30 October 2010

Final datang lagi!Good luck semua!

Rude Awakening : Kepala Ting Tong
Salam semua..
Mulai hari ni bermulalah cuti.Tapi cuti pun,otak kena bergerak sebab dah nak mula study week.
Haha..Aku cukup tak suka bulan exam. =='
Sebab nanti mulalah start nak pening kepala pikir formula.Kalau sehari tak bukak buku,dah mula rasa nak resah je.Masa awal-awal sem taknak pulak kau bukak buku.
Buku yang paling rajin nak dibukak mesti buku FB.
Tak caye,try buat research sendiri.At least kalau tengah belajar sekali pun,FB komfem-komfem terpampang jugak kat skrin laptop atau PC.Kecuali kalau korang boleh tahan nafsu dari tak bukak FB.
Aku pun sama jugak.Dua kali lima je.Haha..
-----------------------------------
Credits to Cisdel.com untuk gambar ini ^_^


Tak sah kalau nak dekat final takde minggu belajar,atau dengan nama glamer dia,Study Week.
Masa kat matrik dulu,study week lain sikit dengan study week kat U.
Kafe mula kekurangan orang.Memang obvious nampak.Study week tu la sikit gila orang nak datang makan.Yelah,kalau makan kat situ macam membazir masa belajar je.Baik tapau.Ye tak?
Time tu jugakla library mula nak penuh.Tapi before study week pun,library tetap penuh jugak.Aku masa tu bukan kaki library sebab aku tau aku tak boleh nak concentrate belajar.Yela,mata stok tengok kerenah orang je dalam library.
Sah-sah kena belajar dalam bilik.Ha tu pun macam la boleh fokus 100 percent.
Dan yang aku pasan,kalau dalam bilik,budak-budak bilik aku mesti bangun awal.Lebih awal daripada biasa.Tidur pun stok tidur lambat.Yelah,nak belajar kan.
Aku ni mengikut je.Orang belajar lambat,aku pun ikut.Taknak nampak aku ni pemalas.Tapi input ilmu masuk?Sikit je pun. =='


Tapi study week masa kat U sekarang pun tak banyak beza.Cuma yang membezakan,hostel kat luar kampus.Bukan kat dalam.So tak terlalu tertekan.
Tapi tension tak tension,aku tetap tak suka study week.Sebab boleh ubah orang jadi skema dan juga serius secara tetibe. =='


Dah.Makin mengarut aku rasa entri kali ni.
Nak edit gambar la.
Sempat lagi ni.Study tak start jugak.Dem.
Akhir kata,selamat maju jaya buat semua!Jangan malas belajar~ ^_^

28 October 2010

Pertandingan Header Paling Tercantik-Cantik ke header aku ni? ==

Rude Awakening : Demam lagi..
Salam semua..
Disebabkan sistem antibodi tak kuat,kali kedua dalam semester ni demam lagi.Dan batuk untuk kali ke berapa-entah-aku-pun-taktau.Sangat tak suka..
Dalam tengah demam pun,sempat lagi aku nak join contest.Haha..
---------------------------
Terima kasih kepada Ikemal dan juga Aida kerana mentag diriku untuk join contest ini.
Sape yang dapat merasakan header blog masing-masing cool,mohle join.Klik SINI.
Menurut tuan empunya belog,tarikh tutup contest adalah pada 6/11/2010.3 hari sebelum final saya.Hoyeah! T_T
Dan di sini disertakan tiga bloggers yang perlu join disebabkan header diorang pun mantop juge~
Hadiah mestilah syiok~Topup free.Memang harapan aku sebab aku selalu kehabisan topup.Dem betul.
Kepada tuan empunya contest,sila lihat header saya walaupun tak selawa yang lain.Arigato~ ^_^

26 October 2010

Stupid Google.And Zicky dear.. ^_^

Rude Awakening : Badan sudah penat..


Sedang mendengar lagu Satisfaction-Benny Benazi.Oke aku tau lagu ni lirik macam semacam.Tapi rentak terbaik,so aku endahkan lirik dia.
Oke tak camtu?Haha..
Sengal.


Tengah serabut lagi dengan numerical method,nak berhadapan dengan kuiz esok,sempat lagi otak aku teringat malam semalam.
Petikan entri semalam.Print screen from Azuryn ^^,
Oke kalau nak diikutkan,itu adalah hasil kerja Google Translation.Pandai ang translate entri aku dengan sangatlah 'baik' eh Google.Tabik seribu kali kat ang.
Agak dem ok.
Kalau mat salleh nak baca pun,aku rasa otak dia pun dah pening sasau.Even aku pun naik pening baca entri sendiri.
Thanks Ryn,kau bagi aku gelak guling-guling semalam baca this thing.
And serius ni,jangan translate entri ni ke BI.Haha..Komfem terbalik gila-gila.
---------------------
Hoh sekarang baru aku sedar,Zicky pun dah pandai nak main laptop aku.
Pandai jaga EVPAQ saya. =))
Only some people knows who Zicky is.And yeah,hari ni baru ramai kenal dia sebab aku dah upload gambar dia curi-curi main FB aku.
Sangat innocent. =='
Aww Zicky...You know how much I love you ^___________^
Sebab tu aku suka monyet gila hyper.Sebab badan monyet sangat lembut!
Oke monyet fake ea,not the real one.
He will always stay by my side.No matter how busuk I was,no matter how kejam I was towards him.But still he always smile. =)

25 October 2010

Do you still remember..?

Rude Awakening : I know.. =)


Sayang..
Do you still remember?
Awak kenal saya dari Facebook.Walaupun saya dan awak satu U.Satu Fakulti.
Komen pun kat status orang lain.Padahal ade je wall sendiri.
Saya pun masa tu layan je apa awak tulis.
Ingat lagi tak? ^_^


Sayang..
Do you still remember?
The day awak nak bagi saya buku library yang saya tertinggal kat FKE.
Sanggup awak kan?Semata-mata nak tengok saya depan-depan.
Sungguh-sungguh awak masa tu.
Saya je yang buat biasa.Jahat saya ni.


Sayang..
Do you still remember?
The keychain couple yang awak dan saya beli sama-sama.
Masa tu kawan lagi.Tapi beli jugak.
Saya merah,awak biru.Sama dengan kunci bilik hostel masing-masing.
Kecik pun,still bermakna buat saya. =)
Biru itu awak.Merah itu saya. ^_^


Sayang..
Do you still remember?
The day awak dah macam nak give up.
Give up nak tunggu saya.Tapi awak cool je.
Kawan dengan saya macam biasa.

And like I said..Our love is like a maze.
You will always find your way to win my heart back.
Dan akhirnya awak jumpa jalan keluar ke hati saya.
Sama macam baju yang kita beli sama-sama ni.Pandai awak pilih corak ^_^
Saya dah combinekan dah baju tu jadi satu. =p
Sayang..
Do you still remember?
All of the memories that we've been together so far?
Awak..Saya sayang awak.
Saya mungkin gadis pelik,tapi hati saya tak sepelik perangai saya. ^_^
Terima kasih menerima saya seadanya.Akan saya jaga hati awak sampai bila-bila.

23 October 2010

Meter minyak rosak...

Rude Awakening : Sejuk
Salam semua..
Hari ni mungkin hari bersejarah dalam hidup aku.Bilamana petang tadi,lepas bawak member pergi MC.
------------------------------------
Dalam perjalanan balik semula ke hostel,tetibe kereta sewa merengek nak berhenti tanpa break.
'O dem.Semua lampu merah warning menyala.'
Tang tu jugak rasa tertekan tahap babeng.Nasib baik terstop kat tepi jalan sebelah hostel kolej ape-ntah-aku- pun-dah-lupe.
Ingatkan bateri kete kong.
Mintak tolong pakcik jual pisang goreng,dikabonye takde jumper.Takpe pakcik.Nasib pakcik jual pisang goreng,beli lah nak tahan rasa lapar tak makan tengahari tadi.
Oh btw pakcik,pisang goreng pakcik sangat pahit tadi.Terima kasih.
Telefon si dia,suro dengar itu bunyi kereta takleh start.
'Sayang,tu bukan bateri habis.Tu minyak tak bubuh.Awak tak buh minyak ke tadi?'
'Mane saya tau.Meter minyak pun rosak,camano nak tau ade ke tak minyaknye..'
=='
Malu gila.Kalau bateri kong,aku boleh tunjuk muka macho lagi.Ni minyak kong.Hoh,sehabis baik aku menutup muka dengan tangan.
Mintak bantuan kawan.Nasib baik datang.Sempat lagi nak sakat.
'Asal kau tak buh dulu minyak kete...'
'Tu ha...Meter minyak rosak..Aku nak tengok camane..'

Lepas dah buh minyak kete sikit nak kasi jalan,terus ke stesen minyak.
Syukur kete dapat gerak.Kalau tak,berkampung jugak kitorang kat situ.
-------------------------
Ni aku rasa kali kedua aku sewa kete,mesti meter minyak rosak.Aku nak tengok minyak ade ke tak pun payah kamu tau dak.
Takpe la Ra.Pengajaran ni..Lepas ni nak sewa kete,jangan pikio minyak tu ade lagi dalam tank.Kasi buh je.RM5 je pun nak isinye...

Jutaan terima kasih aku ucapkan untuk 5 hero yang datang membantu tadi.Nanti murah rezki,aku belanja le kome bowling.Tapi tak janji ni,insyaallah ye.Hehe..
P/s : Aku rase aku menaip ni sambil monolog Perak dah ni.

22 October 2010

Monolog keseorangan lagi..

Rude Awakening : A total numb

Dari tadi menunggu idea bernas nak datang.Takde jugak.
Aku rasa entri aku dah tak macam dulu.Dulu rasa banyak je benda nak dikongsi.
Cerita cinta sudah.Cerita zaman eksiden pun dah.Cerita zaman MHS pun dah cerita.
Apa lagi?


Sekarang tertekan.Tunggu detik nak masuk dewan exam,nak jawab test proses.
Aku bukan jenis menghafal.Aku admit aku ada ingatan yang tak kuat.
Takut lupa je segala bagai fakta dengan formula nanti.
Mulalah tangan nak berpeluh.Mata dah mengilai kat tempat lain.Kaki masing-masing dah mula nak main laga-laga.
Tengok pensyarah lalu sebelah,komfem cuak gila kalau soalan tu blank dari tadi.


Tipu kalau aku cakap aku tak dapat hint.
Hint membantu tapi kadang-kadang bawak maut jugak.
Pernah sekali masa test Termo.Soalan memang nak dekat sama dengan soalan yang malam tu aku buat.
Bila dapat jawapan lain sikit,mula cuak.
Kejap-kejap diliquidnya.Jap-jap nanti guna pensel.Tak puas hati,padam.Sampai kertas tu dah lunyai aku tengok.
Sebab tu kalau aku dapat markah rendah walaupun dapat hint,aku tak terkejut.


Ingatan aku ni masa sekolah je kuat.Tak macam sekarang.
Pikir nak main je.Ingat benda lagho.
Lagu-lagu boleh pulak ingat.Tak caye,cuba ang dengar balik lagu-lagu zaman ang.Komfem sekali dengar,terus ingat lirik dia.


Dahla.Nak dekat pukul 7.Lagi sejam nak exam.
Doakan aku tak lupa segala fakta dan formula.
Dan tak sakit perut masa test nanti.
Haih...


P/s:Hah kan dah bermonolog lagi.Tu pun monolog boleh dibaca.Twink~

20 October 2010

Bila aku nak maju?

Rude Awakening : Hari ini..
Salam semua...
Hari ni aku mendengar ayat yang sama berulang-kali.Tak dari radio,dari tv.Tak dari media massa,mulut member.
'Melaka Maju 2010'
Ha..dah maju dah Melaka.Senada dengan tarikh 20.10.2010.Pada pukul 20:10.Pandai betul diorang pilih tarikh nak maju.
Yang adik aku sibuk la telefon.Ingatkan nak ape.
'Kaklong2!Melaka dah maju 2010..'
'Ha ye la dah tu?'
'Kaklong tak pergi ke Stadium Hang Jebat?'
'Malas la..Kat rumah ni.'
'Ha ok2.Bye.'

==' Tu je??
Excited lebih.Dah pukul 8.10 tadi,tepon balik.
'Kaklong2!Ada bunga api.Tengok la kat tv.'
'Nantilah.Takde tv.'
Kalau tepon sebab rindu takpela gak. =='


Haih...Melaka dah maju dah.
Aku ni tak maju-maju gak.
Makin mundur ade.
Patutnya makin rajin nak belajar sebab nak dekat final.
Ni dah nak sampai final,makin malas nak mengadap buku.
Tak guno punyo perangai.

16 October 2010

..menanti saat untuk aku bergerak sendiri

Rude Awakening : Jiwa lunyai..

Tak pernah terfikir kehidupan 2010 sebegini rupa
Banyak benda perlu didengar,dipandang,dipaham dan dibaca
Pelbagai ragam dan jiwa manusia yang saban hari makin tak paham aku rasa
Termasuk aku yang kadangkala alpa dengan permainan jiwa

Keseorangan di sini,meneliti liku-liku kehidupan sendiri
Termenung sambil bermonolog sendiri
Mencari isi hati yang terkubur selama ini
Yang kadangkala lupa dengan pendirian diri

Pernah dikhabarkan dari seseorang kepada diri ini
Tak perlu rasa rendah diri mahupun blurkan diri
Ataupun seksakan diri memikirkan perasaan hati 
Kerana itu yang akan dipijak,diperguna oleh pihak-pihak yang dingin sekarang ini

Kadangkala aku ingin kembali ke zaman dulu
Mencari kembali personaliti yang dulu
Yang tak pernah tahu akan dunia baru
Yang tak pernah menghiraukan melankolik yang baru

Dari sekolah sampai sekarang aku tak dapat lari
Dari menjadi seorang gadis yang cepat beremosi
Tapi segera aku cuba mencari
Perwatakan yang lebih natural daripada ini

Ah jiwa aku berjiwa kacau sekarang ini
Mungkin memikirkan kenapa aku sendiri begini
Yang selalu tewas di tangan-tangan ini
Kerana itu telah menunjukkan aku tak bisa tegak berdiri

Biarlah aku berbicara sendiri
Mencari jawapan untuk persoalan yang tak pasti
Selagi jasad dan nyawa masih ada lagi
Aku tetap berdiri di sini,menanti saat untuk aku bergerak sendiri

P/S : Tak pernah aku cekalkan diri.

13 October 2010

Dari kacamata Hazelku

Rude Awakening : Manusia sekarang pelik-pelik.Termasuk aku.
Salam semua..
Hati semakin hari semakin tenang.
Taktau nape.Mungkin hati nak prepare siap-siap untuk test yang akan datang dan final yang akan menjelang.
Bagus jugak.
Tapi kadang-kadang risau.Mau tenang sangat,sampai lupa nak kasi tekanan kat diri untuk berusaha.
Bahaya jugak tu.


Sudah lama aku tak mengisi masa berphotoshop.
Masa ni memang sesuai sebab otak aku dah semacam penat nak menelan formula yang bertubi-tubi dari subjek berlainan.
Semua snapshot ini diambil dari versi kamera Hazel ^_^
Sebelum dan Selepas ^_^ 
Sebelum dan Selepas ^_^
Sekali sekala dua kala aku letak gambar sendiri.^_^

Makin lama makin simple gila aku edit.Camane ni..
Nanti la mintak tolong ajar dari anak murid yang lagi advance. =='

P/s : Senyum ikhlas ye ^_^



11 October 2010

Jiwa lagu ini...

Rude Awakening : Cuti lagi da..
Salam semua..

Lagu Alyah mula berkumandang dari mp3 Hazel.
Tak Mungkin Kerna Sayang eh?
Lagu melayu yang masa dulu sangat popular berkumandang di kotak radio.

Lagu Nadia mula masuk selepas tu.
Salam Untuk Kekasih.Lagu jiwang ke?
Suara serak basah si penyanyi yang aku suka selama ni.Tak dapat lagi nak tarik suara macam tu lagi.

Lagu Ella dan Awie.
Baldu Biru khas untuk sang kekasih.
Mungkin lagu ni sudah jadi lagu kami.Taktau sebab apa.

Ah Ra.Sejak bila kau melayan lagu melayu ni?
Sejak aku mula mengenali si dia ini.
Mungkin jiwa lagu melayu sudah mula menarik jiwa muzik ini untuk mendengar dan menghayati.

Kawan sekolah,jangan terkejut kalau aku pasang lagu melayu jadi message alert di handphone. ^_^

P/s : Jiwa ini seakan tenang mendengar lagu dendangan Aishah.

03 October 2010

Kisah empat gadis ini..

Rude Awakening : Ubat selsema ni.. =='
Salam semua..
Jam dah tunjuk pukul 3.21 pagi.Aku tak boleh tidur.Makan ubat selsema punya pasal.Hurh..Gile kuat efek dia.Dari simptom lepas makan mesti tertidur,jadi tak tertidur terus sebab dah lalok over sangat.
Last-last bukak laptop,online sambil stadi material.Tuh pun niat nak kasi mengantuk balik ni.Terbaik habis.
Agak-agak pagi buta camni,aku teringin la nak contribute entri ni untuk ..
Mari aku cerita,kisah empat dara jelita
Yang tak pernah berpisah sejak sem dua rasanya
Mungkin dah takdir kut kami bersama
Suka dan duka sekali pun,kami tetap setia bersama

Gadis berselendang manis ini ku gelar Si Cun
Yang selalu membuatkan hari-hari aku ceria di sampingnya
Trademark bergaya semestinya selendang
Membuatkan orang di sekeliling terpana melihat beliau
Bukan main-main,tapi kenyataan

Gadis ini tak pernah tinggal aku di kala susah
Sakit ke sedih,selalu ada bersama
Kalau dia takda,rasa kosong je jiwa

Gadis berlesung pipit ini 
Punyai identiti tersendiri
Senyum nampak gigi,nampak sweet di hati
Hai Cik Rafika,terima kasih beribu kali
Sebabkan kau,aku tersenyum dan gembira setiap hari ^_^


Gadis berselendang kedua ni ku gelar Si Comel
Yang suka bergambar tak kira masa
Bawak Vivvy hitam sebagai pengangkutan utama
Kalau balik Muar,sah-sah kami tak kemana

Si gadis ini
Sangat comel perwatakannya
Ada masa dia ok,tapi kadangkala blur juga
Tapi itu yang membuatkan si dia ini comel dari sudut pandangan mata
Cik Aisyah sayang,tanpamu tak lengkap isi hidupku =)




Gadis berselendang ketiga pula ku gelar Si Kecil
Paling comel dalam kami berempat
Bila nak tidur,Si Stitchy jadi peneman
Tapi jangan anggap dia yang paling lemah

Gadis cantik ini
Punyai perwatakan berjiwa tegas dan berdikari tinggi
Nampak je kecil,tapi hati banyak tegas
Oh Cik Ekin,sayang kamu forever ^_^


Gadis terakhir ini semestinya aku
Digelar oleh mereka di atas ini Si Manja
Walaupun aku tak pasti tang mana
Ha takpe janji mereka sayang sama saya

Aku ini
Beperwatakan jiwa yang sinis
Kadangkala suka membuat orang sakit hati
Ini pengakuan jujur,tak percaya sila tanya musuh aku

Aku ini
Mudah untuk meminta maaf,dan mudah untuk memaafkan
Tapi jangan mudah untuk berkata,'Hey budak ini senang untuk dipijak kepala'
Sebab aku jenis berdiam,tak mudah nak melatah

Dah cukuplah cerita pasal empat gadis jelita
Eh tak,kami tak perasan,sekadar untuk menyedapkan bicara
Kalau ade di luar sana yang terasa kami gedik ke apa
Tengok diri sendiri dulu,baru buka mulut membidaskan kata

Kepada tiga gadis yang selalu bersama denganku
Aku sayang ketiga-tiga kamu
Peace,no war.Wink! ^_^

01 October 2010

Kita ni ibarat cawan awak. ^_^

Rude Awakening : Hari ini..
Salam semua..
Hari ni aku rasakan nasib yang baik itu tak terkena kat aku hari ni.Dari pagi tadi sampai sekarang.Dengan suhu badan yang tiba-tiba naik mendadak.Sakit apekah ini? =='
Kali ni biarlah aku buat entri pendek bersama gambar.
Gambar objek aku ini diambil dengan Hazel Sony Ericsson.
Aku rasa DSLR tuh nanti-nanti la. ^_^
Kasut ini banyak berguna.Saya suka ^_^
Ni One-one dan Win-win.Saya sayang mereka
Cawan ini ibarat..
Awak..
Sempena gambar cawan Jusco di atas itu,saya teringat kat awak.
Awak..
Saya minta maaf kalau diri saya ini kadangkala degil macam budak kecil.
Awak..
Saya minta maaf kalau saya kadangkala tak dengar apa awak nasihatkan.
Tapi dalam diam,saya cuba mendengar.

Awak..
Kita ini ibarat cawan di atas kan.
Satu pendek,satu tinggi.
Macam awak dengan saya lah.
Awak gelak bila saya cakap begini.
Saya tau kadang-kadang perangai saya pelik.
Tapi saya tau dalam diam saya sayang awak.

Awak..
Kalau saya rindu,saya nyanyikan lagu Baldu Biru.
Takpun lagu Sang Mantan yang awak selalu nyanyikan.
Walaupun saya tau lirik tuh tak kena langsung dengan kita.
Tapi awak nyanyi sedap.Nyanyi lagu tu,teringat awak.
Macam mana tu?

Awak..
Kadang-kadang tengok bulan je dah teringat awak.
Bulan mengambang penuh kat langit,mesti ingat awak.
Awak saje je nak bagi saya rindu sekuat hati.

Awak..
Entri ni khas untuk awak.
Tanda saya minta maaf,dan tanda saya rindu awak.
Walaupun awak balik dua hari je.
Apela saya ni.
Gambar si dia =)


Awak..
Terima kasih atas segala-galanya.
Awak buat saya gembira.
Awak tak pernah keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.
Awak selalu hiasi bicara awak dengan saya dengan gelak tawa.
Saya sayang awak.Tu saja yang saya mampu lafazkan.