29 December 2010

Azam baru?

Rude Awakening : Hari ketigapuluhlima
Salam semua..
Bukak FB je boleh dikatakan majoriti update status pasal perlawanan bola sepak di mana Malaysia sekarang menentang Indonesia untuk merebut piala AFF Suzuki.
Dan baru aku perasan perkataan 'LASER' makin famous dari semalam sampai sekarang.Boleh pulak nak salahkan laser?Damn.
-------------------------------
Hari ni dah 29 haribulan Disember 2010.Lagi 3 hari lagi nak menjelang 2011.Cepat betul masa berlalu.
Selalunya nak dekat masuk tahun baru mesti dah sibuk nak list down azam baru,walaupun dah dapat agak dah,dalam senarai tu mesti ada yang tak tercapai.
Bagi aku azam tahun 2010 dah pun tercapai bilamana azam aku untuk mendapat target yang baik untuk pointer semester tiga sudah pun tercapai.Alhamdulillah.
Dan azam aku untuk mengubah penampilan diri pun sudah sampai target.Kira ok la tu.
So azam baru untuk 2011 ni aku mungkin nak list down 11 je memandangkan nak masuk angka 11 dah.
Kalau nak list down ikut umur,satu hal pulak nak taip. (Pemalas)


Azam 2011
1. Semester ni nak belajar kat library.Taknak ade alasan,'Ala,macam boleh fokus je dalam library tu'.Sangatlah tak bersemangat kalau camtu.

2. Kalau boleh tetiap petang nak pergi joging dengan housemate.Memandangkan housemate juga setuju,so jangan tak turun petang pulak.

3.Nak kurangkan tidur petang.Kalau boleh nak try stay up petang dengan aktiviti yang berfaedah seperti online FB.Aik?

4.Nak merajinkan diri dengan bermain badminton bersama kawan.Kalau boleh nak mengalahkan roomate sendiri dalam badminton memandangkan beliau sangat terer bermain badminton.

5.Nak naikkan pointer lagi untuk semester 4,walaupun hakikatnya subjek sem tu sangatlah menyakitkan jiwa dan raga.Oh tidak T_T

6.Kurangkan makan untuk berjimat cermat.Macam boleh je ni.. =='

7.Nak try tidur tak lebih dari pukul 3 pagi atau 4 pagi.Sebab semester 3 dah banyak kali stay up melebihi 4 pagi.Kalau stay up nak belajar takpela jugak,ni online FB. 

8.Taknak berserabut otak pasal masalah yang karut lagi marut.Biar otak berserabut dengan masalah yang berilmiah sikit.

9.Kalau boleh 2011 ni taknak ada tambahan musuh.Cukup ah dua tiga orang dah jadi musuh aku.Haha..

10.Nak jadi orang yang lebih rileks dan cool,taknak ada sifat gelabah. 

11.Nak merajinkan diri jumpa pensyarah kalau ada yang tak paham.Ni pun macam boleh je T_T

Ha cukuplah sebelas.Sebelas benda ni pun macam boleh je buat bagi sempurna.
Tapi yang aku pasti nak buat nombor lima tu.Kalau dapat dekan..fuh!Masyuknya...
P.S : Tahniah pasukan Malaysia untuk kemenangan malam ni ^_^


28 December 2010

Entri tagged yang sangat panjang..

Rude Awakening : Balut-balut..
Salam semua..
Hari ni dah masuk hari ketigapuluhempat.Ye still lagi mengira bila cuti nak habis.
Bukak FB terus dapat notification dari Cik Fatin kita. Ade jugak aku nak mengupdate blog memandangkan idea nak taip satu entri je dah makin kurang.
Memandangkan tagged ni cam best je nak buat,so tiada paksaan untuk aku taip satu entri pasal tagged.
Syarat-syarat dia senang je :
1. Bukak music player korang tak kira dari handphone ke dari mp3 ke,janji ade playlist lagu.
2.Setiap soalan yang korang dapat,just tekan je butang next kat dalam music player untuk jawapan
3.Wajib untuk korang tulis jawapan berdasarkan lagu yang korang dapat,tak kira jawapan tu tak kena dengan soalan yang korang dapat.
4.Dah siap tu,ape lagi?Tag la kat blogger lain.
(Rajin betul aku translate BI ke BM ni ==' )


1. If someone says ' Is this okay?'You'll say?
--->Comatose - Skillet
2. How would you describe yourself?
--->Never say never - Justin Bieber
3. What do you like in a guy or a girl?
--->Asmaradana - Tiara 
4. How do you feel today?
--->Ignorance - Paramore
5. What's your life purpose?
--->Beat it - Fall Out Boy
6. What's your motto?
--->Firework - Katy Perry
7. What do your friends think of you?
--->Looking Glass - The Birthday Massacre
8. What do you think of your parents?
--->Janjiku - SOFAZ
9. What do you think about very often?
--->Pieces - Sum 41
10. What is 2+2?
--->Ketulusan hati - Anuar Zain
11. What do you think about your best friend?
--->Heartless - Kris Allen
12. What do you think of the person you like?
--->Careful What You Wish For- We Fell To Earth
13. What's your life story?
--->Fences - Paramore
14. What do you want to be when you grown up?
--->Broken - Seether feat Amy Lee
15. What do you think of when you see the person you like?
--->Let Me Love You - Mario
16. What will you dance at your wedding?
--->Superman - Five For Fighting
17. What will you play in your funeral?
--->For The Rest Of My Life - Maher Zain
18. What's your biggest fear?
--->E Ritorno Da Te - Laura Pausini
19. What is your biggest secret?
--->Rude Boy - Rihanna
20. What will you post this as?
--->Memories - David Guetta feat Kid Cuddi
-----------------------------------------
Yeah another tag from her. ^_^ Nasib baik yang ni tak banyak sangat soalan T_T

Berikan nickname pemberi award?
--->Atyn ^_^
Ucapan untuk pemberi award?
--->Terima kasih untuk tag ini. Sukanya.. ^_^
Listkan 6 artis/band/group yang anda minat
--->F.O.B,MCR,David Guetta,JT,Paramore,Bruno mars
Nak bagi award ni kat 10 blog meletup
--->Sesiapa je la yang rasa blog dia dah meletup.Boleh tak? =p

Oke done.Now fokus habis kat Hawaii Five O!
*Entri ni hanya tag semata-mata =p

24 December 2010

Melaka dari pandangan mata ini

Rude Awakening :Hidung berair
Salam semua..
Hari ketigapuluh dah menyusul.Hari ni main shopping mopping dengan adik.Barang nak beli semua dah siap list down dalam kertas A4 takut ada yang terlupa nak beli.Adik aku ditugaskan pegang senarai barang.
Tengah-tengah sibuk nak mengingat balik barang nak beli..
'B,barang apa kena beli?Along dah lupa.'
'Aaaa..Nombor satu,supply pen.Pastu Party liner..'
'Bukan party la..panty.Jangan sebut kuat sangat.'
'Oo,silap..Panty liner..Kaklong,panty liner ni amende.?'
'Takde pe la.Nanti tengok sendiri.'
'Ok.Panty liner..pastuh..'
'Jangan sebut kuat-kuat la ==' '
Adik aku memang camni.Suka ulang benda yang bagi dia macam pelik.
-------------------------------
Lagi seminggu je nak balik Melaka tapi barang dah siap pack.Bukan sebab excited tahap hyper nak balik tapi sebab ibu yang suruh kemas awal-awal.Sebagai anak,aku ikutkan je kehendak ibu.
Tapi bagus jugak,nanti takde kelam kabut dah.

Melaka bagi aku dah macam rumah kedua aku selepas Perak.Dah tak janggal macam dulu,masuk-masuk Melaka dah excited gila macam budak sekolah rendah pergi rombongan sebab dapat tengok A Famosa tersergam indah di belakang DP.
Banyak perkara yang aku perasan bila dah setahun lebih menetap di Melaka sebagai student.
Salah satunya di Melaka yang aku perasan,bilamana kawasan bandar yang terletaknya Kota A Famosa,Rivercruise dan Jonker Walk menjadi tumpuan pengguna Nikon dan Canon dan lain-lain kamera sewaktu dengannya.Kalau korang nak posing depan kamera pun tak rasa janggal sebab dah majoriti semua yang datang situ mesti ada satu kamera dalam tangan.Tak kamera mahal,kamera handphone pun dah jadi.
Lainlah kalau kat tempat aku.Pernah sekali pergi photoshoot dengan member aku,dah semacam jadi tumpuan orang.Ada yang jerit sebut action lah,duk phewit bagai..Macam tak pernah tengok orang lain posing depan kamera je. =='
Ni sekitar depan Dataran Pahlawan.Bukan dari google ye.Ni dari kamera sendiri =p
Selain tu jugak,Melaka memang terkenal dengan one-way-road atau dalam bahasa ibunda,jalan sehala.
Korang sesat la macam mana pun,percayalah nanti pusing kat tempat tu jugak.Teringat lagi masa aku first time berjalan kat bandar dengan member aku,enam kali jugaklah duk pusing tempat yang sama sebab tak jumpa parking kosong.Tak sesat pun.Tapi agak tension jugaklah.
Sampai kawan aku yang sorang ni dah tak sanggup nak direct jalan,takut tersalah masuk simpang.
Hoh tetiba rindu zaman semester satu =p

Dan yang paling syok kat sini bilamana kedai-kedai yang terbangun kat tepi jalan ada tempat nak melalak.Karok terbuka bak kata orang.Memang terbaik.Tapi yang tak bestnya bila masuk malam hari,Melaka cepat betul tidur.Pukul 9.30 malam dah ade kedai yang dah start nak tutup pintu.Skema betul bak kata aku.
Tapi Lumut pun dua kali lima jugak.Jangan bising eh. =p

Aku rasa cukup dululah setakat ni.Macam dah melalut banyak je aku ni. =p
Oh Melaka!Tunggu kemunculan hamba di sana nanti!
Ni tangga nak naik ke A famosa =p
P/s : Tahun baru dah nak masuk dah.Cepat je tahun 2011.Cepat jugalah naik setahun umur aku =='

23 December 2010

Virus TF

Rude Awakening : Sakit lutut...
Salam semua..
Teringat lagi masa semester lepas.Incident nak ambil mop kat atas lantai yang menyebabkan lutut aku jadi sakit sampai jalan pun terhencut-hencut.Ingatkan dah ok dah lepas berurut dengan nenek kat kampung,rupanya tak ok lagi. T_T
Dah macam warga tua dah aku ni =='
----------------------
Sekarang ni tengah sumpah seranah kat SKYPE.Dari malam semalam tak boleh nak sign in.Ape kes ni?Aku saman kang.. *cewah macamlah kau tu pangkat besar.
Dalam minggu ni aku mula terperasan sesuatu lat FB.
Pertama sekali,virus game Cityville.Punya sekali 7-8 orang invite main benda alah ni.Seronok sangat ke sampai ade yang merayu mintak tolong approvekan?
Last-last aku block terus game tu.Padan muka.


Sekarang ni pulak,virus TF dah mula merebak.Bukan Tuah Fadzli tapi TOP FOLLOWERS.
Aku on FB je,yang banyak pop notification tak lain tak bukan tagged-tagged TF.Sekali 4-5 tagged benda yang sama.Kalau tag ade gambar aku tengah posing depan rumah ke takpela jugak.
Printscreen dari FB sendiri
Mohon kerjasama janganlah tag T_T Tak larat aku nak remove.Ni pun dah malas nak remove,biarkan je..
Kalau Mark Z terbaca blog aku (macam dia paham je bahasa melayu),tolong settingkan balik FB ye.Buang aplikasi-aplikasi lagho dalam FB.

Ah makin nak dekat cuti ni makin bosan.Nak buat ape pulak lepas ni..Main game FB la. =p

22 December 2010

Typo ke?

Rude Awakening : 28 hari sudah berlalu.
Salam semua..
Nak taknak,minggu depan dah balik Melaka.Yes!Jumpa lagi buku-buku tebal untuk semester baru.What the Fish.. =p
Minggu ni dipenuhi dengan kebosanan melampau..Nasib ada game FB.Boleh luangkan masa bosan dengan bermain.
Tapi sekarang dah ketagih tahap gaban.Demmit. =='
Dan disebabkan idea aku semakin berkurangan nak update blog,aku decide nak explore lagi pasal photoshop.Tu pun kekurangan idea.So,alternatif terbaik ialah dengan hentaman yang bertubi-tubi atas kanvas hitam PS.So dari kosong,jadilah typo art.Erk..Typo ke ni?
Originality from EV
Seriously nampak buruk.Perlu tambah idea.Mana nak cari idea ni T_T
Oh btw,kes LIKE page ni semakin berleluasa.Dari LIKE,jadi HATE page.Ape kes ni...?

15 December 2010

Masa,tagged dan Zicky?

Rude Awakening : Nak masuk hari ke-21 ^^,
Salam semua..
Hari ni rutin biasa.Takkan aku nak cerita semua,mau korang cepat-cepat nak tekan butang close tab tu kan?
Petang tadi terdengar berita tentang kes liwat 3 tahun lepas.Sampai sekarang tak habis kes.
Eh tapi betul jugak cakap ibu,cepat je masa berlalu.Macam kes tu baru je lagi.Padahal dah lama.
Ibarat macam sekarang aku mengira hari keberapa aku kat rumah.Kejap je dah masuk hari ke-20.Rasa macam baru je start cuti semester.
Dan disebabkan sekarang ni aku tengah taktau nak buat ape,baik aku jawab tag yang ditag oleh Cik Emaren (Ema+Oren=Emaren).Selamba badak je aku ubah nickname orang.
---------------------------
1. Who sleeps in bed next to you ?
-->Adik di atas katil,aku di atas tilam.Sebelah ni semestinya Zicky,Nicko dan Mr Nerdy ^_^
Bantal busuk pun nak masuk
2. Do you ever lied to a boyfriend/girlfriend to get out of something?
--> Sometimes,tapi tipu sebab taknak bubuh ubat je pun. =p Betul tak awak? 

3. What kind of kuih raya did you make?
-->Seriously takde.Sebab selalu beli dari orang lain.

4. Best day of the week?
-->Friday is the best!

5. What's really creepy?
-->Rats and frogs.Euww much!

6. What's your current fandom/ obsession/ addiction?
--> CS5, CSI and Coke.O yes,3 C's ^_^

7. What are the colour of your baju raya?
--> Rasanya baju warna oren.Ha betullah.Baju kurung cotton oren ^_^

8. What did you eat for breakfast today?
--> Kuih burger Malaysia 3 and a sandwich.

9. What is your aim for this semester?
-->Aim untuk semester ni dah tercapai .So nak for the next semester la.Nak upkan lagi pointer.Hoyeah!Insyaallah..

10. What was the last thing you bought?
--> Erm..Nothing i guess..Oh2 except for the mineral water!

11. What was the cutest thing you've seen recently?
--> My Wits and Wots ^^
Wots.Wits tiada dalam gambar 

12. Does the cutest things affect your mood?
-->Totally!

13. What is your zodiac sign?
--> Leo ^_^

14. Do you want to learn other skills?
--> Yup!Nak belajar masak la. =p

15. 5 things you can't live without?
-->Family,friends,my love,Hazel and Zicky ^_^

16. If you could meet anyone now,who would you meet?
-->Nak jumpa sape eh...Nanti nak pikir.

17. What's something you'd to say to someone right now?
--> Saranghae? =p

18. What are you looking forward to?
--> Have fun at GH!

19. Say something to the person who tagged you?
--> Ema,penat la weh buat tagged ni! =='

Perkara paling wajib semestinya nak tag kat sape..Aaa..Sape-sape je la boleh tak?
------------------------------
Sejak aku bawak Zicky balik Perak,adik-adik aku cukup suka nak main dengan dia.Kalau adik aku perempuan takpe jugak.Ni dua-dua lelaki. ==' Dalam sehari tak sah kalau tak sentuh Zicky.Apo nak jadi ni ha...
Sebab dia kaler Pink yang aku kisah diorang nak peluk =='

14 December 2010

Edit Foto Contest lagi yaw!

Rude Awakening : Mozilla sengal
Salam semua..
Taknak cerita banyak memandangkan hari ni rutin harian tersangatlah biasa.Bila online,dua benda penting yang nak dibukak mesti FB takpun Blog.
Hari ni aku merajinkan diri nak blogwalk ke blog bloggers lain,tak kira yang selalu atau tak selalu jenguk.
Dan rezeki jugak aku jalan-jalan hari ni,tetibe ternampak perkataan 'Edit Foto Contest' kat blog Ezhan .
Dari tak buat pape,baik masuk ye dak?
 
Klik [SINI] untuk join contest
So,syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :
1. Buat satu entri bertajuk 'Edit Foto Contest'. Sertakan sekali banner yang tertera seperti di atas ni ha.
2. Then, korang follow blog Cik QasehDalia .
3. Edit gambar ikut korang punya kreativiti.Apa-apa bentuk gambar pun boleh,tak kira gambar objek ke pemandangan atau orang.Janji diedit.
4. Tag 4 bloggers yang lain untuk join.
5. Last sekali,korang hantar link post ni kat [SINI]
------------------------
Dan gambar yang aku nak pertaruhkan hanya satu sebab aku takde gambar sangat nak diedit.
Terima kasih kepada Si Cun untuk kebenaran meminjam gambar beliau untuk disubmit ^_^
Inilah hasilnya..
Edit sepenuhnya oleh diri sendiri
 
Ini 'Before and After Photo'
Teknik yang digunakan : Penggunaan Gradient Map,Layer by layer , Blend mode dan film effect
Software yang digunakan : Adobe Photoshop CS5 dan Photoscape

Takde idea sebenarnya.Main hentam je edit.Janji nampak ok. ^_^
Nak tag kat sape eh?
Arc 
Kepada yang join juga,good luck! ^_^
P.S : Damn punya mozilla.Hilang signature aku =='


13 December 2010

Manipulasi : Rokok membunuh

Rude Awakening : Cuti-cuti semester..
Salam semua..
Sekarang hari kesembilanbelas aku bercuti.Hoh masih mengira.Entah betul ke tak pengiraan masa aku.
Dan ye,aku tak kerja masa cuti semester.Pemalas.
Hari ni juga mengadap photoshop.Nak buat video tutorial tak terbuat lagi.Insyaallah akan dibuat.Nak paham konsep dulu.Twink~
Baru kejap tadi mengadap photoshop dari pukul 9 sampai pukul 12.Tu pun tak jadi-jadi lagi.Last2 main hentam je buat.
Hasil gabungan dua gambar dan brush,berkonsepkan rokok. ^_^

Sumber dua gambar : Deviantart
Tambahan asap menggunakan teknik brush.Boleh didownload di SINI dan tambahan font.
Hasil selepas 3 jam mengadap Photoshop :
Rokok membunuh.Hasil edit sendiri tanpa copy semata-mata
Tu pun tak berapa nak natural.
Nak cuba?Korang boleh view kat SINI . ^_^
Lepas ni nak cuba ape lagi ye?

12 December 2010

Bila mood rajin dah datang..

Rude Awakening : Bilamana sudah menjangkau 18 hari di rumah
Salam semua..
Hari ni mood rajin tu ada tanpa paksaan.
Buktinya bila aku dah mula rajin nak berbadminton dengan adik sendiri petang tadi.Siap buat video lagi nak simpan buat kenangan.Yela,bukan senang aku nak turun padang.
Stok nak duduk dalam bilik,online memanjang.
Oke itu kat hostel.Kat rumah,buat perangai camtu sah-sah kena bebel.
Hazel mode. =)
Dan bukti kedua aku mungkin rajin ialah bila aku dah mula tengok balik semua website yang ada tutorial pasal photoshop.Satu-satu aku tengok.Yela,skill pun dah kureng.Dah tu skill edit pun jenis yang dah lapuk,tak ikut peredaran zaman.
Kali ni aku belajar manipulation pemandangan dan akhirnya aku berjaya setelah hampir dua jam aku tercongok depan photoshop.Dari dua gambar yang berbeza bergabung jadi satu ^_^


Original from deviantart.com
Dan hasilnya..

Lepas ni nak merajinkan diri buat vlog tutorial untuk edit macam ni.
Totally back to photoshop! =p
P.S : Korang boleh rujuk kat SINI dan SINI untuk rujukan tutorial photoshop yang menarik =) 

08 December 2010

Terima kasih untuk kasih sayang awak.. =)

Rude Awakening : Rindu
Salam semua..
Sekarang dah tiga belas hari aku bercuti.Ye masih mengira.Menunggu detik dua haribulan satu takdela lama mana.
Hari ni lepak lagi bersama Si cantik manis Anum dan Si Nikki aka Nikon. =p
Ye bergambar lagi!Kali ni posing dengan Fluffy Zicky.
Tetiba rindu dekat Si Dia.
Oh2 Selamat ulang bulan ke 4 awak.Terima kasih sebab percayakan saya selama ni =)
----------------------
Saya gembira bersama awak.Walaupun awak sekarang jauh dari pandangan mata,tapi awak terlalu dekat di hati saya 
Tak kira masa senang susah saya,awak selalu ada bersama.
Ada kalanya awak bersikap manja walaupun muka nampak je ganas.Tapi saya suka. ^_^
Sebab tingkah laku awak selalu membuatkan saya gembira =)
Dan saya nak awak tahu yang saya akan sentiasa menyayangi awak .
Terima kasih untuk kasih sayang awak =)



05 December 2010

Lepas ni sape nak kahwin pulak?

Rude Awakening : Tangan dah berinai
Salam semua..
Hari kesebelas sudah.Esok dah hari ke dua belas.Ye bila nak start semester 4 taktau.
Lambat tunggu nak habis cuti.
Kelmarin menetap di Kuala Lumpur buat seketika.Bukan saje2.Tapi ade majlis akad nikah dengan majlis kahwin esok selepas kelmarin.
Cukup terharu aku tengok sepupu aku yang sorang ni dah pun selamat diijab kabul.
Perhiasan semasa akad nikah
Kepada Kak Yanie dan Abang Lan,Selamat Pengantin Baru ye.Moga Allah memberkati hidupmu sebagai suami isteri ^_^
Hantaran cokelat Ferrero ^_^
Hantaran kurma ^_^
---------------------------
Suasana pada hari persandingan pun memang seronok.Yela,aku ni tak pernah tengok lagi majlis kahwin dari saudara mara.Nak tunggu turn family aku memang lambat lagi la sebab aku yang sulung.
Kredits kepada Sam Rais sebagai fotografer pada malam tu.Terima kasih sebab bagi permission nak amik gambar ni ^_^
Lokasi majlis :Dewan Puspanita ,KL
Suasana dalam dewan sebelum bermula majlis
Tempat bersanding pengantin.Tema ungu malam tu ^_^
Abang Lan dan Kak Yanie ^_^ Congrats!
Keluarga kami ^_^ Aku di sebelah pengantin perempuan 
Baru aku tau penat jugak jadi tukang hantar cenderahati untuk orang yang datang.Mau tak lenguh kaki. =p Tapi penat pun,memang seronok. =) Habis majlis,naik atas main inai.
Hasil seni sepupu sendiri ^_^
Lepas ni sape lak nak kahwin?