Rude Awakening : Selesai sudah~
Salam semua..
Akhirnya selamat sampai sudah projek Autocad ke tangan pensyarah walaupun banyak halangan yang ade je nak datang sebelum sampai ke kampus.Tak kisahla,yang penting satu  bebanan sudah hilang dari otak.Tinggal tekanan final exam je yang akan datang tak lame lagi. Tapi takpe,jiwa dan akal sudah lame bersiap sedia.
--------------------------------------------
Balik dari kampus,aku terus bukak laptop dan rutin harian aku pun bermula.Klik mane2 website yang ade.Last2 aku masuk emel aku yang dah berserabut dengan post2 yang muncul dalam kotak dalam ( inbox) ^_^
Skrol demi skrol,kelihatan post yang telah dihantar oleh paksu aku sendiri walaupun dah lame post ini dihantar.Bukak saje aku rase mual. Aku terpikir camane la diorang boleh hidup dalam keadaan camni.Tak sanggup aku duduk dalam serba kekotoran camni.
Gambar2 di bawah ni lokasinya terletak di Sungai Citarum Indonesia.Meh aku bawak korang menjelajah kawasan ni.
Tak nampak lagi..Sila lihat gambar di bawah.
.
.
.
.
.
.
.
Ni bukan tempat pembuangan sampah.Ni sebenarnya sungai yang tersangat cemar .
Yang tepi tu kawasan perumahan.Aku tak sanggup.. -.-'
Banyaknya sampah..
Cuba korang pikir sejenak,camane mereka2 yang tinggal kat kawasan camni boleh hidup?Dengan sungai yang tak boleh diguna pakai langsung..Sampah je yang timbul.
So,hargailah sungai yang ada.Jangan biarkan sungai tercemar cam kat atas ni.Merana hidup.

13 April 2010

Serabut oih~!Ape aku buat??

Rude Awakening : Haih,flashlight lagi..Hari2 nak kena tengok benda alah ni. -.-
Salam semua..
Hee..Kalau korang ade perasan,banner blog aku sudah bertukar wajah.Nak bagi lagi masuk mood dengan tema blog aku.^_^ Ternyata ade yang berikan pujian positif tentang banner terbaru.Terima kasih aku ucapkan.
Kenyit kepada pembaca blog aku yang sanggup masuk ke blog aku ni.Hehe.
-----------------------------------------
Projek Autocad ni lah yang aku rase paling sengal dalam abad semester aku ni sebab terlalu banyak benda nak kena siapkan. Padahal tarikh tamat esok.Haha..Takpe,cool je.Nasib sketching2 ni aku ngan member aku dah siap dah. ^_^  Sekarang tinggal saki baki yang tak oke lagi.Oh kalau tak dapat A la Autocad ni,mau menangis tak berlagu aku lepas ni.Huhu.


Tapi malam tadilah aku rase otak aku dah takleh nak masuk hal2 yang ade kaitan dengan Autocad ni.Ditambah dengan migrain sedikit,dicampur pula ngan keEmoan yang tetibe datang tanpa sebab.Memang berserabut sungguhla.Terima kasih diucapkan kepada Neo sebab inisiatif beliau untuk meng-download brush photoshop semalam membuatkan aku terus membuka software Photoshop CS4 untuk mencuba brush baru. ^_^ Ha,terus hilang ketensionan aku.Dan hasil contengan aku yang sangatlah random,jadilah camni.
Seratus peratus hasil art ini datangnya dari aku.Takde copy paste dari mane2 website.
Ternyata jiwa Emo aku still lagi ade dalam diri aku ^_^
Menggunakan seratus peratus brushes yang ade.
---------------------
Konklusinya,bagi aku banyak2 kerja.Tambahkan tekanan aku,then baru idea nak edit datang.
Sekian ^_^

12 April 2010

Koleksi kasutku yang bukan dari jenis tinggi. ^_^

Rude Awakening : Oh dah masuk minggu peperiksaan dah rupanya (=.=')
Salam semua..
Aku sekarang dah pun memasuki alam peperiksaan, di mana masa ni la ramai student2 akan mulai weng2 sebentar akibat penangan stress exam yang melampau.(termasuklah tuan empunya blog ni ) ^_^ Walaupun aku start exam minggu depan berbanding student2 lain yang start hari ni,tapi aku still dapat merasakan ketensionan dari mereka2 yang mengambil exam lebih awal dariku. -.-' Hey,tak sabar aku nak hadapinya minggu depan..Ok statement itu tersangatlah tipu. Aku paling tak suka minggu exam. Harap maklum.
------------------------------------------------
AGENDA PERTAMA
Jawapan tag untuk tag yang telah ditag sepenuhnya oleh Cik Mya . Arigato~ ^_^
Tag kali ni memang menarik perhatian aku.Syarat2 tag?
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.
.
.
.
Dan jawapan untuk tag ini adalah seperti di bawah.Tapi aku tak ikut sangat syarat kat atas sebab kalau ikut step2 tuh,gambar yang aku dapat cam sengal je.So aku random pick je lah.
Oh2 semestinya foto ni original dari folderkuh~ ^_^
Zaman di kala aku aktif sungguh bersukan.Ketika aku still lagi kurus lagi tak nampak tembam.Ahahaha~ 
Oke ni la koleksi2 pingat aku dari sekolah rendah sampailah ke tingkatan 5.
Fakta Menarik : EV dulunya kuat sungguh mengaktifkan diri dalam sukan setiap tahun. 
Kalau korang dapat lihat,semua jenis pangkat pingat aku dapat.Dari emas sampailah ke gangsa.Walaupun ade pingat yang hanya bersadurkan plastik. -.- Tapi bermakna sangat bagi aku ^_^
Fakta lagi : EV dari darjah 6 sehingga Form 5 akan wajib masuk lompat tinggi.
Itu memang kenyataan.Tak caye tengok kat foto tuh.ade je pingat lompat tinggi ^_^.
Tapi ramai yang tak caye aku masuk lompat tinggi suatu ketika dulu sebab aku ni dari golongan ketinggian yang terlampau comel..Kan?
.
.
Tag ni aku nak wasiatkan kepada : Neo , NabielRynNaimParkAirNyna.
------------------------------------------------
AGENDA KEDUA
Entri kali ini bermula : Sila baca tajuk entri ini ^_^
Sekembalinya aku dari kampus,terus duduk di hadapan laptop,menggeledah segala mala folder yang ade dalam isi perut laptop aku ini.Bukan taknak buat kerja yang still tak siap lagi,tapi nak melepaskan tekanan jiwa raga dulu. ( oke sangat poyo statement aku ). Bukak satu demi satu folder.Dari folder lagu rock,lagu zaman 60-an ( itu bukan folder lagu aku.Harap Maklum) , sampailah ke folder gambar2. Jari aku laju je menekan butang next masa usha gambar2 lama yang dah sekian lama tertanam dalam folder ni.Tekan3,tetiba keluar gambar kasut lama aku.Kasut yang dah dicuri oleh orang yang tak bertanggungjawab. -.-' Bodoh..
Terpandang je kasut tuh,aku terus snap kasut2 aku yang lain.Hehe..So inilah koleksi kasut aku.Tapi bukan dari jenis yang tinggi.Semuanya leper2. ^_^
Ni Stampy.Kasut yang telah dicuri senyap2 ketika aku sedang sibuk belajar kat tusyen malam tuh.Melampau la sampai nak curik kasut aku! -.-'' Kasut ni aku cukup suka walaupun ianya kelihattan besar sebab corak stamp2 yang bertempek atas kasut tuh ^_^ Peliknya aku.
Ni Skelly. Zaman aku gilakan Emo dan hitam putih.Cukup sayang kat Skelly sebab corak2 tengkorak yang kiut bagi aku.Tapi akhirnya rosak sebab aku basuh kasut ni dengan klorok.Jahatnye aku T_T
Ni lak DottyMonkey atau lebih dikenali sebagai DM ^_^ Nama DM diberi sebab kasut tali tuh.Ade gambar monyet comel.Suka dengan ikon monyet. Tapi tak sampai 2 bulan dah ade lubang2 kat tepi kasut.Ganasnye aku -.-''
Ni Jeanny.Ingat lagi mase ni aku tengah merajuk dengan parents aku sebab tak dapat naik roller coaster kat Times Square.Last2 dapat kasut ^_^ Hihi..

Korang mesti kenal kasut ni sebab ada masuk dalam entri2 aku yang lepas.Tak caye silalah cari.Hehe.Ni Funky.Sebab warna tali kasut ni yang sangatlah funky ^_^ 
Yang ni,Sporty.Kasut jog aku.Biru putih,dibeli di Al-Ikhsan. ^_^ Tak rasmikan lagi untuk joging tapi dah rasmikan dah kasut ni ke kelas selepas bengkel.
Ha yang ni lak aku tak bagi nama lagi sebab nilah kasut bengkel aku.Ternyata kuat dan berat.Menyeksakan kaki aku untuk berjalan.Huhu..Tapi wajib dipakai mase lab. -.-'' Takpelah kasut oi.Yang penting ang protect kaki aku dari kena besi sudah ..
-----------------------------------------
Teringin lak nak tau kasut korang camane. ^_^/