30 January 2010

Photoshop bermule lagi!

Rude Awakening : Ini sangat tak cool ok
Aku blur lagi pabila nak edit foto.Tak macam dulu.Idea mencurah2 je.Sekarang satu idea pun susah nak keluarkan.Sangat tak best.Tapi agak2 tadi aku bosan,aku pun bukak la photoshop aku dan mule mencari mangse edit aku.Edit yang teramat la simple.tapi aku suke efek kaler yang telah diberikan oleh gradient map.Hehe..

Model : Memey
Teknik : Gradient map and cut paste
Designed originally by : Emora
 
Ngee..Ok ke x?Bagi respon!Wee~
 
Aku edit foto aku simple nak mampos kut... -.-'
Sangat pemalas.
Ra,pergila tido...Esok bengkel..

29 January 2010

Pabila duit PTPTN hanya sekadar untuk yuran...

Rude Awakening : Alasan apela aku nak bagitau kat Prof nanti eh.... -.-'

O dammit...Aku dah dapat agak dah bile Prof nak jumpe anak buah beliau.Mesti nak tau pasal result sem lepas..Huhu...Dan bertambah2 lagi ke-stress-an aku pabila beliau nak everyone of us bagi reason nape dapat result teruk..Oh man.Dahla aku kena bagi 5 sebab for 5 subjects yang aku agak kureng skor ketika di sem 1.Dah a kena speaking dengan dia,satu hal aku nak cari reason yang agak munasabah nape aku tak dapat skor.. -.-' Jujur je la nanti..haha..
Kalau aku cakap camni boleh tak?
'Prof,I can't understand the subject.That's why I can't score.'
Takpun aku jawab camni la.
'Prof,I was too lazy during my last semester.'
Comfirm kene sepiak tang tu gak.haha..Kena susun ayat gak nie nak cakap ngan prof.huhu..
-----------------------------------------------------------------
Berbalik pade tajuk di atas..Ye,PTPTN aku sekadar nak lengkapkan yuran je..Aku sedeyh.. T_T Sape2 yang nak hulurkan sedikit duet,sile2 lah memberi.Hehe..Takdelah.Memain je..
Ni semua kerja si Aini dan Nurul.Tak pasal2 aku dah mule berminat nak menabung lepas usha tabung comel nie!Takdelah aku membazirkan duit syiling aku ke vending machine yang terpampang air coke kat kampus tu.huhu..
Maseh ye korang..Aku tak marah pun.hehe..
 
Comel oh tabung football!Nak beli bentuk kereta tapi cam budak2 je..huhu..
Doakan aku dapat kumpulkan seratus duit syiling dalam tabung neh ok.hehe..

28 January 2010

Tak same je..tapi macam same je..tah la..haha..

Rude Awakening : Kebusanan lorh.. T_T
So aku pun dengan muke yang agak sememeh mengklik2 la website yang semestinye ade dalam laptop aku nie.Tetibe je otak aku berbunyi 'ting'!Idea suda datang!Terus ke website tersebut.Ya..sudah lame aku tak menjengahkan diriku ke website itu.Disebabkan muka aku ade perubahan dari segi tumbesaran pipi yang amatlah berkesan,aku pun nak gak tengok muke aku mirip sape.hehe..
Eh cam tunggang terbalik je ayat2 aku nie..Haih,biaq pi la.




Same ke tak?Hehe..Memang sah2 aku takde keje and takde idea nak post ape kat entry kali nie.huhu T_T
Ra,sambung buat kerja anda yang sudah bertimbun2

26 January 2010

Aku keliru

Rude Awakening : Atas permintaan member kuh.
Aku melihat je objek nie..Keliru jap.Member aku cakap objek nie lembu.tapi de yang kate objek tuh pig.Erk..Mane satu yang betul nie..Setahu aku sebagai tuan empunya objek berkenaan,aku rase objek tuh memang lembu.Name dia pun moo-moo.So sah2 la lembu.Tapi bile ku bawa objek nie ke hostel,member2 semua cakap laen.Alahai.Tak kesah ah,janji aku sayang objek nie.Kan moo-moo yang cute!!
 ------->Ha korang decide ah nie lembu ke pig,janji aku tetap cakap ini lembu!Muahaha!


Moo-moo,sayang kamu!
Aku tak ingat sape yang bagi hadiah benda ni dulu tapi takpelah,janji aku sayang dan suke.Arigato!

24 January 2010

Dan dari kerana mata

Rude Awakening : Makin sembuh kut.. T_T
Mmmm...Terseksa aku dari malam semalam sampai ke hari ini disebabkan oleh mataku yang agak sakit selepas menjalankan aktiviti welding semalam
Tu lah kau Ra..sape suruh tak pakai face mask mase tengah usha orang lain buat welding..Padan muka ang.
-.-'
Manela aku tau kalau tengok orang lain buat welding dari direct contact terus ke mate,jadi lagi pedih..huhu..
Mate mulai merah menyala start jam 9.Pukul 12 lebih baru sakit gila.Mate sebelah kiri jadi cam completely half blind.Bukan terus blind but agak kabur keputihan bile melihat surrounding.
Seksa aku menahan sakit. T_T Pagi tadi pun begitu..Ok sket tapi agak sepet mateku.hehe..
Petang ni beransur ok.Alhamdulillah.
---------------------------------------------------------------
Baru mukadimah.haha!Aku bukan ape.usha2 folder foto,aku terjumpa foto edit aku.
Ha..Mate aku merah,tapi edit je..
Kalau mate aku sakit jadi merah camni kan cool.haha..aku sanggup sakit mate aku.
Takdelah.
^.^
Ape lagi aku jumpe eh dalam folder foto aku.
Foto mate ungu.Buruk. -.-'
Mate katak. XD
Kalau korunk terbalikkan skrin laptop nie,korunk mesti prasan betapa huduhnya foto neh..Serius.Try ah. X)

Ra,g solat Maghrib.Haih.

23 January 2010

Weldingkan steel anda!

Rude Awakening : Lepas segala ketensionan aku tadi
Wah...Ra ber welding?
Ahaha..Dulu2 aku selalu je tengok orang main benda tuh.Best je.Sekarang giliran aku pulak nak try.
Welding?Apekah?Ala yang main dengan spark api tuh..Taktau ek?
Search kat google.hehe..
Aku memang melepaskan segala tension yang aku hadapi pada malam tadi dengan welding.Group aku menghabiskan 20++ plate mild steel hanya untuk praktis sahaje..Bak kata Amir,takpe amik je banyak2.
Seronok membazirkan steel2 tersebut.Aku sahaje dah 6x percubaan welding dan 3x untuk final projek terus.

-->First attempt,technician tegur, 'Awak nie taula kurus kecik tapi janganla buat welding pun kecik jugak saiznye.Dah oke dah tapi cume tak tebal.'
Haih,aku dengan xpuas hati ambik lagi second steel.

-->Second attempt,technician tengok dan menggeleng.'Tak okeyh lagi.Hujung tu macam tak selari je.Tebal dah okeyh da.Nanti buat lagi kalau ade mase.Simpan dulu'.
Aku pantang kalau kena reject lagi eventhough beliau kate okeyh.So,last try.Aku ambik lagi the third steel.And yes!Finally nampak tebal dan fine.Amir kate smart2.Hee..Puas hatiku!
Entry2 aku takkan sah kalau takde foto2 aku snap.So inilah dia!
Bilik khas untuk welding
Tempat nak welding
Mild steel yang perlu diwelding untuk projek
Snap oleh aku.Suka2.hehe
Suasana di bengkel.
Amir sedang weld steel
Ni aku.Snap oleh Memey
Tiga attempts yang aku sendiri buat.Hasilnya begini.
Final touch dari kami.Mane yang smart??
Sebahagian mild steel yang telah digunakan untuk training sebelum memulakan projek.
Aku hepi dah siap!Snap2 korang!
Oh aku dah penat.Mata dah pedih,badan dah letih.
Projek lepas ni?Turning!
P/S: Maap kerana agak emo semalam. -.-'

Ra.....

Rude Awakening : Note to myself
Jam dah menunjukkan pukul 3.49 pagi..Tapi aku still tak dapat lelapkan mate lagi.Bukan tak sengaja tapi disebabkan report bengkel yang perlu dihantar pade pagi esok,aku teruskan juge. Tahla..Maybe nak stay up sampai Subuh dan terus ke bengkel tanpa henti selama 9 jam. Larat ke badan aku nak handle semua benda ni..?

...........

Shit..Aku sendiri keliru dengan status emosi aku.
Kadang2 rase nak capai sesuatu dan hantuk ke kepala sendiri..
Aku  paling tak suke bile emosi menguasai aku tapi nape aku still melayan emosi aku nie..
Aku degilkan diri jugak tak nak tido..Bodoh kan.

Ra..
Aku tau emosi kau sekarang bercelaru.
Benda2 kecik pun kau nak tension kan..
Ra,kau kena kuatkan diri kau.
Aku tengok makin hari kau lemah,tak macam dulu
Makin lame kau cepat runsing,cepat nak emo.
Dulu kau penyabar je orangnya
Tapi sekarang kurang,kau cepat nak mengamuk kan?




Note to myself back : aku bukan mudah untuk meluahkan segalanye
Kalau aku dapat buang perasaan sendiri,mesti seronok.
Tak perlu beremosi.Hanya jiwa kosong menyelubungi diri.
Seronok kan?
Kadang2 aku rase aku terlalu banyak menyelitkan beban kepada orang lain
Aku rase aku selalu menyakiti hati mereka dalam diam tanpe sesiapa sedari
Kadang2 aku rase aku menjelikkan orang lain.
Tahla..maybe emosi diri yang menyebabkan aku berfikiran sebegitu rupa.


Dahla.Biarkan saje.
Baik aku tidur daripada melayan emosi aku sendiri yang takkan kemane.

<----------- I'm sorry to myself for being such a jerk.
Jangan dilayan,aku tak betul ketika ni.Harap maklum

19 January 2010

Berbasikal merentasi daratan!

Rude Awakening : Nak kuruskan pipila.. T_T
Oh2 betapa obsesnya diri ini untuk menguruskan pipi yang semakin hari semakin tembam bak buah ceri. -.-' Aku rindukan zaman dulu.  Dush2!Berhenti mengenangkan benda yang lalu.Ceh!Sengal.
Petang tadi disebabkan tiada kelas,aku dengan rase hepinye melandingkan diri ke katil biruku yang empuk untuk beradu.Bukan saje2 nak tido,tapi mate nie dah banyak hari letih je..Taktau sebab mengapa. (padahal tido lambat.haih)
Sejam lepas tuh kembali bangun dari tido.Tak sabar nak menunggu pukul 5 sebab dah berjanji dengan Fara dan kawan2 nak pergi beriadah semalam.Nak bagi hilangkan peluh,kalau duk dalam bilik mesti tido je kejanye.
Memang best ah dapat lepak dengan mereka2 ini.Yang naek basikal just 3 orang saje,lagi 2 tak ikut sekali.Sambil mengeluarkan peluh,kita snap la sekali.Fotografer pada petang itu,semestinya aku,Fara,Eqa dan Aini.
Lokasi : Dataran di kawasan berdekatan tasik.Aku pun taktau name tempat tuh tapi aku suke panggil dataran jam besar.
Cycling time!Aku yang berbaju pink ituh.Sape lagi yang tak kenal,sile bertanye.hehe.
Foto masing2 bersama basikal sewa.
Lepak kat aras bawah taman
Hehe...Seronok!Tengoklah muka ku yang hepi itu.hehe..
Sejurus lepas berbasikal selama sejam.Kami pun lepak lah kat tepi tasik.Menenangkan jiwa yang sarat dengan stress.
Aku suke foto yang atas nie.Thanks to Aini.
Snap kasut kuh yang warne warni
Dalam area jam 6.45 kami pun pulang dengan perasaan gembira.Nanti kita kayak pulak eh!
Ra,sambung buat report bengkel. -.-'

18 January 2010

Photoshop model !

Rude Awakening : Oh berphotoshop lagi!
Dah lame aku tak berphotoshop..Hehe..kali ni editing aku agak simple but nice ajeh. Sebab model foto nie snap dengan orang kesayangan. So tak lawa la kalau edit teruk2. Kang pelik lak foto tuh.
So, kali ni aku gunekan teknik HDR dan Gradient map. Bagi nampak foto tuh nampak lagi menyerlah dari biase.
Oh serius aku sukekan foto neh..Bila lah aku lea snap ngan orang yang aku sayangi..huhu...  T_T
Sape yang tak kenal dalam foto tuh sape,sile baling laptop anda keluar tingkap.!Haha,mesti ramai yang ngaku kenal an.
Nakalnye aku. -.-'
Dah2,aku mau beradu!

17 January 2010

Dah mule dah...

Rude Awakening : Dah demam taknak rehat. -.-'
Huhu..Lepas bengkel tuh,terus badan jadi tak sehat. Semua penyakit2 aku nak datang. T_T
Ra,baru first bengkel kot...
Ye2,memang a first bengkel tapi badan aku yang nak sakit da..huhu
Pagi tadi dengan muke sememeh dalam keadaan poyo sakit,aku terus bukak laptop nak online sambil buat report. Ugh, pening pale aku taip report ni. Dan2 pastuh terus on Facebook. Klik sane,klik sini, tup2 ternampak shoutout dari member class.

Klik untuk tumbesaran foto yang cun

'Aik,datin melayan sailormoon..?Menarik.',kate aku sorang2.Ingat aku sorang je yang melayan kartun.Ye ah dah name pun otak taknak matured.hehe..Sengal.

Hee..Comel gila..Korang rase aku sesuai jadi yang mane satu eh?
Sebut sal Sailormoon,aku terus teringat zaman kanak2 aku dulu.Aku memang fanatik cite Sailormoon mase dulu.Sebab watak2 kartun dia semua cun2.Memang tak miss la tengok kartun tuh.Kadang2 tuh terbayang je aku jadi sailormoon.Kalau dapat jadi yang kaler biru,best gak.Sebab comel terlampau.Mesti ramai lelaki usha an?
Ahaha..Dah Ra,jangan start nak menggatal eh..Aku piap2 kau sat gi.
Maaf..Huhu..
Bukan kartun ni ja aku suke tengok..

Ahaha..Ra,kau nie biar tol..
Erk,yelah..Aku suke tengok Keluang Man..Huhu...
Aku sampai sekarang lagi ingat lagu tema dia.'Keluang Man,Keluang Man,Keeeeluang Man.'Ala,takde rentak muzik lak dah..Gi la search kat Youtube kalau nak dengar muzik dia camane.hehe..Aku pun taktau sebab pe aku suke usha kartun nie..Nak kate best,banyak mengarut cite nie...Ala kire ok lah ade gak batman Malaysia.Hee..Tak kesah la.
Cite yang paling best dalam sejarah kanak2 aku yang nie lah..

Uuu..best siot cite neh...Cite Futurama!Hahaha.Aku tau cite neh agak censored..Cite neh selalu je ke udara time tengah malam sebab cite neh cam tak sesuai ja ngan dak umo bawah 18 tahun..Tapi aku gatal gak tengok cita tuh.Janji katun,bukan paham pun dia cakap ape mase tuh sebab kadang2 takde subtitle.hehe..
Kalau tengok cite neh,tak sah kalau tak usha watak perempuan yang mate satu tuh.Cun seyh..Aku nak jadi cam dia.Rambut dia lawa..Purplish2 je.Seksi jangan kate la..Kalau ayat2 yang double meaning yang cam sengal gile tuh,kartun ni ah banyak.haha.. 
Dah Ra,sat gi kau menyimpang terus.
Huhu..Baek..
Dah2,aku nak sambung taip report.

16 January 2010

Sementara menunggu...

Rude Awakening : sambungan dari entry di bawah ni.
Group aku abes awal memandangkan projek yang kami buat tuh agak cepat dilakukan.So,sementara menuggu 'Datin' Farahana dan rakan beliau untuk abeskan welding mereka,aku dan Aini menunggu la dengan sehabis baik kat pondok.sehinggalah perut aku ni tetibe buat hal. -.-' dammit.
 Pokok ini aku snap di tepi pondok
tuh Aini,atas aku ah.Orang yang lalu dengan kereta dan motor tengok je kitorunk..Haiya,ta penah tengok orang ka..
Aini,aku tak sedia g ang dah snap foto aku.burok ah..huhu..
Aini sayang aku!hehe..
Sori,posting kali ini agak bosan sebab penuh dengan foto aku.Hehe.
Last but not least,cheese!!

Milling dan posing..?

Rude Awakening : keletihan yang teramat sangat T_T
Huih menggeletar seluruh jariku nak menaip,penat punye pasal.Mane idoknye,9 jam dalam bengkel,menggantikan 9 jam bengkel minggu lepas yang dicancel.Sangat sengal T_T tapi aku hepi sebab for 9 hours,akhirnye projek pertama kami siap sepenuhnye tanpe cacat cela.Trimass kepada ahli group yang bertungkus lumus menyiapkan projek yang pada mulanya hanya sebongkah aluminium,akhirnye bertukar menjadi masterpiece yang cool. XD
 
Nilah projek yang kitorunk kena siapkan dalam masa 9 jam.


Vertical milling machine.Aku kena berjengket nak pegang break dia. -.-'
Group sebelah sedang bermilling


Ni group aku.Amir sedang mengedrill,dibantu oleh si Afiq.Aku snap2.hehe
Bila dah habis projek,aku mencari benda nak disnap.
Yang nie dipanggil Face Mill
Twist Drill!
Yang ni aku tak belajar lagi.Hehe.
Sudah Ra.Sambung next entry