30 July 2010

Handphone..Sila cepat sembuh.

Rude Awakening : Oh sudah 30 Julai rupanya..
Salam semua..
Tekak loya.Perut meragam.Kepala pening.Mata kabur2.Hidung sejuk lain macam.Ah sudah.Aku alergik sosej kafe ke ape ni. T_T Setiap kali mamah benda tu,komfem simptom awal akan berlaku.
Doktor,penyakit apa aku dapat ni..
Belum cukup lagi dengan ini,untuk kali kelima handphone kesayangan aku masuk wad.Kena format lagi.
Bilamana malam selepas aku menyambut hari jadi aku semalam,ketika hati sudah seronok,tiba2 handphone aku merajuk secara drastik.
Sim card tak boleh nak dibaca.Contact numbers tak boleh dilihat.Tema handphone sudah gelap semacam.
Dan paling drastik sekali nak charge handphone,takleh nak detect bateri.
Rasa nak mencarut bertubi2.
Ah sengal...
Aku rasa buang duit RM50 begitu saje semata2 nak betulkan handphone.Kalau dikira balik,RM50 didarab dengan 5,dah mencecah RM250.Hurh..Kalau duit ini dihabiskan untuk makanan kan bagus. T_T
Dicuri di Google

-----------------
Teringat lagi masa di sem 2,handphone ini dah merajuk macam gaya di atas.Tapi nak tambah lagi,dengan lagu2 sekali tak boleh dengar.
Tertekan gila masa tu.
Pergi gak kat kedai bawah Bunga Raya semata2 nak check.Bila dah disoal siasat..
'Adik,IC phone rosak ni.Kena tukar.'
'IC phone?' * Muka blur.
'A'ah IC phone.Kalau nak repair balik,boleh je.Tapi mahal la kena bayar.'
'Err..Berapa eh...Tak boleh lah handphone ni rosak.Dah la tinggal satu.'*Buat muka resah bagai hilang anak.
'Nak ikutkan kerosakan,RM150 dik.'
T_T Tidak....
Disebabkan masa tu aku dah tak boleh nak buat ape memandangakn kad waranti aku tertinggal kat Perak,aku meng-iyakan jugak untuk menghulurkan RM150 sejurus lepas eloknya handphone aku.
'Takpela bang.RM150 pun RM150 ah.Janji handphone saya selamat.Abang,simpan elok2 ah handphone ni.Jangan kasi bertambah rosak.'
'Ye dik..Dah2 jangan nangis..'
Bukan abang ni saje cakap camtu.Aku memang dah keluarkan air mata dah masa tu.
==' Punyelah sayang kat handphone tu.
Tunggu punya tunggu,handphone tuh pun siap.Dah tak rosak dah.Aku gembira masa tu.
'Dik,saya kasi angkat RM50 je ni.Tak mahal pun.Kasi format je. ^_^'
'Yang RM150 tu?'
'Saje je cakap camtu.'
Rase nak lempang laju2 je abang kedai masa tu.Nasib baik handphone sudah pulih.
---------------------

Harap2 lepas ni tak rosak lagi.Handphone ni dah banyak berjasa kat aku dari pelbagai sudut.
Orang pernah cakap,baik beli je handphone baru.Tapi aku taknak.Sebab handphone ni pemberian abah sebab dapat masuk U.Amat bermakna bagi aku.
Kalau nak tukar handphone baru,biar handphone ni berjasa sampai rosak betul2.
Handphone..Cepat sembuh.Aku rindu dah ni..


29 July 2010

29 Julai kali ini penuh makna =)

Rude Awakening : Dah besar dah ^_^
Salam semua...


Dua hari sebelum ni yang ternyata bikin aku sedih dan moody seketika,sudah pun diubati dengan serta merta.
Hanya ubat ucapan hari jadi dari mereka2 ini yang bisa membuatkan hati ini serta riak wajah di muka ini tersenyum dengan riangnya.
Bilamana dua hari sebelumnya,ada hati2 ini yang boleh membuatkan jiwa ini runtuh seketika,tetapi hari ini ada juga hati2 ini yang ternyata sayang dan ingat lagi padaku. =)
Hanya ucapan terima kasih yang dapat aku ucapkan sejak dari tengah malam tadi sehingga sekarang.
Printscreen dari Mukabuku ^_^
Ucapan2 hari jadi ini ternyata hadiah yang sangat istimewa bagi aku sebenarnya.Sayang korang semua..
Dan tak lupa juga,terima kasih pada yang memberi ini sebagai hadiah.
Big Mac ini ^_________^
Dan juga hadiah ini. 
Iky bersama Nicko dan Incik Nerdie~ ^_^
Dapat jugak aku satu monyet! ^_^
Dan tak lupa juga hadiah berbentuk ini..
Terima kasih incik Neo untuk entri khas ini =)
Sila ke blog beliau untuk membaca =)
Oh dan yang paling penting,ucapan berbaur nasihat dari ibu dan abah serta sahabat handai.
Terima kasih aku ucapkan.
-------------------------
Bila umur sudah menjangkau angka 20,ertinya aku sudah tak boleh lagi untuk berfikir seperti kanak2 kecil.Perlukan anjakan paradigma bak kata orang.
Azam baru 20 ini,aku ingin berusaha untuk mendapat angka 3 dalam pointer aku walaupun aku dapat rasakan agak susah untuk mencapai tahap itu memandangkan sistem kali ini bertukar menjadi 50:50.
Takpe,selagi mampu untuk berusaha,selagi itu aku mencuba.
Azam baru 20 ini,aku hendak menukar penampilan aku secara slow motion.Oh bukan secara fast forward.Perlukan langkah baby step untuk ke arah itu.Penampilan aku sekarang ini bukan di tahap pra dewasa lagi rasanya. =='
Dan umur 20 ini biarlah aku harunginya dengan tabah sekali.Sudah matang,perlu berjalan sendiri.Tak boleh selalu sangat mengharapkan orang lain untuk membuat keputusan.
Aku berdoa moga aku dapat melihat lagi dunia pada tarikh 29 Julai untuk tahun2 berikutnya.
Terima kasih ya Allah kerana dipanjangkan lagi usia hayatku.
P/s : Biarlah hari ini berlalu dengan lambat sekali.

27 July 2010

Biar hati ini sembuh sendiri...

Rude Awakening : ^__________^
Salam semua..
Dalam seminggu ini,tatkala beberapa hari lagi menjelang hari jadiku yang ke 20,ada saja yang tak kena.
Dari segi hati ini,aku bersedih.
Dari segi jiwa ini,aku rasakan gila.
Walau sediam mana aku,walau sekuat mana aku nak menghalang diri ini dari mengacau hidup2 manusia ini..
Ternyata ada lagi yang tak berpuas hati.
Otak ini berfikir lagi..
Status FB aku kini seakan2 membuatkan orang lain rimas untuk membaca.
Adakah status aku yang aku curahkan dalam masa dua bulan ini meminta simpati?Memualkan?
Adakah..Iyakah..Betulkah..
Sejak dari kelas pagi tadi aku berfikir lagi..


Aku ini ternyata belum bersedia secara mental untuk menghadapi cacian dan kutukan orang lain.
Ya,aku tau..Jangan pedulikan apa yang orang kata.
Itu hak kita,biarkan saja.
Tapi hati aku tetap tak cukup kuat.
Adakah aku tak cukup matang lagi sebenarnya..
Kaget seketika.Diam seketika.
Aku rasakan dalam dua hari ini berlalu,hanya senyuman palsu aku tujukan.
Bukan senyuman sinis semata2,tapi sekadar nak menutup kesedihan di dalam hati.
Tapi kadang2 kesedihan ini terpancar di wajah muka ini
Tapi dalam kelemahan ini,hati ini tetap kuat berkata..
Manusia ini sangat susah untuk menerima kelebihan dan kesenangan orang..
Kau abaikan saja apa orang kata
Kerana ada lagi yang lagi besar dugaan Allah nak bagi dari yang ini
Hidup kau biar kau yang tentukan,bukan orang lain semata2.
----------------------
Jiwa ini tidak tenang seketika.
Senyum sepanjang masa..Biar hati ini sembuh sendiri seperti biasa ^_^
P/S : Membuang  beberapa orang tertentu dari mukabuku buat sementara waktu

26 July 2010

Hari semalam mengajar aku

Rude Awakening : Hari2 ku tempuhi dengan segulung dugaan
Salam semua..
Tatkala aku duduk keseorangan melayan MyLine serta lagu di kotak laptop,aku terpikir sejenak tentang perkara semalam.Bilamana seorang lelaki yang ku gelar anonymous sudah mengacau jiwa aku semalam dengan ayat yang ternyata bagi aku sebagai seorang perempuan sangat sensitif untuk aku telan,maupun menerima.
Printscreen dari Formspring
Pagi dihiasi gelak tawa aku dan rakan serumah,bertukar menjadi tangisan sebentar dari diri sendiri pabila melihat ayat2 di atas ni.Bukan sedih,tapi tersentap.Tersentap bila perkataan MURAH itu sengaja diperbesarkan.
Soalan demi soalan bermain di legar fikiran.
Aku tak melayan,dikatanya sombong.Bila beramah,begini pulak yang timbul
Salahkah aku berkawan?
Otak aku ketika itu sudah berkecamuk dengan persoalan yang tak dapat aku jawab.
Semua benda aku buat masa tu,jadi serba tak kena.Belajar subjek Proses,hanya segelintir fakta saje yang masuk.
Ah sudah..Beliau berjaya membuat jiwa aku kacau hari ni..
--------------------------------------
Petang menyusul tiba.Aku bangun dari tidur dengan harapan boleh melupakan apa yang berlaku pagi tadi.Tapi harapan itu sekadar harapan.Benda itu sentiasa berligat dalam otak.
Aku cukup pantang bila benda remeh sebegini berlaku.
Mulalah aku menelefon kawan karib aku.Mulalah aku bersms dengan kawan yang aku rasakan dapat memberikan aku sedikit kelegaan.
Mulalah aku menyuarakan masalah itu ke rakan serumah,sebilik.
Petang itu juga aku membuka balik website Formspring itu.Ternyata ada tindak balas dari si anonymous.
Printscreen dari Formspring
Sekali lagi aku terdiam.Adakah ini satu nasihat atau satu cara untuk menjatuhkan aku sebenarnya..
Jiwa kacau sekali lagi.
Pelbagai cara aku cuba untuk mengambil ini sebagai perkara positif sebenarnya..
Tapi cara itu tak boleh buat aku lupakan terus perkara ini.
Aku pelik.
Bila masa aku mencari scandal,sedangkan hidup aku dipenuhi dengan rakan2 aku sendiri.
Bila masa aku bercouple,sedangkan hidup aku sudah mencecah setahun hidup keseorangan tanpa cinta.
Bila masa aku cepat tersangkut dengan kata2 seorang jejaka,sedangkan aku still lagi hidup keseorangan.
Manusia..
Bak kata orang,manusia ini cukup tak puas hati dengan kesenangan maupun kelebihan seseorang.Manusia ini akan sentiasa mencari segala cara untuk menjatuhkan seseorang.Secara sengaja atau tidak sengaja.
Hari semalam itu..Mengajar aku sebenarnya.
Biarlah orang nak kata apa pasal kita.Kalau sentiasa mengambil kisah dengan apa orang kata,susahlah nak hidup.
Kepada pihak anonymous semalam,ingin aku ucapkan terima kasih sebenarnya kerana mengajar aku untuk sentiasa tabah dan kuat dalam hidup aku.
Terima kasih walaupun ayat2 kau berikan pada aku pedih untuk aku baca semalam.
Tapi ingat wahai saudara,manusia itu ternyata tidak sempurna.
Printscreen dari Formspring
Terima kasih kepada kawan2 kerana memberikan aku secebis nasihat dan juga motivasi diri untuk aku. ^_^
Setiap hari penuh dengan motivasi diri.Bak kata orang,itulah yang membuatkan hidup kita menjadi lebih matang.

24 July 2010

Aktivitiku semasa ketiadaan wifi di sisi

Rude Awakening : Mata sembab.Pasai pa ni...
Salam semua..
Tepat jam 10.30 pagi,sudah terbukak pintu kelopak mata untuk hadapi hari Sabtu.Subuh sudah ditunaikan,puasa dah selesai diganti.Yang tinggal hanya tutorial2 yang bersepah2 pensyarah bagi.Kata semangat baru,lepas mandi terus bukak buku.Member serumah masuk bilik,terkejut tengok perubahan kecil aku.Ngahaa!Saya tak demam,ternyata semangat baru sudah mula membuak.
--------------------
Balik dari makan tengahari,bukak la jap nak onlinekan diri.Ada segelintir yang pelik nape aku online sebab aku dah habaq takmau online sangat sem ni.Kejam la korang.Aku pun nak releasekan tension gak.Lepas ni aku offline.Ok?
Aku bukan nak bercerita pasal perjalanan hidup aku pagi ni tapi nak bercerita pasal minggu lepas punya cerita.
Disebabkan wifi minggu lepas saban hari takde,aku pun try la join aktiviti anjuran kelab U aku.Naik gunung.
Abah dengar aku nak daki dua gunung dalam masa dua hari,beliau dah risau.Manelah taknya,anak perempuan beliau ni mane pernah nak aktif dalam sukan lasak.Dah hampir tiga tahun jugak aku tak aktifkan diri.
Ala takpe,sekali sekala mencuba apa salahnya.
Jumaat 16 Julai bertolak ke Kota Tinggi Johor.Ke Gunung Panti.
Sabtu sudah mula mendaki.Memang tercungap2 gak la masa tu memandangkan sepatutnya patut trainingkan diri dulu sebelum mendaki.Tapi aku sekadar menyiapkan diri dalam masa dua hari sebelumnya. =='
Tapi alhamdulillah akhirnya aku dan kawan sampai ke puncak ^_^
Aku berbaju hitam bertudung putih. ^_^
Aku dan Nurul. ^_^ 
Hari Ahad menyusul.Kali ni kat Mersing pulak.Ha seronok dapat lepak kat tepi pantai di pagi hari.Incik Wan pun sekali jadi fotografer,aku lak jadi modelnya.Kan seronok kalau hostel tepi pantai.Dapat dengar pukulan ombak sambil melihat matahari terbenam.
Tengahari start mendaki Gunung Arong.Lagi cungap dari semalam.Sampai di puncak,dibasahi pulak hujan.
Rahmat Allah nak beri,syukur ke hadrat Ilahi.Alhamdulillah,sampai jugak aku ke kaki gunung.
Turun gunung,mandi2 kat pantai.Tak kisah dah hujan lebat masa tu,janji dapat mandi sebab tak termandi lagi masa tu.
Aku bertudung hitam,berbaju merah ^_^
Ha sekarang dah terbukti.Badan kecik camni pun sudah sampai ke puncak gunung.Walaupun baru sekali aku mendaki,tapi aku sangat gembira di hati. =)
Kepada yang berkata aku senyap sepanjang program dijalankan,aku mintak maaf.Aku segan sebenarnya. ^_^''
Gambar kenangan.Terima kasih kepada incik Fitrizan kerana mengsnap gambar ini ^_^
P/s : Disebabkan tema naik gunung kali ni bertemakan Hawai,aku terpaksa beli seluar pendek Hawai.Bagus gak.Boleh jadi seluar tidur pasni .
Gelak la sepuas hati korang ye =='

23 July 2010

Kereta...Bas?

Rude Awakening : Penat lah camni..
Salam semua..
Baru tengahari tadi aku dapat saksikan lelaki tak gentleman sebenarnya.
Mana taknya,patutnya lelaki kasi dulu gadis2 naik bas.Ni tak,lagi ditolak gadis2 ni ke belakang adela.
Aku?Kena pijak kaki dengan lelaki2 ini.Huh sumpah taknak pakai selipar dah lepas ni.Kasi pakai kasut but ah senang cite. =='
Tertekan emosi aku.
Jam sudah strike ke angka 12.Masa tu dah dah sejam lebih menunggu bas ke Bunga Raya.2 bas dah berlalu,semua penuh macam sardin.
Member2 semua dah runsing.Bak kata Memeyh,dah separuh masak tunggu bas nak datang.Nasib baik belum rentung lagi akibat cahaya matahari yang terik masa tu.
Pikir otak aku sejenak.Yang naik kereta mesti dah tidur,dah guling2 atas katil.Siap kuak lentang lagi.
Kami ni duduk lagi kat tempat tunggu bas.
Yang naik kereta mesti dah termimpi2 dalam tidur.
Kami ni duduk lagi kat tempat tunggu bas.
Pikir2 balik,jeles gak ni.=='
------------------------
Kereta2...
Ah asyik cakap perkataan yang sama.
Orang duk kata boleh jadi satu doa
Agak2 termakbul tak rasanya?

Kalaulah aku ada kereta
Tak perlukan bas lagi rasanya
Bukannya banyak songeh tapi tertekan jiwa
Mana taknya,kelas habis pagi,baliknya di tengahari
Habis masa camtu saja,sakit hati pun ada T_T

Kalaulah aku ada kereta
Satu Melaka aku nak ronda
Tapi tu bukan tujuan utama
Kereta untuk ke kelas pun sudah cukup rasanya
Takyah nak ikut jadual bas,kasi ikut jadual sendiri saja

Tapi layakkah aku untuk membawa sebuah kereta?
Baru je dua tahun,belum lagi senior ketiga
Ibu aku kata awal lagi nak bawak ke sana
Naik je bas,lagi jimat beliau rasa

Takpelah aku terima je lah apa yang ada
Yang penting kesabaran sepanjang masa
Kalau tak dah lama mengamuk macam orang gila
Hai Ra sabar jelah,nanti mesti ada punya
Kalau abah atau ibu terbaca
Harap2 paham apa yang kaklong rasa
(Amin..)

Kepada kawan2 segeng sebas
Sila tabahkan jiwa dan raga
Biar bersusah dulu,nanti senang kemudian
^_^

P.s : Kalau ada bas sendiri kan best.

22 July 2010

Baca dulu sebelum buang

Rude Awakening : Puasa ganti lagi 2 hari ^_^
Salam semua..
Minggu kedua di UTeM.Oke terhebat sekali.Dengan perubahan sikap aku yang dulunya agak pemalas sudah mula bertukar wajah.Sejak tak online dari minggu lepas lagi akibat tiada seinci line wifi pun berada dalam kawasan,jadual tidur aku dah mula kembali normal.Dulunya FB menjadi keperluan hidup,sekarang ni dah tak rasa camtu.Bagus jugak kan takde internet.
Tapi blog aku perlukan nyawa.Entri2...
---------------------------
Pabila wifi takde minggu lepas..Merana.
Terseksa otak aku memikirkan aktiviti ape aku nak buat.
Nak aerobik,takde mood.Perlukan guru di depan.
Nak ronda2,kereta tiada.Hurh...Ibu,nak kereta. T_T
Nak cuci mata tengok jejaka di hostel,semua dah menjadi gadis2.Kena tunggu waktu malam baru nampak jejaka di kedai makan.
*Oke ini statement agak gatal.
Dan aktiviti yang aku rasakan sangat berfaedah dan tak membosankan adalah naik bukit beruang.
Cukup semangat,ajak Memeyh teman naik sama.Ye ah kata nak cergas,takleh tidur petang.
Tepat 5.30 aku dan beliau menuju ke bukit dengan jalan kaki.Tak jauh,dekat je.
Memang sunyi gak petang tu.Selalunya jejaka2 akan berjoging sama kat kawasan tu.
Paham2 je la bila hostel diduduki gadis2. ==’
Hurh statement gatal lagi ang ni..
Tapi bukan ni aku nak cite..
Semasa dalam perjalanan turun,aku notice satu signboard ni
Klik untuk tumbesaran yang hebat!
'Hanya Monyet Yang Buang Sampah Di Sini!!'
So kepada manusia,sila jangan buang sampah di sini ye. ^_^ Kalau buang sampah gak,pepaham je la signboard tu.
P/s : Wifi lembab cam siput babi der...


10 July 2010

Nasik goreng RM12?Tak berbaloi..

Rude Awakening : Line sengal..
Salam semua..
Ye sekarang aku sudah berada di kota Melaka.Sangat suka dapat tengok kediaman Bunga Raya tersergam indah bak bunga raya di laman rumah. 
*Oke ayat berbunga.Abaikan.
Niat di hati nak daftar serta merta tapi takleh gak walaupun dah beri alasan duk jauh. ==' Tertekan aku.
Ditambah lagi tekanan jiwa bila sampai hotel je,tuala hotel satu helai pun tadak.Telefon room service duk habaq setengah jam lagi baru dapat tuala.Terbaik ah servis hotel ni T_T
Dengan lampu gantung kat siling ni duk tutup bukak dari tadi sampai sekarang.Dengan karpet yang serius hapak sampai aku bau sekali dah rasa nak termuntah.
Rela aku duk hostel kalau camni punya suasana.Cet!
--------------------------
Tengah duk rilek sambil usya Majalah 3 kat TV..
'Nasi goreng kampung..RM12.Mi goreng RM11.'
'Uik!Mahalnya bu.Tadi makan kat JJ tuh tak sampai pun RM10.'
'Mahal2 pun rasa sama je.'
Salah satu sebab aku tak suka makanan kat hotel.Mahal tak kena ngan makanan.
Tu baru makanan local,belum lagi makanan barat.Agak2 berapa la diorang nak caj..
Pernah sekali aku tengok episod Jalan2 Cari Makan kat tv.Duk promote sate masa tu.Dengar je dia sebut RM9,tersedak gak masa tu.Berapa batang je pun dia duk jual.Baik pi beli kat pasar malam,lagi murah aku rasa.Sedap pun sedap.Banyak jangan kata la.Puas hati kalau makan.
Tapi kadang2 aku sendiri pelik.Mekdi yang dicaj satu beger sampai RM6 ke atas,tak kurang gak yang harga sampai belas2, tak bising lak.Senyum memanjang sebab sedap.Padahal beger je pun.
Kalau nasi goreng dah cecah RM12,bising gila.Mulalah duk compare nasik goreng kedai Cik Kiah.
Sampai sekarang aku tertanya2.
Oke tetibe lapar. T_T

Eh dah la,entri pendek saje kali ni.Perlukan rehat.Esok nak kemas bilik sehabis baik!
P/s : Jalan cerita tunggang terbalik sebab otak dah penat tak habis2. ^_^ 

09 July 2010

Melaka maksudnya semester depan sudah bermula!

Rude Awakening : Hari terakhir di Perak ^_^
Salam semua.
Pejam celik mata ni dah pun hari Jumaat.
Esok nak berangkat pulang ke Melaka.
Aku rindu kat jalan raya Melaka yang berliku2,kat roundabout besar kat kawasan depan TTU
Dan juga Mekdi yang bersepah2 kat kawasan bandar Melaka itu
Serta MBMB yang saban hari makin cantik kat situ
Melaka,tunggu kehadiran EV di sana
Sebab nanti aku nak terjah satu bandaraya


Barang2 nak dibawa sudah dikemas habis
Tinggal telekung dan sejadah serta Yasin saja untuk perhabisan
Eh jangan lupa pulak pakaian dalam
Nanti terjerit2 kat hostel,sape nak kasi pinjam
Beg2 pakaian sampai dua aku bawak
Yela,dah nama pun duk jauh,kasi la can
Tapi agak2 muat ke loker pakaian
Kang tak pasal2 terkopak sebab penuh bersarat


Mulanya pagi Ahad,sudah mula bergerak sendiri
Tanpa ibu dan abah di sisi
Tanpa adik yang sentiasa membuli dan dibuli
Makanan nanti semua kena bayar sendiri
Ekonomi kewangan semua kena pikir sendiri
Pepandailah jimat bukak sem ni
Sebab PTPTN bukan semua dapat sekali
Kena berkorban untuk yuran nanti
Tapi bukan bermakna aku nak kosongkan perut untuk ini
Biar duit perabis kat makanan,jangan pi perabis kat Jusco tepi jalan


Otak merewang lagi memikirkan suasana semester depan
Macam2 perangai dan kerenah aku akan kenal
Yela dah nama pun senior,mestilah ade si junior
Belum lagi nak tambah lagi budak2 baru masuk ke kelas aku nanti
Dengar cerita sepuluh orang lelaki,dua orang perempuan
Wah bahagialah pandangan mata melihat jejaka baru yang datang
Ra,sempat lagi kau nak menggatal
Fokus kepada pembelajaran,itulah tujuan asal


Segala semangat dan keazaman dijiwa perlu dibawak ke Melaka
Jangan tertinggal sebarang kata2 di Perak sana
Semester depan,usaha perlu ditingkatkan
Jangan sampai menurun pulak dari pointer yang asal
Nanti tak pasal2 malu denggan rakan2
Tunjuk kat orang lain aku pun boleh buat


Kepada rakan2 FB dan juga di bloggie
Terima kasih sebab menemani aku selama dua bulan ini
Tunggulah kemunculan aku dengan status baru nanti
Tapi taktau bila,memang kosonglah jawabnya nanti
Eh jangan telefon pulak cik ambulans maupun hospital
Aku sihat2 saja,jangan risau,itukan FB sahaja.
Nanti senang2 kita berborak macam biasa


Ha sudah2 la aku berceloteh
Aku rasa dah dua kali aku berseloka sedemikian rupa
Jangan gelak ye aku bersajak untuk kali kedua
Nanti aku katok kepala baru tau
^_^
P/S : Terima kasih ibu sebab hadiahkan kaklong rantai loket E. ^_^ Sayang ibu~
E untuk EV.E untuk Emora.E untuk Eera ^_^

08 July 2010

German kalah,entri khas perlu dilaksanakan

Rude Awakening : Gosok2 mata..
Salam semua..
Pagi2 Subuh tuh aku dengan mamai,mata terbukak sebelah,terdengar la abah sebut Spain menang perlawanan pukul 2.30 pagi tadi menentang German.Tertekan aku dengar terus tutup muka dengan bantal busuk.
Aku rasa team2 yang aku sokong mesti kalah jugak akhirnya.Sokong Brazil kalah,sokong si Argentina pun kalah,sokong si German pun kalah gak.Ape kes ni..
Lompat sakan ye..Takpe2.
Tambah2 lak dengan psikik si sotong kurita bernama Paul yang ramalkan Spain akan menang pada perlawanan tu,memang kebetulan sungguh la.Rase nak cincang je sotong tuh buat sambal.
Sotong terkedek2 nak pergi kat kotak Spain =='
Ha memandangkan team2 yang aku sokong kalah,aku nak sokong Spain la camni.Agak2 kecundang tak diorang next game nanti? ^_^
*Statement yang agak kuang ajaq bak kata cik Ryn =p
Disebabkan aku dah janji ngan seseorang nak buat entri khas+beger mekdi mcdeluxe kalau German menang,aku kena tunaikan la.
Baru je nak baca entri khas pasal aku =='
------------------------------------
Entri Khas dari Doralin ^^,
Entri ini bukan saja2 untuk ditulis
Tapi sudah dijanji kalau si German kalah dengan Spain
Apa boleh buat,benda nak jadi
Silakan Ra dengan penuh keikhlasan di hati ^_^

Nak diimbaskan kembali,memang cukup suka hati
Secara tak sengaja aku kenal beliau di blog UTeM yang rasmi
Muhammad Safie nama sebenar diberi
Tapi panggilan pendek Neo tetap di hati ^_^
Muka sekali imbas macam Pierre Andre dah aku rasa
Ha jangan nak kembangkan hidung ye wahai saudara ^_^
Teringat lagi pertama kali berchatting di Skype
Tarikh 26 Januari masih tersemat
Aku ingat terhenti di situ,rupanya bersambung selepas tarikh itu

Ikhlas aku berkata,aku suka berkawan dengannya
Kalau lepak bersama,tak pernah sunyi walau secebis masa
Mana taknya mulut beliau tak pernah membisu kecuali bila aku berkata
Tapi selalunya aku lah tukang pendengar,beliau menjadi tukang bicara.
Belum cerita lagi kalau aku ada masalah
Beliau la aku selalu mengadu dan beliau juga yang selalu membebel kat aku
Kadang2 tutup mata sebelah baca segala bebelan beliau
Tapi kadang2 aku tersenyum sebab amik berat jugak beliau kat aku ^_^

Teringat masa pertama kali lepak bersama
Di restoran D'Pelican kat kawasan Melaka
Baru aku tau tinggi jugak orangnya
Jalan sebelah terasa macam budak kecik je aku rasa =='
Ingatkan lepak sekali ni je,tapi banyak kali jugak aku rasa
Bosan?Takdela,aku rasa lagi gembira dapat berjumpa ^_^

Kalau nak dicerita,aku rasa panjang tak terkira
Tapi setiap kali berjumpa,ada saja yang boleh dibuat gelak ketawa
Dari peristiwa melihat perlawanan bola bersama sampaikan peristiwa diberi bunga 
Semuanya buatkan aku senyum seketika
Terima kasih incik Neo sebab sudi mengukirkan satu persahabatan bersama
Harap persahabatan ini kekal sampai bila2
Senyum! ^_^
Tamat sudah entri khas
Apesal la si German tak menang =='
Teringin juga nak tau entri khas dari beliau
Tapi dah takdir si German kalah,redhokan sajalah T_T
-------------------------------
Habis satu hutang,chicken mcdeluxe akan menyusul pulak ye incik Neo.Bawak bersabar.
P/S : Jangan gelak aku bersajak =='

07 July 2010

Snap foto stail EV part 2

Rude Awakening : Basah Bumi hari ni..
Salam semua..
Dengan iringan petikan gitar berentakkan lagu Isabella di blog kak Fida Aishah dan hujan yang turun mengikut irama lagu,aku dapat rasakan ketenangan jiwa yang teramat.Ni kalau duk syok bercinta ni,mesti duk layan perasaan sendiri sambil usya kat luar tingkap bilik.
-------------------------
Seperti yang telah aku janji di entri semalam,aku nak sambung lek apa yang aku nak kongsi dengan korang.So kali ni,aku nak tunjuk camane aku edit gambar aku menjadi nampak lagi menarik.Oh takde vlog tutorial kali ni sebab step dia mudah je untuk korang ikut.
Contoh gambar yang aku nak amik ialah gambar ni.Aku baru tangkap masa hujan tadi.
1. Bukak Photoshop cam biasa.Sekarang ni korang kasi Auto tone dan Auto contrast.Taknak buat pun takpe.Tak wajib ye. ^_^
2. Klik kat LAYER>DUPLICATE LAYER.Nanti dia akan form satu lagi layer dari gambar tu.
Klik untuk tumbesaran gambar yang hebat~
3.Lepas diduplicate,korang tukar blend mode Normal tu ke Soft light kat layer baru tu.Nanti gambar tuh akan nampak gelap sikit dari original.
Nampak perbezaan tak?
4.Dah ubah blend mode tuh,klik kat LAYER>FLATTEN IMAGE untuk satukan gambar.Siap!
Ni basic aku buat selalu untuk kesemua gambar aku edit.Yang lain tuh kalau nak kasi tambah lagi menarik,ikut citarasa korang la.Aku prefer guna Topaz dan Photoscape. ^_^
Hasil selepas diedit sedikit ^_^
Gambar di bawah ni pun aku guna teknik yang sama.
Snap kat luar pagar. ^_^

--------------------
Terbongkar sudah rahsia copek aku ni.So harap korang paham la ape aku sampaikan k?
Selamat Mencuba!