30 November 2010

Hobi baru dikala cuti sem bermula ^_^

Rude Awakening : Mata kuyu..
Salam semua..
Sekarang dah hari keenam.Entah cuti sem ni aku rasa best je nak mengira hari ni dah hari keberapa aku bercuti.
Best jugak sebenarnya.Kepada yang tak bercuti lagi,jangan cemburu ye.Aku pun baru start cuti.


Selama enam hari aku bercuti,baru aku terasa aku dah mula ade hobi baru.
Punca pun sebab aku nak kasi hadiah kat si kacak 24.
Poyo lebih before cuti habaq mai kat diri nak belajar skill baru nak edit gambar.
Nanti lah tunggu si cantik manis nak ajar manipulasi gambar.
Sekarang ni aku nak fokus kat benda ni dulu. =p


Baru aku tau susah jugak nak buat paper crane.Ke aku sorang je yang cakap susah?Setengah jam buat baru siap satu.Tuh pun krepot.
Hasil origami saya setakat ni.Banyak lagi nak buat ==
Akhirnya dah berjaya menggemukkan bintang kecil itu. ^_^
Yang origami burung belakang tu abah aku buat.Yang kuning ni aku buat.Nampak cacat.
Aim di hati nak buat seratus origami bintang ngan hati kecik.
Tapi boleh ke ni.
P/s : Agak-agak kalau aku buat vlog tutorial origami ok x? =p

29 November 2010

Saya baru 20,si dia? =)

Rude Awakening : Nak masuk hari kelima..
Salam semua..
Sekarang hari keempat aku di rumah.Belum masuk hari kelima memandangkan jam belum masuk ke pukul 12 tengah malam.Dan sekali lagi rutin harian aku tak macam kat hostel.Kalau tidur lambat,boleh bangun lambat.Yelah orang dewasa kan kena bagi cukup tidur 8 jam.
Eh yeke?
Tapi jangan harap nak bangun lambat kalau kat rumah walaupun malam tu tidur stok jam 2-3 pagi.Paling lambat nak bangun dalam area 8 pagi.Mau tak ting tong kepala aku pagi tu.


Dalam cuti sebulan ni,aku rasa nak belajar buat origami je.Hari ni try buat origami bentuk panda,haremjadoh tak jadi.Origami bentuk hati nasib baik jadi,kalau tak,memang aku sekeh-sekeh kertas ni.


Sekarang dah jam 11.34 malam.Lagi 26 minit lagi nak ke hari Isnin bersamaan 29 November 2010.
Dan di kesempataan ini gak ,aku nak ucap awal kat si dia.
'Selamat Hari Jadi yang ke 24'
walaupun awak tua,tapi bagi saya awak tetap muda

Awak..
Semoga Allah memberkati dirimu
Dari segi makan,minum dan rezekimu
Dari segi kewangan,pelajaran dan hidupmu
Dan semoga Allah mengurniakan usia yang panjang
Awak..
Saya tetap disini,disamping dan disisi awak
Walaupun sekarang kita jauh beribu batu
Tapi saya tahu awak sentiasa dekat di hati saya

Awak..
Tatkala umur awak sudah menjangkau 24,saya masih di takuk 20
Tapi hati awak dan hati saya tetap menjadi satu

Saya sayang awak...Selamat Hari Jadi sayang..

25 November 2010

Hari pertama di rumah...

Rude Awakening : Hari pertama di negeri pertamaku..
Salam semua..
Alhamdulillah,akhirnya setelah dua bulan aku tak balik rumah,akhirnya sampai jugak aku ke tempat kelahiran aku.
Muka gembira nak balik Perak petang tadi =p
Bukak mata dari tidur sebab terlampau letih(bukan sebab driving tapi tidur lambat-bangun awal), aku tengok adela perubahan sikit kat tempat aku.Tesco pun dah ade dah badan dia.Tapi tak sepenuh recover.
Sape yang cakap Tesco dah siap,siap kau.Bagi harapan palsu betul.
=='
--------------------------
Macam biasa,balik rumah bukan capai remote control tv,tapi capai laptop nak online.
Benda utama nak buat,mesti FB,takpun blogwalk.
Tengah-tengah syok baca status orang kat FB,tetibe sorang mamat ni YM.
VC : Salam
EV : Wasalam
VC : Katne tu??
EV : Kat rumah dah.
VC :Erm..umah kat ne da? da lupe da
EV: Manjung da
VC: Manjung?Mane tu?
EV: ==' Perak la.Takkan taktau
VC: Taktau la
(beberapa saat lepas tu)
VC: Manjung.. Ilmu bru tu.haha
(Terus tak dilayan sebab dah terlampau geram)
Pftt!Patut aku yang gelak,bukan dia.Hampeh cikadak betul.Ilmu baru ye.
Ye aku tau Manjung boleh dikatakan bandar yang kecil,kalau nak dibandingkan dengan Ipoh.
Bila post status camni kat FB,baru aku tau bukan dia saje yang taktau Manjung tu kat mane =='

Hurh.Haru biru otak aku tengok.Senang cite,lepas ni aku cakap je la aku duduk kat Lumut.
Kalau Lumut pun taktau..Aku taktau nak cakap pe dah T_T
P/s : Ape guna internet.Search kalau taktau.

22 November 2010

Detik 2.15 petang..

Rude Awakening : Tenang lah hati ini..
Salam semua..
Sekarang ni jam dah menunjukkan pukul 12.23 tengahari.Bilamana lagi sejam untuk menghadap kertas proses pada pukul 2.15 petang.
Hari ni satu rumah bangun awal.Termasuk aku.Ye satu peningkatan aku rasa sebab selaluunya aku bangun stok dalam pukul 11.30.Paling koman pun 12.30.
Hurh..Sangat buruk perangai sendiri. =='


Tak sabar nak habiskan exam.Bukan sebab dah bersedia,sebab nak cepat habiskan azab nak kena ingat fakta teori proses ni ha...
Tapi harapan nak dapat jawab dengan tenang sangat tinggi.Sebab kalau boleh nak lulus.Kalau dapat skor tu kire alhamdulillah la sebab subjek ni susah.Bak kata student,it's a killer subject.
Selamat tinggal buku Kalpakjian.Lepas ni taknak sentuh dah.Abaikan buku kiss and love tu yeh..hehe.
Dan juga buku-buku tebal Material serta NM dan juga TC .
Tapi belajar sekuat mane pun,sesmart mane pun,laptop tetap terbukak depan mata.
Serius tak boleh study kalau laptop tak terbukak.Biar terbukak camtu je pun dah lega dah.
FB dengan blog tetap bukak untuk release tension.
Terima kasih Si Cun sebab jadi model tangan jap. =p
Tapi jangan salahkan FB sebab tak dapat belajar.Salahkan diri sendiri sebab takde inisiatif nak offline FB.
Twink!
Doakan aku dan kawan-kawan yang lain dapat menjawab soalan exam dengan tenang petang ni ^_^
Gambate!

17 November 2010

Di pagi Raya Aidiladha...

Rude Awakening : Pagi buta...
Salam semua...
Jam sekarang pukul 8.25 pagi.Ye solat raya Aidil adha tengah berjalan sekarang  ni.
Yang aku duk menaip entri kat blog.Tak raya langsung aku ni. T_T
Nak dijadikan cerita pendek,malam tadi dah plan dengan budak rumah nak bangun awal.Nak solat raya.Ye la raya kali ni je tak beraya dengan keluarga kat negeri masing-masing.Tapi bangun2,dah takbir dah.Jam dah pukul 8 pagi dah mase tu.Ala melepas aku raya kali ni nak solat same2 dengan member dan para jemaah Melaka.
Sedih tau tak.Nasib baik bukan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'. Kalau tak mau meraung aku kat sini tak dapat balik sebab exam.
Ala poyo je cakap kat ibu,'Ibu,along tak balik beraya kat rumah sebab dalam minggu exam.Takut tak terbukak buku ni.'
Tapi hampeh hari ni dah Rabu.Lusa dah exam Tech Com,tapi baru bukak bab Fragments.Yang add-ons,bla3 tak terbace lagi ni.
Ape nak jadi ni Ra.. T_T


Pagi raya camni aku rasa sunyi je tanpa keluarga.Ala rindu gila kat diorang.Ye dua bulan aku tak balik.Rasa kali ni makin kuat rindu.
Takpe,24 haribulan aku dah balik Perak dah.Nak tenung family aku lame2.
Boleh tak camtu?
Abah,ibu..
Sori tak dapat balik.Along teringin sangat nak balik beraya,tapi sebab still dalam exam,Rabu depan dah nak balik,so balik terus untuk minggu depan.Tak dapat nak merase lontong raya adha ni.
Safwan dengan Syazwan lak,kaklong nak mintak maaf eh tak dapat nak beraya ngan korang.Agak2 gambar raya adha yang korang tangkap pagi tadi,nanti kaklong photoshop,along paste je gambar along kat sebelah korang.


Eh dah la.Pagi raya nak membebel,baik aku siap nak beraya.
Selamat Hari Raya Aidiladha semua!Lembu sekor! =p
Sumber Google.

15 November 2010

Kereta idaman?

Rude Awakening : Kenyang lagi..
Salam semua..
Malam ni lepak lagi.Ye esok baru aku nak start semula menghadap buku untuk dua lagi paper.
Betapa senang hati aku lepas exam thermo.Tapi jiwa kacau lepas jawab.Satu soalan je yang konfiden.Hint?Tak boleh pakai,harap maklum.


Malam ni taktau nak update ape.Mungkin sebab malas nak pikirkan idea.
Bubuh gambar je la.Ok tak?
Gambar kereta yang bagi aku sangat superb disnap dekat Jusco Melaka.
Kalau dapat kereta ni ,bawak ronda-ronda kat dalam kampus,masyuk gila.
Dari sudut depan.
Dari sudut kiri tepi.Yeke?
Tunggu ade duit banyak je la.Sekarang ni berangan sudah.. =='

09 November 2010

Baru aku terperasan lagi...

Rude Awakening : Alhamdulillah untuk hari ini..
Salam semua..
Satu subjek sudah di'mati'kan.Tinggal lagi empat subjek nak dihabiskan.Hoh tak sabar nak tunggu hari Jumaat.
Bukan dah habis paper,tapi dah habis 3 killer paper untuk semester ni.
Tadi telefon abah.
'Abah,kaklong dah habis satu paper hari ni.'
'Boleh jawab tak?'
'Bolehlah abah.Yang revise pun ada yang masuk.'
'Ha kan boleh.Kalau belajar,memang boleh jawab,cuba kalau tak belajar?Tak boleh kan.'
'Aaa...Ye2.'
'Ni esok ade paper lagi tak?'
'Ade je bah.Numerical esok malam.'
'Buat elok2.Malam ni jangan tidur lambat lak.Nanti muka nampak berkedut je.'
'Aaaa..Ade ke bah?Ha ok2.'
Anggukkan saja cakap abah dengan nada suara.Tengok muka takde pun berkerut.Lagi nampak muda ade.
Tuh pun tertambah dengan jerawat muka.Yela sekarang tidur pakat tak synchronize.Memangla.
-----------------------
Sejak mula study week sampai dah mula start satu paper,aku baru terperasan sesuatu.
Menjadi kebiasaan dialog ini kalau datangnya hari nak menjelang exam final.
'Weh,jom library.Study.'
'Aku on je bro.Ajak yang lain.'
Tak pun paling koman yang aku selalu sangat dengar tak pun baca kat FB.
'Beb,malam ni study kat McD jom.Study numerical.'
'Ok je.Aku pun tak paham sangat subjek ni.Ajak yang lain.Best sket.'
'Ha ok jugak tu.Malam ni,pukul 8.30 gerak.'
Aku baru terperasan kejap tadi, student cukup suka belajar kat McD.
Nape eh?
Nak kate senyap macam kat library,takde aku rasa.Pung pang pung pang dengar bunyi budak-budak main kat taman permainan kat kawasan mekdi tu.
Tak tambah lagi dengar orang yang datang sembang macam nak bagi satu mekdi dengar.
Mungkin dah trend aku rasa.Tapi aku nak gak tau kenapa mesti mekdi.Sebab sampai sekarang tak pernah lagi aku dengar orang ajak belajar kat KFC ke,RFC ke,Kenny Rogers ke.Tak pun Old Town.
Mano ado.
Mekdi je yang famous.Tak mekdi,library.Tak library,terbungkang belajar kat rumah.

Kalau aku,aku prefer lagi mekdi dari library.Haha..Aku pun taktau nape.Bak kata dia,aku ni cepat sangat kena psiko bila dengar perkataan library.
Ha memang pun.Aku tak suka,taktau mana punca.
Tapi mekdi pun susah gak nak fokus.Subjek kira-kira ok kut nak study situ.Pernah sekali try belajar subjek proses,satu harem tak masuk.Last-last online,makan ,minum.Done.Balik rumah baru bukak buku balik.
Ngahaa~
Pape pun yang terjadi..
Ha dah-dah Ra.Bukak buku numerical,gi belajo.

07 November 2010

Student juga punyai sifat merendah diri..

Rude Awakening : Ai otsuka..
Salam semua..
Dua hari sebelum menjelangnya final..Hurh..Makin tertekan aku rasa.But at the same time,aku nak percepatkan masa.Lepas Material,tak perlu aku selak lagi buku Callister yang tebal seinci dua ni.
Seronok kalau ade perasaan sayang gila kat buku.Credits untuk deviantart.com
Sekarang ni aku keseorangan lagi dalam bilik kecil.Roomate study kat library.
Haa..Study week aku tak pernah pergi library lagi.
Mengaku ni.


Dalam proses untuk aku persiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan akhir,aku tersedar sesuatu.
Rata-rata student akan selalu sebut ayat ni kalau ade yang tanya :
A : Weh ang mesti dah baca habis ni kan untuk final nanti?
B : Ala,takde a weh..Aku tak baca lagi kut.Duk main je..
Tak pun ayat camni,tapi maksud sama je.
'..Mana de weh..Aku selagi tak sampai lagi tarikh nak exam,selagi tu aku tak bukak buku.
'Eh takde la..Baru baca sikit2.Nak dekat dah tarikh final,tapi baru je cover satu dua subtopic.'
'Aku tak start belajar lagi weh...Serius.'

Tipu la kalau korang tak pernah langsung member2 bagi jawapan camni kalau soalan camtu akan ditanya.
Kebarangkalian untuk aku percaya jawapan ni sangat susah memandangkan yang bagi jawapan camni selalunya budak-budak yang selalu skor dekan,tak pun 3 pointer,tak pun atas lagi dari aku.
Paling takleh blah yang bagi jawapan ni ternyata dari budak yang rajin gila belajar.
So jangan cakap student2 meninggi diri ke hape.Sebab jawapan camni semuanya stok merendah diri =p

Hehe..Kalau aku bagi jawapan camtu,percayalah seratus peratus.Aku memang bab belajar cepat betul jadi pemalas.
Benda lagho takde la pulak kau nak malas kan Ra?

06 November 2010

Aku,bukan seperti mereka..


Rude Awakening : Kalaulah..
Salam semua..
Hari ni keseorangan lagi
Bertemankan subjek material dan Zicky di sisi
Mengenangkan nasib macam mana nak jawab final nanti
Ah semaklah fikirkan benda yang sama sepanjang minggu ni 


Aku,bukan seperti pakar saintis yang hebat di mata dunia
Punyai kepintaran yang sangat teruja
Aku ini hanya manusia biasa
Yang punyai akal yang kadangkala biasa sahaja


Aku,bukan seperti mereka
Yang sudah terpampang di media massa
Dengan berita tentang kecemerlangan mereka
Dengan kecerdikan yang berlipat ganda


Ah minggu belajar bikin aku tertekan saja
Pikirkan soalan apa yang keluar pada hari Selasa
Makin tertekan,makin terseksa jiwa
Kadangkala rasa nak give up pun ada


Abah dan Ibu..
Jikalau abah dan ibu membaca hati nukilan si anakmu 
Hanya ingin menyatakan sesuatu
Anakmu ini sehabis baik buat yang termampu


Kalaupun anakmu ini tak dapat memberi apa yang abah dan ibu mahu
Tak dapat berjaya seperti orang lain yang sebaya denganku
Maafkan anakmu ini abah..Maafkan anakmu ini ibu...
Tapi anakmu ini akan mencuba sedaya yang mampu


*Sigh..Jiwa bingit.
Mari belajar material... ^____________^'







04 November 2010

Kata-kata berdasarkan realiti (bahagian pertama)

Rude Awakening : Nice job girl ^_^
Salam semua..
Malam ni,aku keseorangan lagi dalam bilik.Ye sedang belajar bersungguh-sungguh untuk final Isnin ni.
Ah tipu je la ayat tu.Poyo lebih ni.Buku material je terbukak lebih.
Dalam keadaan jiwa terbungkang bosan,tetiba nampak pulak Si Cun online.
Sembang biasa,macam dah lama tak jumpa.
Si Cun : Kau nak baca tak apa aku buat untuk hari ni?
Aku : Nak!
Si Cun : Mesti kau suka..Jap ea.
Dan terkesima jugak aku bila dapat satu dokumen Word dari beliau.
Terbaik la Si Cun.Ade jugak idea nak aku post dalam blog aku. ^_^
------------------------------
Kata-kata saya berdasarkan pengalaman
Originality dari : Fika Rafika aka Si Cun


Diambil dari Deviantart.com.
Ayat lelaki bila mula-mula kenal perempuan:
  • You tinggal mane?? (tanya macam nak datang je)
  •  You, muka you cam pernah nampak lahh..tapi tak ingat kat mane..(bajet je)
  • You selalu text I, chat dengan I, boyfriend you tak marah ke?? (saje nak kepastian konon) 
  •  You, I suke la tengok you senyum, nampak cam cute je..(ayat geli.Haha..)
  • You,nak nombor boleh?? suke la borak dengan you (Ni mesti stok tengah bosan kan?)
-----------------------------------------
Ayat dalam drama oleh seorang lelaki:
  • Tergamak awak tak percayakan suami sendiri (padahal curang nih)
  • Betul you, I sayang you seorang je(padahal awek ramai)
  •  Sayang, I betul-betul sayang you ni, jangan curang dengan I tau. (dia curang boleh lak)
-------------------------------------------

Ayat lelaki bila rasa awek sendiri cam curang (hati panas membara ni yaw)
  • You kat mane? I text, I call, you takde respon pun. (garang taw suare.Takut ok)
  • Nape you cam dah lain dengan I? Cam taknak layan I je.You dah ade orang lain ea? (come on la, jangan nak tuduh yang bukan2 ok. Siasat dulu, mungkin awek penat demam tapi tak sempat nak gitau, nak pegang hp pun tak larat.)
  •  I nak you terus terang dengan I, you sayang I lagi tak?(nanti jawab tak sayang baru tahu) 
  • I nampak you dengan sorang mamat ni, sape mamat tu? (hmm jangan la tanye camtu sangat, entah2 tu abang ke adik ke, cemburu sangat lah.)
  • You, kalau dah tak suke I cakap je. I tak kisah la,ramai je lagi nak kat I (OMG!!! Bahhjett HOTT lahhh plak kan..padahal takde sape minat dia) 

---------------------------------
Haha..Nice one la sayang.Ade bakat nak menulis,ape kata buat blog satu nak? =)
BTW,kata-kata di atas berdasarkan realiti kehidupan.Tak betul,sila betulkan yeah.
Oh and one more thing.Ini baru part one.Upcoming part two akan menyusul.

P/s : Nak tau sape Fika Rafika aka Si Cun? Klik SINI


03 November 2010

Dalam minggu belajar ni,baru aku terperasan..

Rude Awakening : Beberapa hari lagi..
Salam semua..
Still berada dalam study week.Ye sempat lagi aku nak update blog,walaupun takde cerita pun yang nak dikhabarkan.


Dalam minggu belajar ni,baru aku terperasan...
Sekarang ni aku semacam dah gila anime.Dua tiga hari yang lepas,duk sibuk download cerita Jigoku Shouju.
Cerita anime yang adik aku suka paksa aku tengok.
Baguslah,sekarang aku dah addicted. =='
Sampaikan desktop aku pun gambar Enma Ai.
Desktop EVPAQ ^_^
Dalam minggu belajar ni,baru aku terperasan..
Sekarang stok tidur aku pukul 4 pagi.Paling lewat jam,nak dekat 4.30.Tu tahap maksima badan aku boleh tahan.
Dan kebarangkalian nak bangun lambat pun tersangatlah tinggi.Pukul 12.30 paling lewat aku bangun.
Buat malu kaum gadis je la kau ni Ra.
Kepada ibu dan abah,kalau terbaca,jangan marah.Tak sengaja. 

Dalam minggu belajar ni,baru aku terperasan..
Sekarang dah rajin minum air panas,tak pun suam.Paling koman pun,air mineral.Ye bukan sebab kerelaan sendiri.Ni sebab terpaksa.Terima kasih encik batuk.
Even nak makan mekdi pun kena pesan air milo panas,gantikan air coke saiz medium tu. T_T
Dan sekarang ni pun tengah minum air sirap panas.Terbaik kak.Saya mintak air sirap suam,bukan panas sampai hirup sikit dah menjerit. 
Tapi nasib baik sedap.

Dalam minggu belajar ni,baru aku terperasan..
Banyak lagi subjek aku tak cover untuk final.Baru cover numerical,tu pun tak habis lagi.
Hoh konflik diri betul.Bila nak study materialnya?
Bak kata budak kelas.'Jeng betul!'

Ah dah Ra.Makin lama kau merapu,makin lambat kau nak start belajar.